Thursday, January 07, 2010
Assalamualaikum...
Aih..hr ni lupa pakai cincin tunang. Ni sumer gara2 nak cepat. Huhu... Patut la rasa pelik je tgn aku hr ni. Igtkan lupa pakai jam, berkali-kali aku cek tgn aku tang mana yg rasa pelik tu. Lama br perasan, laaa cincin lupa pakai. Nk bt camne da lupa.
Erm.. tetiba aku terfikir, kenapa kita buat something yang baik, ada je halangan?? Inikah namanya dugaan?? Dugaan yang akan mematangkan kita dalam menyelesaikan masalah. Semalam aku belajar tentang kepentingan berdikari dan mengenal potensi diri. Aku ada dgr jgk dlm tv. Dpd tarikh lahir kita bleh tau, apa karakter n potensi yang ada dlm diri kita.
Sebenarnya potensi diri kita boleh dikeluarkan dengan beberapa faktor utama iaitu desakan, fokus, tumpuan dan paksaan. Camne tu??? Dengan mendesak/memaksa diri kita bahawa kita nak kan sesuatu, kita akan berusaha utk dptkan walau apa pun terjadi.
Contohnya, atas desakan hidup yang susah seseorang budak bleh score 8A or brape pun subject yang dia ambik. Sama jgk macam mat rempit/peragut, atas desakan hidup atau desakan dr kawan2 dia berjaya menjadi seorang mat rempit/peragut sedangkan masa kecik2 dia
tak pernah pn ada cita2 nak jd mcm tu atau pun tak pernah pikir dia ada potensi utk meragut org sambil atas motor.
Fokus pn camtu jgk, kalau kita betul2 fokus/tumpu, kita berpotensi untuk buat sesuatu tu. Contoh lagi, peragut kalau x fokus msti dia tak jd ragut beg org. Sama jgk cam merempit. kalau dia x fokus, confirm dia takut nk buat aksi yang berbagai tu. Sama la jgk kalau kita fokus dalam buat sesuatu kebaikan.
Potensi diri ni sbnrnya boleh keluar dr diri kita. Cuma terpulang pd kita nak keluarkan untuk sesuatu yang positif/negatif. Macam perbandingan tadi la.. boleh fikir sendiri kan.. Aku ada dgr kt tv, pakar motivasi tu kata kalau kita fikirkan yang positif, maka semua yang positif akan dtg pd kita. Begitu juga sebaliknya.
Berdikari??? Adakah aku seorang yang independent??? Kalau aku independent, aku x camni. Manja, xleh silap sket, bila sorang2 mati kutu. Teruk kan??
Kdg2 pergolakan dlm diri kita ni berpunca dr diri kita jgk. Mungkin cabaran & halangan tu pn sama mcm tu jgk. Kenapa Allah wujudkan halangan/cabaran dalam hidup kita?? Daripada halangan/cabaran, kita akan berfikir dan menjadi matang. Bila kita berjaya menghadapinya, ia akan mewujudkan rasa syukur. Secara tidak langsung akan mendekatkan diri kita dgn-Nya.
So hadapi la setiap dugaan/cabaran/halangan dgn sabar & tabah kerana Allah sentiasa bersama org2 yang sabar & bersyukur.
Mm... hari ni xde keje spesifik utk aku. Agak bosan, tu yang menulis blog tu. Huhuhu...


0 comments