Wednesday, May 07, 2008

Semalam hari yg x best bagi aku kot. Bkn kot lagi, mmg x best pun.
Terlepas tgk bella, tu aku leh ignore la. Tgh syok2 tgk citer sindarela, tetiba ada org ketuk pintu umah aku.

"Makcik, minta maaf la saya terlanggar kete anak mak cik".

Waaaa..berderau darah aku, teruk ke kete aku tu?

"Teruk ke?".

"Teruk la jugak, tadi masa saya reverse... bla..bla...".

Mak aku pn panggil aku, aku pn g la jmpa kakak yg langgar kete aku tu.

"Minta maaf la dik, akak terlanggar kete adik td.
Akak da tanya foreman, dia kata dlm rm180 kene. Ni akak bg rm100 dulu, nanti akak bg lagi."

Aku terkedu, aku amik je rm100 yg dia hulur tu. Dlm hati aku, teruk ke kete aku tu?
waaaa... cemana ni.

Mak aku yg banyak cakap ngan diaorg. Aku wat muka seposen jek. Makin kusut otak aku ni.

Baru je aku dok kusut ngan xtau nk wat keputusan nk p kenduri kawen sape..
Aku tnya mak aku, mak aku kata, pegi yg dekat, kalo tak pun tak yah pegi sumer, adil.
Aku tnya pendapat bf aku dia kata pegi yg dekat.
Tak pegi nnt, member. Lama x jmpa lak tu. Kalo nk pegi, budget plak.
Sbb hjg bln 5 tu ada member kawen kat kuantan.

25/5/08 - kuantan
07/06/08 - batu pahat + kluang
14/06/08 - sekinchan
15/06/08 - melaka

Cemana tu? Ne satu nk pegi ni? Any idea????

Bf aku keje malam, aku dpt je berita kete aku kene langgar tu, aku terus inform dia.
Then aku g jenguk kete aku dgn adik aku n abah aku.
Waaaa.. teruk gak kemek kete aku tu. Kene hentam ngan waja. Cemana dia hentam tu aku x pasti la. Tp yg aku pasti dia reverse laju. Mentang2 la expert. Aku ni 'P' lagi. Kete aku elok2 dok diam situ, tetiba leh kene hentam. Pelik jgk kan?

Mlm tu aku ber'sms' dgn bf aku, wp dia bz. Tetiba ada sms dpd x-schoolmate aku.
Bf aku pn terus snyp je, then aku ber'sms' ngan bdk sekolah aku tu. Dia ckp nk borak2 je.
Ok la, aku layan. Aku bkn apa, mls nk layan sbnrnya, kalau x layan dia ckp aku sombong.
Bila aku layan, tu arr jadinye. Touching2 ngan aku. Biasa la aku kadang2 kerek jgk ngan kawan2. Tp setakat ni xde la yg sampai terasa2 gitu. Lgpun kalo dia pempuan nk touching aku x kisah sbb aku paham pempuan. Ni, lelaki. Patutnye jiwa lagi kental. Aku pun x faham la.
Nape dia cari aku?? Cari la pempuan lain yg bleh masuk ngan dia. Smlm da kali ke bape da, aku mempunyai perasaan yang tak best bila sms dgn dia. Ramai member nasihatkan jangan layan je. Tp tu arr.. Aku ni jenis tak sampai hati. Nk ignore org camtu je.

Ntah la aku x faham. Aku da minta maaf ngan dia kalau aku yang bersalah. Dia kata aku x faham perasaan lelaki yg single cam dia. So, aku ngaku la aku mmg x faham. Bila aku cakap, xpe la x faham pun. Dia bleh kata,"jgn bongkak sgt, nnt kene pd diri sendiri nnt".
Laaaa.. bleh plak dia ckp gitu. Aku mmg betul2 tak faham la dgn dia ni.

Pening kepala aku memikirkan hal dunia ni. Seb baik bf aku call pg tadi. Kalo tak sure aku da majuk ngan dia. Ye arr x jwb msg aku smpai aku da tetido smlm. Smlm aku tdo lmbt tgk movie ngan adik2 aku. Tp aku x fokus pn kat citer tu sbb melayan sms mamat yang akhirnya menyakitkan hati aku jek. Aku x faham la. Kalau aku nk kata dia tu jeles ngan bf aku, dari cara dia mmg pun. Tp dia x cakap dia suka aku pun. Maknanya dia xde hati ngan aku la. Tp pesal plak dia nak cari pasal ngan aku. Aku pun tak tau nk ckp camne. Aku da penat la. Dulu aku penah lalui macam2 perkara yang lebih teruk dari apa dia rasa. Bkn aku x penah lone ranger dulu. Penah je. Normal la tu kan. Nape plak dia nk compare2 kan aku ngan dia. Aku x paham. Aku penah buat org gitu ke smpai org wat aku gitu??

Aku bersyukur dgn kehidupan aku sekarang. Walaupun tak mewah, tapi aku gembira. Tak pe la tak kaya pun, janji aku bahagia. Paling penting, orang yg menyayangi aku amat memahami aku seadanya. Walaupun dia selalu kata aku kuat majuk, bucuk, mata bulat. Aku x kisah. Sbb dia x penah kata aku bongkak atau sombong sebelum dia kenal aku sape.

Kalau nk ikutkan, dulu aku jual mahal sangat ngan dia. Tp akhirnya, dia berjaya jgk amik hati aku ni. Yang luluh, sensitif dan sewaktu dgnnya. Aku amat menghargai kurniaan Allah ni pd aku walaupun pada mulanya aku sangsi dengan perasaan sendiri. Lama kelamaan aku dapat jawapan, kenapa Allah bg dia kat aku, bukan orang lain. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Setiap yang Allah beri ada sebabnya. Setiap yang ditarik balik pun ada sebabnya. Semuanya kita kene serah kepada Allah kerana Dia la Yang Maha Mencipta. Kita ni hamba yang lemah, hanya merancang yang terbaik untuk kita. Tapi yang melaksanakan yang terbaik untuk kita..
hanya DIA...Yang ESA...
(sape pandai, cuba teka bait2 lagu sape kah itu??)

Aku tau, terlalu awal untuk berkata begitu. Tapi adalah lebih baik aku cuba menerima apa yg kurang sblm aku mengharapkan yang lebih2. Kehidupan aku sekarang jauh berbeza dgn dulu. Jika dulu aku hanya berfantasi dgn janji2 manis yang ditaburkan. Kini, aku berpijak dibumi yang nyata. Susah senang aku, aku tanggung sendiri dgn orang2 tersayang.
Aku bersyukur, Alhamdulillah.

Kesimpulannya, Jangan la kita menilai sesuatu daripada luaran sahaja, dan jangan mudah melabel sesorang sebelum kita mengenali dia sebenar-benarnya. Bersangka baik dan berfikiran positif pada tempat yang betul adalah lebih baik.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images