4 Tahun da...
Friday, October 22, 2010Pengenalan
Hari ni, genap 4 tahun kami couple. Kalau bdk 4 tahun da petah bercakap da tu. Satu jangka masa yg lama, tp rasa mcm baru je berlaku. Terkenang kembali saat kami mula2 kami meluahkan perasaan masing2. Hah.. klaka.. dlm Hp jek. Masing2 malu nk terus terang. Setelah setahun berkenalan, masing2 da ada perasaan lebih dr seorang kawan. Cuma malu nak mengaku. Dia selalu ckp "Ira makwe Lan". Memandai je mengaku aku makwe dia. Perasan kan dia tu?? Dulu dia klentong aku, dia kata nama dia Lan & keje kat kilang kicap. Lps couple br aku tau nama sebenar dia & siapa dia sebenarnya. Dia ckp, dia takut aku xleh terima dia sbg kawan.
Pertama kalinya
Berbalik pada macam mana memula kami couple tu.. citernye gini..
Masa tu bulan puasa, dekat nak raya da.
Dia sms aku, dia ckp nk balik kg.
Aku pesan kat dia, hati2 bwk motor.
Dia ckp, xnak hati2 bkn ada org syg pn.
Pastu reply blk, jgn la camtu.. ada org syg. Aku suh dia hati2.
Lepas 2 jam, waktu petang2 tu.. ada call dr no rumah yg aku tak kenal. Masa tu aku tgh tlg mak aku masak utk berbuka. Dia nk menyamar konon. Dia dr balai polis mana ntah. Igt aku percaya agaknye. Aku dpt agak la dia. Kami borak2 kejap. Rasanya tu kali kedua kami berbual dlm telefon. Mmg jarang la call. Selalu sms je. Perasaan time tu berbunga2 je. Sengih2 sorang2. Tak tau la dia camne. Mgkn dia pn sama. Masa tu aku rasa, aku da sayang kat dia. Dlm hp aku ada sms bergambar yg sgt sesuai utk menyatakan hasrat hati time tu. Sms gmbr seorang pempuan bertudung, tp ayat dia aku x igt la. Sms tu pn da ilang. Tak tau la dia simpan lg ke tak.Sms tu ada org lain kasi kt aku. Tp kasih syg da pudar.. aku kasi kat org lain. Hahaha.. jahat je.
Aku pn send la sms tu...
Then dia reply, betul ke ni? Ira jgn main2..
Aku reply.. betul la.
Dia reply.. Ira tak kisah ke Lan ni siapa? Keje kilang je..bla..bla..<--ayat merendah diri
Aku reply.. Tak kisah. Ira happy kwn dgn Lan. <--berdebar2.. yakin x yakin je.. tp yakinkn diri jgk dgn kptsn tu.
Dia reply.. Lan tak nak Ira menyesal nnt kawan ngan Lan..
Aku reply.. Tak menyesal.
Bermula dr saat tu, tiap kali sms hati berbunga2.. Dulu kurang prihatin, skg ni lebih prihatin.
1st time dating.
Smggu lps raya, kami decide utk bertemu buat kali pertama. Sangat berdebar. Ckp ngan mak, nk jmpa kawan. Mak pn selidik.. Dia cam berat nk kasi aku g sorang. Tp sbb aku kata aku jmpa kat KL Sentral kejap je, so dia pn ok la. Aku g nek bas, pakai baju tshirt merah, suar jeans tudung putih. Dia dari kg masa tu. Pakai bj kemeja biru, jeans, kasut corak petak2, beg sling tp gantung kat leher.Dia naik komuter dari rawang. Aku sampai dlu, aku tggu dia kat pintu keluar stesen komuter tu. Sorang demi sorang, org yg keluar tu aku tgk. Tiba ada 1 mamat ni. Gaya seperti seorang mat rempit.Aku tgk dia keluar, then dia cam call someone. Tepon aku yg bunyi.. Slps confirm dia adalah orgnye, kami pun berjalan naik ke food court kat KL Sentral.First time kami keluar dating. Utk dia mgkn la kali pertama kuar ngan pempuan. Tp utk aku, kali ke brape ntah.Tp dating kali ni aku rasa sgt istimewa. Dua2 cam bendul. Ye la da declare couple, tp cam sengal je. Segan2 gitu. Hahaha... Panggil pn awak saya, pd hal sblm jmpa tu nama panggilan kami da tukar.Haa..so advance kan?? Dia suh aku pggl dia abg, then dia pggl aku ayg. Memula nk pggl ngan nama manja lain, tp cam x best. Lekat la sampai skg abg & ayg. Dia belanja aku makan. Erm..mkn nasi ayam yang x best. Masa berckp ngan dia..segannya nk tgk muka dia. Tp curik2 gak tgk mata dia.Kelakar2.. 2 bdk sengal berdating cam bdk sekolah je. Sesi berkenalan balik.. Tnya background apa sumer.
