Friday, March 14, 2008

Hahahaha... ada coretan di sini, apa maknanya tuh?
Maknanya BDK BUCUK KEBOSANAN!!!!!!!!!!!

Perutku sudah kenyang, Alhamdulillah.. bulrp. Hehe... Bucuk x malu.
Da sekian lama budak bucuk x update blog ni. Bukan xde stori, tp da elok2 taip kat notepad, pastu xjd nk upload. Dgn erti kata lain... MALAS lerr tu :P

CUKKKKKKKK!!!!!!... mcm comel jek gelaran tu. Gelaran itu sebenarnya adalah lebih sesuai diberikan kepada org tersayang, yg sangat comel contohnye bayi yang belum mandi. Di sini aku nak cerita sejarah budak bucuk yang telah tercipta untukku itu.

Pada tahun 2006, ada seorang hamba Allah yang sangat busy body tentang diri aku telah meng'Anugerah'kan aku gelaran 'BUDAK BUCUK' secara tidak rasminya. Ke'busy body' an dia ni amatlah melampau. Sumer tentang aku dia nak tau. Pehal dia sibuk2 nak tau pasal aku nih?
Tapi, itu lah dia hamba Allah yang tiba2 muncul dalam hidup aku. Tiap kali aku balik keje, soalan wajib dia ialah 'Da mandi ke belum?' dan semestinya jawapan aku adalah 'BELUMMM' walaupun aku da mandi da sebenarnya.

'BUCUK!!!' tu la dia cakap bila dpt jawapan aku. Da tau aku bucuk, sape suh sibuk pasal aku kan? Tak paham aku dgn dia ni. Stakat tanya dlm sms je, aku leh kelentong apa2 je. Aku da mandi pun aku cakap blum mandi.

Memula, aku rimas gak dgn dia ni. Busy body sgt. Sumer nak tau pasal aku. Da la aku x kenal pun dgn dia. Boleh kata hari2 gak la dia mengganggu ketenteraman aku. Walaupun begitu, aku layan jek dia sebagai kawan. Selama kitaorg berkawan tu, boleh kata tiap kali sms aku mesti dia panggil aku 'Bucuk' n sampai sekarang lekat la gelaran 'Bucuk' tu kat aku. Walau aku wangi cemana pun, dia tetap panggil aku bucuk. Tak aci betul.

Setelah 2 tahun aku berkawan dgn dia, baru aku perasan... Bukan dia sorang je yang suka panggil aku dgn gelaran itu. Adik-adik aku yang lelaki pun sama. Elok-elok aku baru lepas mandi, da siap bedak, da wangi... alih2 dia cakap 'AKAK BUCUK'...
Waaaa.. stress aku dibuatnya. Sabar je la. Korang ni sumer sama. Tak aci betul. Buli kakak sendiri.

Aku menyuarakan rasa stress aku pd seorang sahabat. Dan sahabat aku cakap, diaorg panggil macam tu sebab diaorg sayang. Cuba fikir, biasanya orang yang suka menyakat kita adalah orang yang sayangkan kita. Orang yang melayan kita seperti seorang budak kecik adalah orang yang sayangkan kita. Kerana, dia seorang budak kecik mempunyai macam2 kerenah dan memerlukan kesabaran dalam melayan kerenah mereka. Disebabkan perasaan sayang itulah, ibu bapa dengan penuh sabar dapat melayan kerenah anak2 mereka.

Aku terdiam dan berfikir semula. Betul gak cakap dia ek. Akhirnya, aku terima la gelaran yang dianugerahkan oleh insan2 yang menyayangi aku dgn hati terbuka. Walaupun kadang2 aku jeles dgn orang lain, ye laa.. orang yg sayang diaorg panggil diaorg SAYANG. Tapi aku?... BUCUK.. :(

Satu hari, aku dapat sms... "Bucuk, da balik lum?". Aku tersenyum... hehehe... nak tau ke aku senyum pasal apa? Hehehe... Aku baca sms tu camni "Sayang, da balik lum?"... Hehehehe.. itu la sbnrnya mesej yang nak disampaikan. Tapi disebabkan boifren ku ini tidaklah romantik dan suka menyakat, dia takkan menyuarakan atau dgn erti kata lainnya mengaku yang dia tu sayang aku sebenarnya. Hehehehe... sukanye aku.. menyalahtafsirkan mesej boifren aku,hehe..

Begitulah asal usul nama budak bucuk. Tak de yang istimewa melainkan budak bucuk yang teristimewa...

Sekian...

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images