Ahli baru 🤭🤭
Thursday, July 16, 2020Assalamualaikum kawan2 semua..
Semoga kita semua berada dlm keadaan sihat dan sentiasa dlm perlindungan Allah..
Alhamdulillah.. Kes covid di negara kita makin berkurang. Alhamdulillah.. Result swab test kami semua negatif. Lega rasanya.
Semoga kes covid semakin menurun dan semoga semua pesakit semakin sembuh.
Tahun ni, walaupun diuji dgn mcm2 ujian, ada juga berita gembira Allah berikan buat kami.. Antaranya adalah.. Kehadiran 3 ahli baru dlm keluarga kami. 2 org sebelah family aku. Sorang sebelah family en suami. Belah en suami ada 2 bakal lagi, belum rasmi. Tak tau la tahun ni tahun depan. Semoga dipermudahkan. 🤭🤭 Bukan family kecil aku yg tambah ahli tau. Teringin tu mmg la teringin. Tp belum rezeki. Kalau ada rezeki tu harapnya sblm umur 40 la. Wp kat opis tu ramai je yg ada ank kecik umur 40 tahun. Tp risikonya tinggi. Badan pun da x kuat. Andainya setakat 2 org je + sikecil ibu yg 'disana' , aku redha.
Yg pertama pada 14 Mei 2020. Alhamdulillah, mak long dpt ank buah gigirl. Ni kira kesayangan mama papa la ni, atas dia 2 org lelaki. Sama pulak mcm yaya ank buah en suami. Anak mak ngah n pak ngah pulak tu.. Haha.. Puteri yg dinanti2 ni, diberi nama Maryam Safayra. Mak long dok tggu bulu mata dia jaa.. Haha.. Abg dia bulu mata lentik kalah pempuan.
Dalam bulan yg sama juga, adik en suami melahirkan seorang putera yg diberi nama Muhammad Ian Rizki.. Ian lahir 19 Mei 2020, kalau x silap la. Hihi.. Kebetulan pulak bulan yg sama, senang mokde beli hadiah yg sama. Kaler je lain. 🤭🤭 Ian ni mokde da jumpa dia da. Tp mokde x berani nk dukung2 bkn sbb takut dukung budak kecik, tp sbb bimbang waktu skg ni kan. Tambahan pulak, mokde baru blk dr kelantan. Semoga Allah melindungi kita semua.
Pada 20 Jun 2020, adik aku yg ke 5 selamat diijabkabulkan dgn pasangannya nurfarahana. Rezeki dia dpt mek kelate, so ke kelate la kami semua. Masing2 pakat try kecek kelate. Mau kene gelak dgr dek org kelantan ni. Haha.. Wp kami ni x reti nk kecek kelate, tp kami faham apa yg diaorg ckp. Bff mostly org kelantan kot. Diaorg kdg2 kecek kelate sesama diaorg, aku dgr je. Lps rancak sembang tu, diaorg br tersedar yg aku ni bkn org kelantan. Lps diaorg tanya, eh zira, mu pehe ko?😅😅 Kdg2 diaorg tnya, kak zira pehe ko supik tu gapo? Oh.. Really miss u kawan2 masa kat universiti dulu.. Roomate, classmate.. Rindu pulak tetiba.. Hehe..
Alhamdulillah, rezeki adik aku tarikh nikah dia da blh merentas negeri. So dpt la kami mengiringi dia. Kami gerak hari jumaat pagi. Sebab hari sabtu adik aku nikah, nk gerak jumaat malam nnt, penat pulak. Kang tak pasal2 semua org tidur. Dia sorang2 je pegi nikah. Perjalanan hari jumaat tu rileks sikit. Xde rushing2. Cuaca pun redup je. Dapat la menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Kalau jalan malam, mengantuk wei.. Da la gelap je. En suami drive sorang je.. Haha.. Jalan pun lancar, x jem. Kami konvoi 3 kereta. Benti makan kat dataran bentong, mak cik aku bawak bekal. Hehe.. Lps tu terus je. Jmpa balik kat hentian gua musang. Kitaorg stop dulu kat sekolah en suami. Dia ckp saje nk singgah. Alang2 ambik sijil spm sekali. Merasa la jejak kaki di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis. Nama baru rasanya ni. Singgah kejap je, lps tu sambung perjalanan ke Kelantan.
