2020 menjadi kenangan 2021 membina impian...
Saturday, January 02, 2021Assalamualaikum kawan2 semua..
Selamat tahun baru..
Diharap kawan2 semua sihat dan bahagia dalam rahmat Allah swt.
2020 telah melabuhkan tirainya..
Penuh dgn kenangan suka duka..
Pengalaman baru...
Setiap org ada kenangan 2020 masing2..termasuk la aku..
Tak sempatnk recap masa 31 dec yg lalu..
Sibuk nau mak long ni.. Hihi..
Awal tahun 2020.. Alhamdulillah.. Kali pertama ke kelantan dgn family in law.. Tak lama lps tu pkp.. Xleh ke mana2.. Mujur sempat celebrate bday aku kat chicken rice shop.. Masa tu da risau2 jgk covid ni..
Dlm tempoh pkp tu, mcm2 la berlaku di kg. Rasa mcm nk balik je. Tp area aku zone merah, xleh nk ke mana2. Abah aku pulak mengamuk teruk. Sampai tahap dia pukul mak aku. Da la masa tu puasa. Aku da x senang hati, syukur masa tu adik aku dpt balik sbb dia ada surat keje. Dia la jenguk2 mak abah kat kg. Azab betul rasanya xleh rentas daerah waktu tu. Sampai aku rasa nk resign je. Pegi mtk kebenaran nk balik pun x dpt. Huhu.. Kesian mak aku dgn adik bongsu aku, stress hadap abah yg sakit tu. Siapa tahan kalau jaga org yg asik nk ngamuk je.
Hari raya, aku bersyukur sgt sbb da blh rentas daerah. Tp masa tu rasa mcm takut jgk nk balik sbb takut bwk balik virus. Tapi perasaan nak balik tu mengatasi segalanya, kami balik juga la.. Ceria la mak di pagi raya sbb anak2 dpt balik. 1 family je x dpt blk.. Dpt mak solat hari raya slps beberapa tahun mak xdpt g solat raya. Pagi raya tahun 2020, kami xde gambar raya pun. Mak dan adik aku x pakai baju raya pun.. Kami semua sibuk berkemas.. Sebelum subuh da sibuk membersihkan rumah sbb abah aku kencing merata. Pempers pakai, tp kencing merata juga. Kalau menantu jenis ambil hati, mmg muncung la sbb x mcm raya kan. Mujur la sempat juga masak rendang. Tp buat ala kadar je sbb kami x larat nk masak mcm2. Jadi la, ada la suasana raya tu sikit. Video call dgn family en suami pun aku x join. Syukur sgt sbb en suami memahami..dia la yg menolong uruskan anak2. Sbb nk pegi rumah abg en suami, jadi berbaju raya jgk la aku. Malam baru bermaafan dgn encik suami.. Sampai nangis2🤭🤭 en suami pun terkesima.. 🤣🤣 Ye la kan jarang sgt isteri dia ni nangis mcm tu. Dpt peluk dia sambil nangis tu terasa beban dibahu ni jatuh semuanya.. Lega..
Dlm suasana raya lagi, kami ke kelantan htr adik aku nikah. Sambil2 tu dpt la bwk pak cik dan mak cik aku jalan2 area kota bharu. Syukur sgt sbb result swab test negative, xde la risau sgt. Jaga diri n sop je la kan..
Raya haji da blh rentas negeri, so plannya beraya di phg la. Tp sbb kami join qurban dkt kg aku, jadi raya btg kali dulu. Lps dpt daging qurban, baru kami balik phg. Lama x jmpa family in law.
Selepas boleh rentas negeri, ada juga la kami berjalan ke Melaka. Tp xde la jalan2 sgt, lebih kpd bwk budak2 mandi kolam. Kami pegi dgn adik2 aku. Da lama kami adik beradik tak holiday 1 keluarga dgn mak abah.. Sbb tu aku beriya sikit kalau nk berjalan dgn family en suami, sbb aku x dpt bwk mak abah aku berjalan. Sbb kitaorg risau abah aku nk balik rumah. Jenuh la kalau dia xnak masuk homestay ke kan.. Kalau pegi jejauh, cemana nk balik.. Jadi.. Kami2 je la berjalan. Tu pun x syok sgt sbb asik teringat mak abah..
