Stress!!!!!!!!!!!!
Thursday, February 17, 2011
Tengok gambar kat atas, ni la yg berlaku kat aku sejak kebelakangan ni. Time keje, aku rasa ngantuk + malas nk buat kerja. Sebenarnya, aku ada kerja yang perlu disiapkan, tapi disebabkan tekanan dari luar (org sekeliling) menyebabkan aku SAKIT HATI dan MENYAMPAH. Teruk kan aku?? Berperasaan macam tu time tgh pregnant. Tiap kali aku rasa camtu, aku akan berdoa, jauhkan anak aku dari bersifat buruk mcm aku dan jauhkan anak aku dari bersifat seperti ORANG ITU. Semoga anak aku jadi anak yang menenangkan orang lain. Sejuk mata dan hati yang memandang. Emosi aku agak terganggu kebelakangan ni. Dalam minggu ni beberapa kali aku menangis. Melepaskan geram & tekanan yang rasa tak tertanggung. Rasanya kalau aku tak pregnant, aku lebih kuat. Tp ntah la, jiwa aku lebih sensitif sekarang ni. Mungkin ini dugaan utk aku. Apa aku boleh buat adalah berdoa dan bersabar. Istighfar banyak2. Tu je. Bimbang perkembangan ank aku terganggu disebabkan faktor luaran ni. Boleh ke camtu??
Camni la agaknya muka aku bila stress n marah. Sampai laki aku pun tersabit sama. Sian dia. Family aku pn terkena tempiasnya. Padahal diaorg tak tahu apa2 pun. Semuanya berpunca daripada perasaan tak puas hati. Ye, aku patut ada perasaan macam tu. Aku bukan dengki, aku bukan buruk sangka. Tapi aku rasa sabar aku da di tahap maksimum. Kenapa hujung minggu aku, waktu cuti aku saja yang diganggu. Bila aku minta tolong orang lain, semua ada alasan masing-masing. Saat syaitan mula menguasi amarahku, mula aku pikir bukan2. Sape tahan kalau dapat tahu ORANG ITU claim dekat rm800, tapi kerja tak buat. Dan bila dia diberi tanggungjawab tu, senang2 dia lepaskan macam tu je. Aku x heran dia claim banyak mana, kalau dia buat kerja tu dan tak menyusahkan org lain.
Citer pn tak guna, korang bkn tau kan keje aku camne. Tapi aku tak suka kerja sampingan ni. Walaupun dapat claim hingga rm160, tapi aku lebih rela hujung minggu aku tak diganggu. Hujung minggu la aku nk luangkan masa dgn keluarga. Terutamanya laki aku. Laki aku keje syif, ada minggu yg seminggu aku x jmpa batang idung dia. Cuba korang pk, time korang nk manja2 ngan laki, orang tepon cakap ada masalah itu ini.. bkn setakat spoil mood aku, malah mood laki aku. Hujung minggu la time aku nk masak utk laki aku, walaupun aku tak pandai masak, tapi aku masak jugak. Time hujung minggu la aku nk pegi pasar, nk beli brg dapur, nk basuh kain, nk bangun lmbt skit (kadang2). Hari biasa rutin aku keluar kul 6.45am balik pukul 8.00 pm. Time hujung minggu la aku nk rehat, melupakan beban kerja aku. Tu pun susah sangat seorang bos wanita yang beranak 6 nak faham??? Bila aku ckp, dia bandingkan ngan diri dia. Hello, awk tu bos, gaji besar ada bibik. Balik keje nek kete, tak kene impit mcm aku dlm komuter. Takkan aku nk buat mak aku macam bibik. Hujung minggu pun mak aku nk basuh baju n masak utk aku + laki aku??
Tak tau nk cakap camne da.. aku menangis je. Petang ni aku tak tau la apa pulak alasan diaorg menolak permohonan aku nk quit dari team support 24 jam tu. Dulu aku bujang, blh la aku kasi komitmen. Datang ofis dr pagi sampai petang pun aku sanggup. Tapi sekarang tidak lagi. Sila la faham.. penat aku bebel..
Syukur Alhamdulillah dapat suami yang menyokong aku. Semalam aku balik lewat, pukul 9 baru sampai rumah. Dia tolong iron baju aku untuk pakai kerja hari ni. Lupa pulak cakap time kasih, ceh. Hehe.. Dia selalu gak tolong basuh baju kami. Harapnya rajin dia tu sampai ke tua la.. Tp aku tak la amik kesempatan atas kerajinan dia. Tengok, sape yg patut kita hargai??? Keluarga la kan?? Keluarga la yang kita kene utamakan.. Sebab susah senang kita, keluarga la yang bantu. Orang kat OFIS?? cakap boleh la..


0 comments