Minggu Terakhir Persediaan..

Tuesday, November 09, 2010

Salam semua.. lama daku tak menulis di sini. Lama tak citer pasal preparation kawen. Kalau dilihat pada Daisypath tu, lagi 1 minggu 5 hari je lagi. Tak lama da kan. Tapi kalau kira hari je, ada la 12 hari lagi. Lebih dari 10 hari, lama lg la tu kan. Hehehe.. Aduh..cuak2..cuak.. Rasa cam bnyk benda perlu diuruskan. Betul la org kata, makin dekat hari tu makin kuat dugaan utk kita. A lot of thing that i've to go thru. Baru selesai urusan pindah rumah, kali ni sibuk dengan opah sakit plak. Dalam pada tu, aku diduga dgn sesuatu yg x disangka. Pengalaman yg amat bermakna utk aku. Dari situ kita dapat tahu, pasangan kita tu mcm mana. Erm.. apa pengalaman tu nnt la citer. Skg ni nk citer progress dlu.



Cuti Deepavali yg lepas, aku pegi fitting baju kawen. Erm, disebabkan aku telah ditimpa malang, keterujaan aku nk tgk baju kawen aku terus menurun ke paras bawah laut. Memang tak excited da. I'm the one who spoiled the mood. Xleh nk salahkan sape. Dari pagi aku g cari pasal ngan tunang. Ntah kenapa tak semena-mena aku nk moody ngan dia. Mamat ni bengang la. Aku pn tak tau, apa jenis angin melanda aku hr tu. Mgkn sbb aku period pagi tu. 1st day, aku rasa sakit senggugut. Nk g butik pn berangin je. Ada kisah terjadi sblm g butik tu. Janji asal kul 12, pastu tukar kul 10.30, tapi aku tiba di sana kul 12.30. Ada tragedi di pertengahan jalan.



Setibanya di butik, aku disambut oleh alisha. Petah betul budak tu. Melangkah ke dalam butik, hilang stress aku sblm ni. Kak Asyiq pn keluarkan baju yg akan aku pakai nnt. Haaa.. cantik. Aku suka. Bila pakai, sedang elok kat aku. Aku x bwk inner, so aku pakai ngan baju yg aku pakai masa tu. Erm.. Kak Asyiq kata, mana ada besar bdn aku. Patung pn tak muat baju aku tu. Bertapa kurusnye aku. Ye la, aku naik tang perut je sbb kuat mkn. Cuma aku kene tegak kan badan sbb nmpk bongkok n kurang confident. Siap pesan kat tunang aku, suh aku duduk straight. Tunang aku pn cuba baju dia jgk. Beruntung kami berdua sbb sama2 pakai baju baru. Kak Asyiq kata baju aku da ada org request nk try. So dia terpaksa sorok ke blkg. Masa pakai baju tu, kak Asyiq pakaikan veil skali. Aku gerak skit, sangkut kat labuci sana. Aku angkat skit, sangkut lg. Pastu aku kene gelak ngan akak tu. Dia ckp, ko ni Ira, asik sangkut je, esok kalo sangkut lg camne nk tolong. Sape lg nk tolong, abg dgn pengapit la kene tolong aku. Pastu akak tu suh aku pilih kasut mana berkenan. Erm, warna tema aku tak bnyk option kasut. Tp kene gak buat pilihan, so aku pilih la. Masa dok try2 kasut tu, kene gelak lg. Mcm bdk2 je aku ni. Aku try bejalan ngan kasut tinggi tu, 2, 3 tapak da nk tercabut kasut tu. Adoi..camne ni. Tak biasa pakai high heel. Blh tak letak getah kt blkg kasut tu?? Hehehe... Tak tau la aku camne nnt. Sila jgn kata aku gatal nk berkepit je ye. Aku mmg tak biasa berkasut tumit tinggi.



Sesambil aku sibuk menggayakan baju tu, alisha plak sibuk ukur tangan aku. Sebijik gaya mak dia amik ukuran. Hehe.. ada talent la bdk ni jd fesyen designer 1 hr nnt. Tak larat layan dia cakap. Masa aku nk byr duit kat mak dia, dia sibuk lukis gmbr arjuna. Tp takde rupa arjuna pn. Macam2 la dia citer kat aku, aku layan je dia. Best jgk layan bdk ni. Mmg release kepala otak aku yg berserabut sblm tu. Sakit perut senggugut pn ilang.



