Cemana nk menghadapi krisis yg melanda ni~

Friday, June 06, 2008

Baca paper, barang sumer nk naik. Pengusaha sumer nk naik kan harga brg n perkhidmatan mrka. Gara2 minyak naik. Alasan kos operasi n gaji pekerja perlu difikirkan.
Huh!! Mcm la kita ni bukan pekerja kan? Org yg bekerja sektor lain pun, pekerja jgk. Sama jgk makan nasi mcm org yg sibuk menaikkan harga barang tu. Yang ditindas, golongan sederhana n berpendapatan rendah. Dalam kesibukan manusia pening memikirkan semua hal dunia ni. Aku terfikir org2 miskin dlm rancangan Bersamamu tu.

Makin ramai la golongan mcm tu kat Malaysia ni kalau semua org mementingkan diri sendiri.
Kita berada di dalam situasi dimana kita perlu bijak menguruskan gaji yang kita ada. Sbb tak semudah itu majikan nak naikkan gaji kita. Merungut la sampai berbulan pun. Unless syarikat ada untung banyak, boleh la diaorg nk naikkan gaji. Impak kenaikan harga minyak ni, dirasai oleh semua pihak. Cam senang je aku cakap kan? Sbb aku takde anak lagi. Sape ckp gitu. Wp aku ni single mingle, tp aku ada family yg perlu aku tanggung. Aku juga merasakan stress yg org lain rasa. Tp sampai bila kita nk salahkan org sana sini. Sbb kita takde kuasa nk menentukan harga. Kita cuma ada kuasa MEMBELI. Kuasa sebagai pengguna.

Rasanya, dpd sibuk menyuarakan tekanan pada org lain. Baik kita selesaikan masalah kita sendiri. Aku teringat kata2 yg aku dgr dlm radio.

Saat kita rasa kita dalam kesusahan, pandang la ke bawah. Jangan pandang ke atas. Apabila kita memandang ke bawah, kita akan bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang. Kalau kita pandang ke atas, dikhuatiri kita akan kufur nikmat yang Allah kurniakan.

Sebagai golongan yg terasa tekanan ini, aku mula berjimat cermat. Merancang perbelanjaan dan gaji yg diperolehi dgn bijak. Sbb gaji kita dpt bnyk tu je.. Dpt lambat ke cpt ke.. amaun tetap sama. Satu caranya, the way u manage ur expenses.

1. Bwk bekal g keje utk lunch shj. Mlm mkn kat umah.

2. Beli brg2 yg perlu je. Yg sampingan n tak berapa penting tu tangguh dulu.

3. Kuar dating 2 bln sekali. Wp rindu giler. Tpaksa la, nk wat cemana. Da la kuar half day je. Tak pe la, yg penting the quality of time u spent with him kan? Kalau kuar sepanjang hari, tp wat benda2 yg x baik, baik dok umah je. Dpt tgk muka dia pn cukup la, ilang rindu. Kalo lama2 kang, lagi rindu plak. Lgpn lama2 kuar ngan dia, nnt kene fire. Dia ske sngt buli aku. Tak aci.

4. Kurangkan makanan ringan. Tp aku mmg jrg mkn makanan ringan, cuma aku ske mkn gula2. Tak elok tu, kene kurangkan. Nnt gigi rosak.

5. Kurangkan penggunaan prepaid. Aku rasa, ni yg agak susah aku nk kurangkan. Tp aku kene kurangkan jugak. Sms je da. Xyah call. Call utk kejutkan dia bgn solat je. Kalo x kejut, sure tdo x sedar diri.

6. Asingkan duit simpanan dulu sblm belanja. Kalo tak nnt sure abes kalo simpan kemudian. Selalunya mmg aku asingkan utk simpanan. Tp tak simpan pun.. Just backup utk servis kete or ada benda penting nk beli. Aku just menabung jek. Baki duit tol, aku simpan dlm tabung. Ni la tabiat aku dari kecik. Mmg mak ajar aku menabung. Bila penuh je tabung, aku kira then tukar kat kedai. Duit tu msk ASB. Aku x risau sgt sbb aku wat saving insurans. Utk hari tua tu da adalah. Tp mmg kene start saving, kene berkeras simpan duit tiap bln wp x bnyk tp consistent.