Birthday kakak dgn birthday incik bos sambut kat rumah je. Family kecil kami.. Hadiah incik bos masih belum beli.. Sbb xde yg berkenan di hati masa nk g beli. Bila ada yg berkenan, size xde.. Sudahnya, duit nk beli hadiah dia pun da terpakai. 🤣🤣🤣 Terdesak kan..
Anniversary tahun ni pun di rumah saja.. Tp ada kek dan hadiah la juga.. Biasa la aku je yg dpt hadiah.. Incik bos xde hadiah utk mu.. Aduh.. Malunya saya 🙈🙈 asik menerima je.. Plan nk bercuti ke cameron pun 2x terpaksa cancel.. Sbb kes covid tinggi. Jadi semoga ada rezeki la utk ke cameron tahun baru ni..
Itu cerita kehidupan peribadi la.. Cerita hal kerja lain pula.. Lama jgk la bekerja dari rumah. Tahun lps alternate, 2 hari wfo, 2 hari wfh. Bila bekerja dgn anak2 belum cuti sekolah. Aduhai. Stressnya rasa. Tp sbb xnak melaratkan stress tu, aku ikut je rentak anak aku ttg hal sekolah. Aku print, dia buat homework cikgu bagi. Aku mmg xdpt nk menghadap dia waktu dia buat homework. Mujur la xde kelas online kalau x, mmg bnyk dia miss class. Bila tgk keje sekolah dia da siap tp x submit, aku rasa bersalah. Penat2 dia buat, aku x submit. Beberapa hari sb cuti sekolah, aku pulun hadap keje sekolah dia, tp tu pun x siap semua. 😂😂 Mak x larat nak..
Cuti krismas dan cuti tahun baru berkapit2 kan, jadi aku amik kesempatan ambil cuti tahun 4 hari. Dpt la aku cuti panjang hujung tahun sampai awal tahun. 25-29 dec di rumah mertua. Lama x balik. Rindu dgn semua.. Ambil kesempatan menolong family in law berkemas. Adik bongsu incik bos nk kawen bulan feb nanti.. Mcm biasa menantu manja ni, baju pun mak mertua basuh n lipatkan.. Jadinya, pandai la nk hidup kan.. Amik la job sidai kain, sapu sampah, basuh pinggan n etc. Tolong2 masak ada jgk, tp aku x pandai masak. Bila xde sambutan tu, agak kecewa skit. Tapi bila licin tu, suka kembang semangkuk, padahal goreng kentang ikan bilis bawang je🤣🤣
29 dec - 2 jan aku balik btg kali. Aku tggl ngam anak2 je. Incik bos keje. Plus ada stock take yg xleh skip, so cuti kene freeze.. Terpaksa la aku menjawab soalan aisyah hari2 bila nk balik. Adik rindu ayah. Disebabkan adik aku bertunang 1 jan 2021, jadi aku amat lah sibuk. Kene buat hantaran lg sbb adik ipar xdpt buat sbb adik aku kene kuarantin. Tp aku bersyukur sbb dpt tlg mak aku, dpt mandikan abah aku, tlg masak, berkemas n etc. Penat xyah ckp la.. Tp aku puas. Semoga semuanya menjadi saksi aku dihadapan Allah nnt. Semoga Allah redha dgn redha kedua ibu bapa dan mertua ku..aamiin..
Semoga pada tahun baru ini, lebih bnyk kenangan indah akan menyusul dan semoga lebih bnyk kebaikan dan limpahan rahmat dari Allah pd kita semua.. Aamiin..
Gambar tak sempat la nk upload.
Da lewat ni..
Assalamualaikum..


2 comments
cepat je dah bulan 3 dah kan :)
ReplyDeletemasa kejap benar berlalu.. Dah setengah tahun berlalu 2021. Done follow
ReplyDelete