[Sikecil] - 13 Minggu..
Friday, April 01, 2011Assalamualaikum kawan-kawanku.. Lama aku x menulis. Lama gak la korang tak tau citer aku. Untuk pengetahuan korang, lps aku training hari tu, aku masuk keje sehari jek. Pastu aku MC 4 hari. Doc kasi 5, tapi dia p kasi MC hari Sabtu. Huhu.. rugi-rugi.. haha..suka MC lak. Mesti korang pelik, nape MC lama benor kan? Untuk pengetahuan, hari isnin aku msk keje tu, tetiba aku bleeding time balik keje. Hoho..cuak giler + panic. Siap nangis lg dlm toilet. Ye arr, mcm2 perasaan ada time tu. Sumer org tanya camne leh bleeding. Aku sendiri tak tau. Yg aku tau, masa tu aku rasa sakit kepala sbb fokus sangat wat keje pastu aku rasa basah. Rasa cam x best, aku g toilet. Nk amik wuduk. Pastu tengok2 ada darah macam period. Apa lagi, terus berdegup laju jantung aku. Aku g solat, igtkan bleeding tu stop, alih2 tgk ada lg. Terus aku packing utk balik. Masa sblm solat tu, sempat la suh laki aku jangan g keje malam tu. Suh dia dtg amik aku kat ofis. Aku g toilet, pakai pad n terus balik. Sempat lagi sms zuriey mintak dia teman aku sementara tggu abg sampai. Pastu aku g tau sepupu aku. Sepupu aku suh aku g PPUM terus. Aku pun g la sendiri naik teksi. Dalam kul 6 lebih camtu aku sampai kat emergency PPUM. Sorang2 kat situ, sementara nama dipanggil. Aku da sedey da. Mcm2 aku pikir time tu. Tak lama lps tu, abg pun sampai. Mujur jalan x jem sangat. Lega skit hati ada org disisi. Lama gak menunggu nama dipanggil utk kali ke 2. Dalam kul 9 kot, nama aku dipanggil utk kali ke 2. Igt dok dlm tu da terus diperiksa, kene menunggu lg. Dalam tu, doc tanya aku macam2. Pastu dia amik darah aku. Waaa...aku takut nk tengok. Tp aku jeling2 gak. Penuh picagari dia, pastu dia divide dlm 4 botol. Pastu dia suh aku g kencing plak. Lps dia amik darah tu, aku igt dia nk cabut jarum kat lengan aku, rupanya dia lg tampal xnk kasi keluar darah. Haaaa... da aku susah nk bergerak. Time nk kencing tu, terkial aku ngan sblh tangan. First time aku kene amik darah gitu. Selalu aku dgr mak citer je dia kene amik darah. Sakit gak, tp nk wat camne, tpaksa la. Lps amik darah tu, aku rasa cam da flat. Pastu blh plak doc tu suh aku tunggu kat tmpt dia bt keje. Pastu dia g panggil patient lain. Kalo dia ckp awal2 aku nye part da settle kan senang. Blh aku terus kuar. Takde la aku bertapa sambil serabut tgk dia bekerja dlm kesibukan bilik emergency tu. Kesian gak aku tgk muka doc tu. Aku plak buat muka seposen. Haha..ye arr aku mmg tak bermaya. Mkn tak lalu. Dkt 2 jam aku menunggu utk dipanggil semula. Da bape kali g kencing aku x tau, da bape kali muntah pun tak kira. Aku da x larat sgt time tu. Kepala plak pening. Mujur ada suami disisi. Sian dia, lengan dia jd bantal aku. Pastu jd tukang urut blkg aku. Sambil2 tu sempat lak dia menyakat. Saja je dia nk usik jarum yg melekat kat lengan aku tu. Woo..tangan aku da ler lenguh, pastu sakit. Dekat pukul 12malam baru nama aku dipanggil semula. Masa tu sepupu aku da