Naluri ku di kala ini ~

Thursday, May 22, 2008

Alahai.. jiwang la plak tajuk tu :P

Aku x tau kenapa perasaan aku kali ni. Kenapa aku beriya2 nak jadi cikgu. Sedangkan kerap kedengaran suara2 yang bakal mematahkan semangat aku, bermain2 diminda dan gegendang telinga. Macam2 persoalan ditimbulkan, betul ke nk jadi cikgu? boleh ke jadi cikgu? budak2 sekarang da la susah nk bentuk, amik pemulihan khas? tu utk budak2 yang lemah tak reti baca, tak reti kira. Ajar berpuluh kali pun tak dapat2. Boleh ke? Sanggup ke?

Aku sekadar menjawab, tak semestinya g amik pekse tu terus lulus. Lgpn nnt umur 35 da xleh nk mintak da. Malas nk cakap bnyk2. Sbb aku belum tempuh lg dugaan dan cabaran sebagai seorang guru. Kang cakap lebih2 bila da rasa, baru pdn muka aku. Nnt diaorg pulangkan buah keras tu kat aku balik. Baik aku diam n iya kan aje.

Apa yg aku tau, da tiba masa aku nak berbakti kepada masyarakat. Masyarakat yang da semakin hilang identiti kemelayuan, agama dan budaya. Bukan aku nak kata aku wanita melayu terakhir, tapi memandangkan remaja zaman sekarang yang semakin hanyut dek arus kemodenan dan pembangunan. Bukan nk kata kemodenan dan pembangunan merosakkan. Tapi, untuk membentuk insan yang cemerlang dunia dan akhirat, perlu la dari kecil. Dari bangku sekolah. Dan yang penting sekali adalah dari rumah. Guru adalah ibaratkan ibubapa kedua kepada anak2 yg dihantar ke sekolah. Pada aku, menjadi seorang guru adalah platform untuk aku dekat dengan masyarakat. Dari situ aku tau siapa diri aku dan fungsi aku sebagai manusia yang Allah cipta dimuka bumi ini.

Ini tidak bermakna, pekerjaan sekarang tidak menunjukkan siapa aku. Cuma pekerjaan sekarang menjurus kepada bekerja untuk sara hidup dan menjana ekonomi negara. Tapi tiada sumbangan atau khidmat yang boleh aku curahkan kepada masyarakat secara khusus.

Salah satu penolong kita semasa di alam kubur nnt adalah ilmu yang disampaikan kepada orang lain. Mengajar dan menyampaikan ilmu yang berguna itu adalah pekerjaan yang sangat baik. Rugi la aku kalau melepaskan peluang itu semata-mata takut berhadapan dengan kerenah murid2 zaman sekarang. Mak aku penah cakap, mengajar anak-anak mengenal pahalanya lebih besar berbanding mengajar anak-anak yang dah pandai. Tapi pahala itu la yang sering dilepaskan oleh ibubapa zaman sekarang. Mengajar anak2 mengenal apa itu Alif, apa itu Baa, apa itu Taa.. nampak mudah. Tetapi itu yang paling sukar sebenarnya. Pahalanya cukup banyak.

Kenapa dulu aku tak jadi cikgu? Lps SPM kenapa tak apply cikgu terus?
Hehehe.. dulu aku rasa macam aku tak boleh jadi cikgu. Walaupun cikgu tu la cita-cita aku masa darjah 1. Sampaikan aku ambil kapur kecik2 tu aku bwk balik. Kat umah, dinding umah aku la yang akan jadi blackboard aku. Adik2 aku adalah murid2 aku. Kawan2 aku juga murid2 aku. Suka sangat menulis kat papan hitam. Siap tiru lagi gaya cikgu aku menulis, tangan kanan menulis dan tangan kiri letak kat blakang. Hahaha.. kelakar je.

Tu la aku masa kecik2 dulu..

#############################

22-May-2008

Genap setahun umur baby kesayangan aku. Mak aku tnya, tak sambut besday dia ke genap setahun? Hehehe.. aku tergelak. Tak penah plak aku tpk nk selebrate besday baby tu. Muehehehe.. Nk belikan dia apa ek? Mujur la kecacatan yg ada ari tu berjaya dipulihkan.
Sedih gak aku, baru setahun da mcm2 tanda ada kat dia. Tp aku ni bkn pandai sgt jaga dia.
Lps ni aku nk jaga dia baik2. Ada duit nnt aku nk beli aksesori utk dia. Hehehe.. Pastu kalau ada duit lg.. Kasi sport rim kat dia.. kalau ada budget arr..
Kalau ada ek baby, tak janji tau..
ngeh..ngeh..

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images