Lps mkn, kami ke Mid Valley. Nek komuter je. Erm..masa g tu, org tak ramai. Dlm komuter, x bnyk ckp sgt. Masa jalan berdua, dia jalan depan, aku jalan blkg.Erm.. kemana ntah kitaorg jalan. Nk balik tu sesat. X jmpa laluan nk ke komuter. Hahaha.. melilau cari. Akhirnya jmpa jgk. Tggu komuter, giler ramai org. Aku takut nk rempuh manusia2 yg berebut tu. Tp rebut gak la. Kami dpt la naik. Berdiri kt pintu. Aku perhati je dia. Dia awasi aku, tp tak pegang2 pun.Aku tggu gak, kot2 la nk jd drama korea ke.. hahaha.. x senonoh ira. Aku plak lg gatal apa kes ni. Aku rasa selamat la sbb dia respect aku. X cam setengah lelaki lain. Dia bnyk tnya pasal ex-bf aku. Ye la kan.. dia kenal aku dlu berbanding ex-bf aku tu. Tp aku pilih mamat tu plak. Of course la dia nk tau kan.. Aku xmo citer sbb aku sakit ati.Masa nk balik tu, pulang ngan hati berbunga2 la kami ni. Hehehe..
Lps dating 1st time tu.. mula la berani nk dating lagi & lagi. Hehehe.. Memula dating kami takde transport. Thn 2006 tu dating nek bas, turun naik lrt n komuter je. Huhu.. cam org da kawen memulakan idup je, hehe.. Tempat yg sering dituju Sunway Pyramid. Pastu ada jgk g KL. Tmpt2 yg sng nk akses dgn public trasport. Erm.. masa tu muda lg. Dia pn x kisah dtg KL dari Rawang nun di sana. Letih gak kalo nek moto. Sekarang ni kalo suh dia nek moto g umah aku kat PJ tu.. ada je jwpn. Itu la dia lelaki zaman skg.
Sepanjang 4 thn ni mcm2 la pasang surut nye hubungan kami. Kejap gaduh,kejap baik. Tp kami tak macam couple lain la.. Tak berpeluang nk celebrate birthday sesama, hadiah birthday dpt la.. sib baik. G tgk wayang sesama pn tak pernah berpeluang. Alhamdulillah, Allah melindungi kami.
Cuma kami tak terlepas la dr godaan syaitanirrajimmm.. jgk.. sama mcm pasangan lain.
Tahun ke 3 couple
Kami decide utk lebih serius. Tu pn lps aku ugut. Kalau 2011 x kawen gak, aku cari org lain. Hahaha.. Aku ajak dia kawen tahun ke 2 couple lg. Tp dia brain wash otak aku. Bila aku pk2 balik, betul gak apa dia ckp. Betul ke aku da bersedia nk kawen? Bersedia maksud aku, sediakah aku utk bernafas dgn lega melihat keadaan keluarga aku ketika itu. Ngan adik x keje lg, duduk rumah kecik, kewangan tak stabil, keje tak menentu... Dia pn pk keadaan dia.. Masa dia slow talk ngan aku tu, br aku nampak kematangan dia.. Ohh..aku jatuh cinta skali lagi.. Syukur pd Allah sbb kurniakan dia dlm hidup aku. Wp ada kekurangan, tp skg aku nmpk kelebihan pd dia..
Eh..jauh plak menyimpang. Raya 2009, konon nk kenal2kan family kedua2 pihak je. Skali jadi lain. Jadi la kenduri pertunangan kami pada 26.09.09.Tahun ke 4 couple
Kene arr kawen. Da janji nye setahun je tunang. Erm.. keluar dating pn sbb nk beli brg2 kawen. Lama gak bt persiapan. Pelan2 buat sbbnye kami bkn la keje gaji besar & dua2 pn bkn ank org kaya. So pandai2 la nk berjimat. Sama jgk la, tempoh bertunang ada pasang surut. Lg kerap gaduh. Nk set tarikh kawen pn gaduh gak. Tp Alhamdulillah, segala berjalan lancar. Kedua2 pihak sepakat nk buat lps Raya Haji tahun ni, InsyaAllah. Semoga segala yang dirancang akan terlaksana. Jika diperhatikan, langkah kami bermula bln puasa & raya. Tiap kali raya ada la agenda kami. Cuma tahun ni Raya Haji. Raya Puasa tahun ni kami giat buat persediaan je. Janji Hari Raya.. Kami cuma merancang, Allah yg tentukan.
Tinggal bape minggu je lg nk tukar status dah kami. Malas nk kira, nnt org kata tak sabar plak. Malu plak rasanya. :)



2 comments
hehehe..kejap je dah 4 tahun kan. tak lama nak tukar status, kenalah balik keja lagi awl. semoga berbahagia hendaknya
ReplyDeleteTu la.. Harap2 lps ni keje x bnyk. :D Terima kasih kerana mendoakan kami.
ReplyDelete