Lps balik dr butik di Rawang, tunang aku ajak balik kg dia. Cuba baju kat sana plak. Erm.. hari tu sepanjang hari, kami mencuba baju saje. Otw g kg dia, aku da kebulur. Dia belanja burger king. Erm, sian jgk dia kat aku ek. Ye la, kalau ikutkan tragedi pagi tu, dia patut marah kt aku. Nasib baik la, kalau ngan lelaki lain, tak tau la camne. Perjalan ke kg dia tu dlm 1 jam camtu la. Tp sbb kami terus ke kedai tmpt dia g survey tu, so jauh lg la. Masa g test baju tu, mak ayah, dan adik2 dia pn ada skali. Masa pilih2 baju tu, nk ikut tema dia la. Skali baju nye tak berapa sesuai ngan aku. Aku tgk buruk je aku pakai. Nmpk gemuk + pendek. Tunang aku pn tak berkenan tgk aku pakai. Maklumlah, dia tu cerewet skit. Pastu, mak dia suggest baju lain. Asalnya dia nk buat tema warna biru turquoise. Pastu sbb aku nye tema ada warna itam, dia pn nk itam jgk. Apa tiru2 ni?? Selamber je tnya kat bdk butik tu, baju warna turquoise itam takde ke? Warna tak penah dibuat dek org bang, ne ada la. Aku gelak je. Cara dia tetap nk ada warna itam tu. Kebetulan mak dia suggest 1 baju tu, itam silver. Erm.. aku pn try la. Bila try, ok. Aku pn selesa ngan baju tu. Baju camne?? Rahsia..... T___T Pastu cari pelamin plak. Pelamin silver, so jd la tema belah dia silver itam. Amik kau, ghotic abis dua2 belah. Fakta aku masa buat kad itam putih tu, tak leh pakai. Konon buat itam putih sbb warna general, tak berpihak pd sesiapa wp aku nye tema ada itam gak. Hehe.. berpihak pd aku la tu. Alih2 dia pn ada jgk warna itam. So.. kad kami ikut tema dua2 belah gak la.



Hehe.. secara tak rasmi da reveal warna tema. Tak kisah pn kan tema apa. Janji majlis berjalan lancar, tu je harapan aku. Erm, lps balik dr butik, g umh mak dia. Kali ke 2 menjejakkan kaki ke rumah bakal mak mentua. Malu2 kucing mesti ada lg. Especially masa makan. Tetiba je selera cam nk mkn skit. Mak dia suh tmbh lg, aku tmbh skit je. Erm.. segan ke? Tak pun, cuma ntah susah betul nk abiskan mknn yg skit tu wp perut aku rasa lapar. Mgkn sbb kt rumah org kot. Masa di meja makan, aku tak bnyk ckp. Just dgr & jwb soalan je.

Kami balik lps makan. Lps je keluar dr tol, tunang aku benti tepi. Dia suh aku drive viva ayah dia. Huhu... masa kat umh lg dia suh drive, aku xnk. X reti aku jalan adventure tu. Jalan highway blh la aku cuba. Erm.. nnt aku citer camne pengalaman aku memandu kereta viva k.


Setakat hari ni, progress aku:

Urusan Nikah
Kursus Pra Perkahwinan.....................................Done
Mohon Kebenaran Nikah Procedure............................Done
HIV test...................................................Done
Tempah Tok Kadi............................................Done

Urusan Kenduri
Tukang masak/Katering......................................Done
Khemah/Dewan...............................................Done
Meja Pengantin & Table deco................................Done
PA system..................................................Not Done
Kompang....................................................Done

Urusan Andaman
Baju Nikah.................................................Done
Tudung Nikah...............................................Done
Make up + baju.............................................Done
Pengapit...................................................Done
Videographer/photographer..................................Done
Pelamin ...................................................Done
Bantal Tangan .............................................Done
Sarung Bantal Tangan ......................................Done
Alas Kaki .................................................Not Done
Kipas .....................................................Not Done
Pentas....................................................Not Done
Kerusi.....................................................Done

Urusan Tetamu
Kad jemputan...............................................Done
Souvenir...................................................Not done(in progress)Paperbag...................................................Done
Bunga pahar................................................Done
Senarai nama & alamat jemputan.............................Done

Urusan Bilik Tido
Set Bilik Tido.............................................Done
Cadar......................................................Done
Bantal hiasan & Bantal nikah...............................Done
Hiasan bilik tido(bunga2/kain tabir).......................Done

Urusan Hantaran
Barang hantaran............................................Done
Brg hiasan hantaran........................................Done
Alas pahar.................................................Done
Pahar......................................................Done
Gubahan Hantaran.................................Not Done

Urusan Bulan Madu
Resort/challet.............................................Done

Others
Brg hiasan rumah...........................................Done
Langsir....................................................Done
Kepala paip ...............................................Done
Cat Rumah..................................................Done
Lampu & kipas .............................................Done
Perabot rumah .............................................Done

Setakat ni, almost done. Cuma sesi memanjakan diri je x buat lagi. Tak tau nk buat bila. Tp aku rasa aku perlu buat. Sbb aku stress skg. Tak tau nk kata camne. Muka plak da naik jerawat. Adoi.. tak tau la nk wat camne. Berserah je la...

You Might Also Like

2 comments

  1. gothic?? ganas tul pengantin..smoga semuanya berjalan lancar..

    ReplyDelete
  2. ye..mmg ganas. tau x, dia bg cadangan belah kek pakai parang. pastu ira kata, pakai la kapak ikat ngan reben. hehe... sengalkan dua2..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images