7. Kene wat belanjawan tiap bulan. Jadi kedekut dgn diri sendiri. Kdg2 aku ni, belanja x ingat. Time2 xde duit, aku bleh beli benda yg x penting. Tabiat yang perlu dibuang jauh2.

8. Masa hjg2 bulan, duit agak2 cukup utk kita.. time tu rajin2 la sedekah kat masjid. Xyah banyak2, setakat yang mampu je. Kita akan rasa satu nikmat yg tak tau nk cakap. Try la. Aku da buat bnyk kali, Alhamdulillah..rezeki tak putus. Tapi kene ikhlas kerana Allah Taala. Satu lg, jgn kedekut dgn ibubapa.. mmg rezeki tak putus. Time kita rasa sempit sangat, tiba ada je rezeki yg kita tak sangka.

9. Jgn cakap takde duit. Nnt duit betul2 takde br padan muka. Selalu kene warning ngan bf aku. Bila dia suh blanja aku ckp xde duit. Tp mmg x elok ckp gitu. Lg satu, kalo org mtk duit, jgn ckp "Ingat aku cop duit ke?". Tak leh cakap gitu. Kalo adik aku mintak setakat bape sen je, aku kasi. Tp kalo kerap sangat mintak duit, aku cakap,

"Haaa tak payah. Tak elok makan benda2 mcm tu, ko tu nk pekse.."

Hahaha..ayat xmau kasi la tu. Aku ni kedekut jgk, tp kdg2 aku bg gak. Tak baik kedekut ngan org, lebih2 lg adik beradik. Tp kene arr pandai ajar diaorg. Xleh sesedap rasa je nk mintak duit sesuka hati. Belaja malas. Mula aku terkenang zaman aku kecik2. Nk beli buku pn aku simpan duit blanje sekolah. Tahan la, jimat2. Maklum laaa.. aku ank sulung. Adik kecik2. Abah keje kilang je. Mak x keje. Bayangkan la.. cemana nk survive waktu tu. Org yg biasa susah, dia capable to adapt this situation. Makan ikan masin je pun no hal. Mkn telur goreng ngan kicap je pn da kenyang. Org yg biasa senang ni.. hari2 nk ayam. Mcm adik aku. Tak de ayam, tak nak makan. Tu ar budak2 zaman skg. Memilih. Aku dulu, mkn je apa mak aku msk. Sumer sedap bg aku. Sampai skg, aku x kisah psl mkn. Janji makanan tu aku bleh mkn. Kdg2 makanan yg aku alergi pn aku mkn gak, da mak aku masak, aku belasah je. Pastu tanggung la gatal2 kat muka, hidung, mata.. hehehe.. sedap ne bleh tahan selera tu. Bedal je la..

10. Belanja kawan2 makan or minum.. Tp jgn la selalu, rabak plak nnt. Hr tu kitaorg p kenduri kawen. Sblm tu tggu member lg 1 kete. Sementara tu kitaorg minum kat kedai mamak. Then masa nk bayar, my friend byrkan utk semua. Mamak kedai tu cakap, haaa dia nak murah rezeki, sbb tu dia belanja kawan2. Mmg my friend tu suka belanja org. Tapi org nk belanja dia susah nk terima. Skg ni dia da keje tmpt lain n aku rasa dia bahagia sekarang dgn keje baru. Berkat kesabaran dia masa kat tmpt keje lama. Gaji sikit, keje menimbun. Hari2 dia makan hati dgn bos yg x mengenang jasa. Syukurlah dia da dpt keje baru.

Mmm.. bleh ke aku ubah cara hidup aku n cara aku berbelanja. InsyaAllah, tabiat buruk yg ada ni akan aku buang pelan2.. huhu.. Terpaksa la melupakan hasrat nk beli baju lagi.
Sape tau kat ne ada SALE skg ni?? Hehehe..soalan bisik2 jek.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images