Kami tiba di Kelantan dlm pkl 5 lebih. Hari da petang. Hantar saudara mara ke homestay, lepas tu kami check in hotel. Spt biasa, aku kalau pegi tempat org, kalau x sesat tu x sah. Haha.. Da nk sampai pun sesat. Mak cik aku tnya, ko penah pegi ke tak homestay ni? Hahaha.. Kan da kene. Penah, tapi waktu tu gelap. Mana la perasan landmark yg ada. Kami sewa homestay abe mat. 3 hari 2 malam rm450. Jumaat tu ambil 2 rumah. Hari sabtu ambil 1 rumah je sbb pak cik mak cik aku masing2 ada plan sendiri lps majlis nikah. Aku stay kat Hotel Humaira, hotel tu dkt bandar tanah merah. Tak jauh dr homestay. Dlm 10 minit kot perjalanan. Selesa la hotelnya. Aku igtkan xde bfast sbb dlm agoda dia tulis bfast utk seorang. Tp hr sabtu pagi tu diaorg bagi setiap bilik nasi berlauk 2bungkus dgn sandwich. Sedap nasi berlauk dia. Budak2 ni suka. Malam hr jumaat tu, pihak perempuan sediakan nasi berlauk. Sedap gak. Pagi sabtu pihak perempuan sediakan nasi dagang dgn nasi kerabu. Tp kami tak sempat nk merasa sbb da abis. Laku keras, sedap la tu. Mujur la kitaorg da breakfast kat hotel.
Hari sabtu, majlis nikah dlm pkl 12. Semua org da siap nk gerak. Pak cik mak cik aku da siap packing brg masuk kete sbb masing nk tidur terengganu hr sabtu tu. Nk jalan2 ke sana pulak katanya. Plan kami setahun lepas pun begitu juga, tapi belum rezeki lagi. Adik ipar yg plan tu pun dlm pantang, xdpt ke kelantan.. So lain kali la kita plan. Lagi pun mak abah aku tak pegi majlis nikah adik aku kali ni. Tak seronok la nl berjimba2.. Kami cuma ronda2 kelantan je la.
Eh sebenarnya aku nk citer pasal pengantin.. Haha.. Pengantin org paling last siap. Kul 10 aku sampai tu, dia blh rileks lagi. Lps tu jenuh nak pakaikan samping pengantin. Nk buat bunga dia tu. Mujur la ada video utk refer. Adik aku da belajar dgn mak andam masa ambik baju tu, tp dia x ingat. Hampir pkl 12 baru la settle.
Lps tu kitaorg mengharapkan pengantin tunjuk rumah pengantin perempuan, alih2 dia pun x ingat. 🤦♀️🤦♀️ Akhirnya google je la. Da la line umobile x ok kat situ. Line maxis je ok. Tgh2 jalan, "GPS signal lost" adui.. Bikin baran dibuatnya.. Bnyk kali gak terkena. Lps tu malas da nk leading, aku suruh sepupu aku yg lead sbb dia pakai maxis. 😪😪 Mujur la abg2 pengantin perempuan da standby kat tepi jalan, kitaorg perhati je la tepi jalan.. Sbb ingat2 lupa je rumah dia.. Maklum la da setahun.. Hahaha..
Alhamdulillah.. Sampai je, majlis pun bermula x lama lepas tu. Sbb tok kadi pun dah ada. Adik aku dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri. Alhamdulillah.. Dah jd suami org da adik aku.. Erm.. Yg sedihnya, mak abah x dpt hadir sama.. 😥😥😞 Mujur ada adik beradik mak dan abah dtg sbg wakil.
