It's November already. Bukan entry tak sabar ye! dlm hati ada gak rasa x sabar tu :PPejam celik, pejam celik, lg 2 mggu lbh je hari itu akan tiba. Erm, DEBARAN?? Of coz la ada. Tapi spt biasa, aku ne nk ngaku kan. Hehehe.. Tiap kali org tnya, aku kata lom lg. Bkn blagak, cuma xmo rasa over excited je. Lately, macam2 dugaan menimpa aku. Syukur Alhamdulillah, dugaan itu dpt dihadapi dgn tenang. Hujung mggu lps, kami berpindah ke rumah baru secara rasminya.
Bermula 1 Nov 2010, mak & abah tinggal di rumah baru di Batang Kali Selangor. Lps ni tak panggil rumah baru, panggil rumah mak & abah. :) Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak mak & abah tinggal di rumah bawah. Bukan dirumah sarang burung spt yg dipersendakan oleh saudara sendiri. Bukan nk bermegah atau nk menunjuk, cuma nak membuktikan yg kami juga mampu memiliki kerana rezeki itu kurniaan Allah. Siapa kau nk mengata kami tinggal di rumah bagai sarang burung.
Kini rumah sarang burung itu didiami olehku. Utk minggu ni, aku tinggal dgn adik bongsu. Mggu dpn, aku bakal tinggal sorang2. Huhu.. blh ke tinggal sorang??? Sangap la tv tak dak, apa pun tak dak. Tgk dinding je la jwbnye. After kawen, mgkn tggl ngan hubby beberapa hari. Pastu dia duk umh sewa dia blk sampai hjg december. Ye ke hjg december??? *teeetttt* biar abg jawab ek.
Hari ni nk citer psl pindah umah je. Sblm pindah rumah, mak aku da berkemas skit2. Dia pack sumer barang2 yg nk bwk pindah dlm smggu lbh. Sian mak aku. Aku nk tlg, balik keje da lmbt. Bila tiba hari nk pindah, kami terpaksa balik dlu sbb opah aku plak demam. Da bnyk hari demam. Sian mak, tambah lagi kerisauan dia. So lps kemas skit2, aku ngan mak gerak dlu. Mujur adik aku tak jadi training. So tak perlu la aku balik semula ke PJ utk urusan pindah randah tu. Memula adk aku xmo pindah sabtu, tp mak aku bertegas nk pindah gak sabtu. Ahad nnt leh kemas, rehat la skit. Punya la kalut nk cpt balik kg, nk bwk opah ke rumah baru, mak terlupa nk kemas barang2 basic yg biasa dia guna utk memasak. Mangkuk2 & peralatan lain dia tak kemas. Huhu... da nk masak kt umh baru tu payah. Nk suh adik aku kemas, jgn harap la. Tau nk cpt je.
Setibanya lori dirumah baru, aku tiada ditempat kejadian. Sbb aku g amik mak cik aku kat ulu yam. Diaorg nk tolong berkemas. Erm..patut diaorg dtg sendiri, tp disebabkan kete pak cik aku msk workshop, aku la kene g amik. Sampai je kat umh, terkejut aku tgk. Mak ai... besaunyee lori bdk daus ni. Adik aku angkut hampir semua brg kat rumah PJ. Huhu.. Jenuh la mengemas. Mujur ada mak cik2 ku yg rajin membantu. Malam tu diaorg bermalam dirumah baru kami. Best nye ramai2 kat umh tu. Hari Ahad diaorg blk, adk aku pn balik. Tinggal la kami 4 org. Mlm ahad tu, opah suh kami sumer tido diruang tamu. Hehe.. dia takut kot.
Hari Isnin 1 Nov, aku plak balik. Huhu.. Tinggal mak, abah ngan opah. Bertiga je. Sunyi la diaorg kat kg. Aku plan nk blk awal pg, alih2 ptg jgk aku blk. Erm.. pg g anta abah g klinik, pastu tukar ekzos kete, pastu g dating jap pastu br balik. Sampai kat umah dlm kul 4 lebih. Setibanya dirumah, bukak je pintu... MASYAALLAH. Macam tongkang pecah. Tak tau nk kate camne. Bermula la episod aku menjadi maid. Huhu... baru ku tau penatnye mengemas rumah. Aku sempat siap kemas ruang tamu dgn dapur je. 2 bilik lagi aku tak sempat & tak larat nk kemas. Tak leh pk. Huhu... Nnt aku citer camne pengalaman duduk sendiri plak. Lps tgk rumah lapang tu, lega skit otak aku. Hari ni da cam nk sepah balik je. Haha... Baju segunung tak basuh tu. Kene la aku mendobi mlm ni. Haaaa.. tolong..


