Cerita seorang cikgu Bahasa Inggeris
Wednesday, August 20, 2008Minggu ni masuk minggu ke 3 aku jadi cikgu. Hehe... jadi jgk aku cikgu
ek. Tp setakat cikgu tuisyen je. Memula aku ditawarkan menjadi cikgu
tuisyen tu, aku agak berat hati nak terima. Sbbnye aku kene ajar
subjek Bahasa Inggeris pastu plak budak SPM. Haaaaaaaaaaaaaaaabiss la aku.
SPM aku pn bkn bagus sangat. Kalo PMR tu confident sket.
Aku minta tempoh dgn kawan aku yg bg offer tu sehari utk fikir.
Setelah minta pendapat semua org, aku mengambil keputusan utk terima.
Lgpn kawan aku tu beriya2 sangat suh aku amik kelas tu. Sian plak aku
dgr bila dia cakap, "Ko jangan la wat sampai aku melutut dpn ko.
Tolong la.. honestly aku cakap, aku paksa ko nih..hehe.."Amboi2.. sampai camtu skali, dgr tu murid2 sekalian. Mak aku pun menggalakkan aku wat keje amal ni. Dia cakap, kerajaan suruh
belia/graduan kita wat keje kemasyarakatan.
Aku start English class tu hari Khamis, 7 Ogos 2008. Memula aku
sampai, satu sekolah tu hiruk pikuk. Blaja apa la budak2 ni, bisingnye. Kata start kul 8.00 mlm. Da 8.30 x msk kelas lg. Kawan aku pn sampai, dia bwk aku g kelas yg aku kene ajar. Budak2 pn tak masuk lg. Lama gak aku tunggu, datang la 3 org budak. Dlm hati aku, "ni kot
bdk kelas aku." Aku pn tanya diaorg, "Mana yg lain?". Diaorg ckp, blum
sampai lg cikgu.
Lepas beberapa minit, semua bdk da masuk. Kelas aku cuma ada 6 org
student. Kwn aku cakap ada 10 org. Ermm..yg lain x dtg la tu. 5 org lelaki n sorang pempuan. Biasa la.. yg pempuan ni asik kene sakat je. Tp nasib baik dia jenis yg tahan lasak. Bdk2 laki ni kaco dia pun, dia diam je. Abis2 dia senyum. Kalo dpt yg mulut asik nk mengadu je tu..
pening gak aku dibuatnye.
Kelas pertama berjalan lancar. Aku tak ajar banyak. Just suai kenal, minta diaorg bg result BI diaorg utk pertengahan sem hr tu, pastu target BI diaorg utk SPM akan dtg ni. Utk permulaan, aku cuma bg sesuatu yang mudah2 untuk dibincangkan. Aku ni pun, bukan pandai
sangat. Tapi niat untuk membantu, aku usahakan jugak untuk diaorg ni.
Selain tu, aku bg motivasi kat diaorg. Ye la kan, penat2 g tuisyen memalam gitu.. kalo xde hasil wat pe? Baik tgk tv citer Kekasih Ku Seru kegemaran aku tu. Hehe...
Alhamdulillah, budak2 ni dengar kata. Cuma loyar buruk tu tak tahan
dibuatnya. Tp ok jgk, sekurang2nye tak de la class tu boring. Nak tergelak aku dibuatnya. Bleh plak diaorg nyanyi lagu citer katun "Wonderpets" tu. "APA YANG PENTING, KERJASAMA" ulang 2x.
Hahaha... tak tahan aku. Kelas kedua, ada pertambahan student. Ada sorang tu mmg baru msk. Sorang lg, bdk lama. Dalam ramai2 tu, tahap kebolehan diaorg tak sama. Ada yang boleh faham, ada yang tak. Yang penting semangat diaorg nk belajar. Aku pun kene belajar semula. Kene
buat persediaan sebelum mengajar. Banyak jugak keje cikgu ni ek? Bkn senang jadi cikgu ni. Tapi bila mengajar, kita akan tau kita faham ke tak benda yang kita ajar tu. Patut la Nabi kita suruh menyampaikan ilmu yang kita ada. Sebab bila kita sampaikan kepada org lain, kita
akan lebih faham. Bila orang tanya, kita akan menerangkan sampai dia faham.
Malam ni, aku nak g fotostate soalan exam. Lps tu, aku kene jwb dulu paper tu. Kang budak2 ni tanya aku jawapan, nganga plak aku. Tiap minggu, aku berdebar nk berdepan ngan budak2 tu. Hehe.. ape daa..Balik je dr ngajar, bf aku mesti panggil aku cikgu. Cikgu da balik ke?
Kelas hr ni camne, ok? Caring sungguh ye cik abg ni. Tgh2 malam bleh plak tanya aku rukun iman ngan rukun islam. Pastu rukun negara pun dia tanya jugak. Dia ni saje nk kaco aku tido la tu. Tau la dia kene keje shift malam. Dengki betul.. =P


2 comments
hoho....smbung lar lg..
ReplyDeletemsti bez...!!!
Hehe... citer lama arr tu. Siapa ek yg berminat nk tau ni?
ReplyDelete