balik. Dia x larat nk tunggu. Aku msk bilik doc dgn abang. Pastu doc scan perut aku. Alhamdulillah, baby ok. Nmpk jantung dia berdenyut, pastu kaki tangan dia bergerak2. Menggapai2 macam dlm iklan anmum tu. Punggung dia cam melambung2. Macam nakal je dia dalam tu. Hehe.. sejuk ati aku tgk. Pastu doc cakap, aku keguguran ugutan. Huhu.. dia kata baby akan tau diri dia normal atau tak. Kalau dia x normal, dia akan gugur sendiri. So far baby normal la dia kata. Alhamdulillah. Dia kasi aku MC 5 hari. After 1 week kene jumpa doc balik. Sepanjang MC 5 hari tu, ada gak la bleeding, tp skit2. Doc kata aku ada kencing kotor. Huhu.. Kene makan ubat busuk tu lg. Aku rasa takut gak nk g rescan after 1 week, pastu plak kencing kotor x ok lg. Pastu aku ajak abg g scan kat private. Masa scan tu, doc tunjuk la, ni kepala baby, kaki kiri, kaki kanan, tangan kiri, tangan kanan dia. Masa doc nk tunjuk tangan kiri dia, dia tengah luruskan tangan plak. Hehe.. Ada banyak la koleksi gmbr dia masa 12-13 mggu. Lega skit rasa hati ni. Pastu 29 Mac 2011, aku g PPUM utk rescan. Pagi tu aku g buat buku merah. Lega da buat buku. Masa rescan petang tu, doc pun tak dpt nk pastikan nape aku bleeding. Tp kesimpulan yg blh dibuat sbb aku xleh lasak. Aku xleh stress dan xleh banyak berjalan. Mgkn sbb aku travel jauh sgt kot. Masa nk scan tu, doc tgk perut aku dia ckp, eh da besar da. Pastu tgk kat screen, see ur baby. Jantung dia berdenyut, dia gerak2. Mcm aktif je. Patut la malam2 perut aku rasa bergelora je. Doc bg lg gmbr baby. Erm.. Tp aku malas nk attach kat sini sbb lbh kurang sama jek. Sepanjang aku MC, husband aku la jaga aku. Sib baik dia keje malam. Siang dia ada rumah. Baju dia basuh, sumer benda dia buat. Aku bgn breakfast, susu da siap bancuh. Bertuahnye badan. Semoga dia jd suami mithali x kira la anak da berapa pun. Hehe.. Terima kasih kpd mak mertua sbb lahirkan anak yg baik cam abg. Mesti korang nk muntah baca kan? Puji bkn main. Bkn apa, nk puji dpn dia jgn harap la, tp aku sgt bersyukur dpt husband cam dia. Syukran2.. Cuma aku ada masalah skit. Aku rasa cam pelik la sbb aku ada discaj kaler coklat mcm period nk abis. Lps bleeding tu, terus ada camtu. Risau gak aku. Aku g klinik kesihatan sbb ada appoinment smlm, aku tanya skali psl discaj tu. Doc cakap takde apa, tak bahaya. Kalau merah darah baru bahaya. Aku risau gak. Rasa cam nk g checkup kat private plak. Scan baby mmg la ok kan. Takut la kot2 tu pangkal rahim punya cerita ke, apa ke, mana la tau benda2 dlm perut ni. K la, apa2 nnt aku update lg. Kawan2 yg ada pengalaman or ada apa2 info leh la share ngan aku yg x berapa nk tau psl2 org mengandung ni.. 


3 comments
ya Allah zira..ko kena super careful!ada orang mmg weak(mcm aku)..haha..so jangan jalan laju2..xleh stress2 sangat..lagi2 1st trimester...
ReplyDeletetake care tau..jage diri n baby baik2..chaiyo!
take care more ok
ReplyDeletedilla: insyaAllah. aku akan cuba utk lebih careful.
ReplyDeletezuriey: insyaAllah..