Selesai majlis, kami balik ke homestay. Pakcik dan mak cik sblh abah aku teruskan perjalanan ke Terengganu. Adik aku yg no 4 pun sama. Masing2 dgn plan masing2. Kami yg tinggal ni, ronda tanah merah dan pasir mas ptg tu. Esoknya kami ke Kota Bharu. Adik yg bongsu x abis2 ajak pegi KB.. Layan je la.. Lagipun blh bawak pak uda dan bucu shopping lagi.. 🤣🤣
Seronoknya kalau mak abah ada skali.. 😞
Hari Ahad kami gerak balik. Pagi tu makan roti titab, lps tu ke pasar siti khadijah. Dlm pkl 12 lebih baru gerak balik. Perjalanan balik terasa jauh. Haha.. Mana jalan sepupu aku bwk xtau la. Jalan jem gak la masa balik tu.. Rasa mcm x sampai2.. Kami terus balik kg en suami, wp da malam, tp redah je la ikut jalan dalam. Sbb tak nak tempuh jem kat bentong tu. Kami sampai kg dlm pkl 9 camtu kot. Sepupu aku terus ke btg kali. Pkl 12.30 baru sampai. Huhu.. Penat..
Kat kg en suami, kitaorg stay 3 hari 2 malam. Selasa baru balik ke sarang sendiri. Haha.. Lama x jmpa mak abah.. Dpt jgk tgk si comel ian. Masa tgh viral pokok2 dlm rumah ni kan.. Aku pun mintak la pokok lidah mertua MIL sikit. Haha.. Bukan tu je, daun kunyit, bayam brazil, lg satu x igt nama apa ntah. Pokok tu menjalar, tp blh idup dlm air. Lps tu abah mertua suh bwk pokok tomato lagi.. Hihi.. Semangat kami berdua nk menanam semula. Kali ni da pasang jaring x bagi kucing masuk. 😜 Tgk la hasilnya nnt ye..
Ok la.. Rasanya lama da entry ni duk dlm draft. Sehari 1 perenggan, x siap2 entry.. Hihi..
Semoga jumpa lagi di lain entry..
Wassalam..
Cemana nk attach gambar ni?? Version baru blogger ni, lain mcm sket la.
![]() |
| Anak mami ni.. 😍😍 |
![]() |
| Ini anak mummy jugak😘😘 |
![]() |
| Semoga bahagia sampai syurga.. |
![]() |
| Ibu, Pak teh knp da x tidur rumah kita? Sebab pak teh da ada perempuan cantik? 🤣🤣🤣 Soalan siapakah itu? |
![]() |
| Sebahagian dari family yg hadir |
![]() |
| Suasana ketika majlis nikah |
![]() |
| Suasana majlis juga. |
![]() |
| Sebelum ke rumah pengantin perempuan |
![]() |
![]() |
| Jalan2 ke Kota Bharu |
![]() |
| Ni kat pasar siti khadijah. Mau abes duit kata lama2 kat sini.. 😜😜 |
![]() |
| Hobi baru.. Kuning pulak daun kunyit tu.. Camne nk bg hijau? |
















8 comments
Hihi..tengok tajuk, ingatkan Ira senyap sebab ada baby baru.
ReplyDeleteTahniah Ira & family, bertambah besar keluarga.
Hihi.. Belum lagi kak..
DeleteAlhamdulillah..terima kasih. Makin besar keluarga, makin meriah.. 😄😄
Tahniah Ira dapat adik ipar baharu. Memang seronok dapat jalan-jalan ke pantai timur kan. Boleh terover budget kat pasar siti khadijah tu hahahah
ReplyDeleteTerima kasih kak laili. Aah.. Mmg seronok dpt jalan2 ke sana. Itu la pasal, kene tahan selera. Hehe..
DeleteHand Sanitizer Murah Malaysia
ReplyDeletehttps://handsanitizerkl.blogspot.com/
Salam, blogwalking. done follow blog ini. Comel2x baby kak.:)
ReplyDeletealoo comelnya tengok baby , rasa nak cubit pipi gebu
ReplyDeletehappy family.. alhamdulillah :)
ReplyDelete