Berita Baik...
Wednesday, June 29, 2011Assalamualaikum.. lama betul aku tak update blog ni kan? Mesti sumer da boring tgk gmbr kami berdua je kan? Erm.. nk letak gmbr bdk tecit dlm perot ni, takde plak. Hr tu g scan, doc bg gmbr kepala je. Apa-apa pun, nnt kalau ada yang terbaru aku share la.
Hari ni nk berkongsi berita baik yang kami berdua terima. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan. Berita ni dapat tahu jumaat lepas, tapi tu la aku ni bz memanjang, tak sempat nk update blog.. Hehehe.. alasan.
Kami dapat 2 berita baik. Yg pertama dari abang. Abang dapat kerja baru. Dapat kerja kat area PJ. Syukur Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui bila masa yang sesuai dan bila masa yang kita benar2 memerlukan. Mulai Ogos ni, kami akan duduk di rumah PJ. Aku org yang paling gembira sebab dapat berulang keje dekat dan dapat balik rumah awal. Aku tau, walaupun dekat, tapi duduk PJ kami perlu berhadapan dgn jalan yang sesak. Tapi tak kisah la kan, yang penting dapat jumpa sang suami tiap2 hari. Kat tempat baru, abg keje normal. Cuma hari sabtu abg kene keje half day. Tak apa la, bersyukur dgn apa yg Allah beri. Segala pemberianNya itu ada hikmah dan sebabnya. Harapan aku, semoga abg dapat melakukan tugas baru nya dengan baik dan semoga abg dapat majikan dan rakan sekerja yang baik. All the best my dear. I will always with you.
Berita baik kedua ialah annual increament dari pihak syarikat aku. Alhamdulillah, walaupun tak banyak, tapi boleh la buat belanja dan berkongsi dengan ahli keluarga. Hajat di hati nk ajak diaorg g makan2, tapi sbb tak cukup ahli, so terpaksa la tangguh dlu. Hehe..bajet nye pun da lari. Habis bayar hutang piutang yang menunggu. Takpe la, ada rezeki nnt blh la blanja. Syukur Alhamdulillah dgn rezeki yang dikurniakan Allah pada kami.
Erm... Isnin baru ni, kami baru selesai menguruskan hal insurans kereta. Alhamdulillah, pihak insurans bersetuju utk beri RM15k seperti yang tertera dalam cover note tahun lepas. Walaupun ada kerugian di pihak kami, tapi kami redha. Asalkan dapat selesaikan hutang dgn bank dah la. Kalau ada rezeki kami untuk peroleh bakinya, ada la. Sedih juga, bila dikenang2kan. Tetapi mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. Buat masa ni aku belum terfikir untuk ambil kereta baru atau buat hutang baru. Memang la tak ada kenderaan ni ibarat kita patah sebelah kaki. Tapi kita masih ada pilihan. Buat masa ni, aku masih belum bertemu dengan yang sesuai dengan bajet dan keperluan kami.
Da nk pukul 2, aku kene stop skg. Sedikit update pasal si kecil ku, dia da semakin kuat bergerak dan mendengar kata. Yang kelakar tu, masa aku leka belek2 botol susu, breast pump dan baju baby yang kami baru beli Ahad lepas di Temerloh, budak kecik ni bukan main lagi bergeraknya. Cam tau2 je aku beli brg dia. Saje je cakap ngan dia, baby.. ni baju baby, suka tak?? Lps tu 'bedebush-bedebush' aku rasa gerakan dia. Suka ek?? Petang Ahad tu, aku urut perut ngan jiran sebelah umh mak mertua aku. Sebab bila berjalan, aku rasa baby tekan kt tulang peha aku. Mak cik tu betulkan kedudukan baby supaya aku tak rasa sakit lagi. Si kecik ni pun bergerak2 bila kene usik. Marah ek baby?? Hehe.. Lps urut tu ok la skit. Blh la aku jalan. Tapi skg ni rasa cam dia duduk balik tmpt kegemaran dia tu. Mak cik tu ckp perut aku da turun 3 jari. Huhu... Dia kata tak sampai bln 10 ni. Erm.. mungkin pertengahan bln 9. Aku pun dapat merasakan sebegitu. Tapi tak tau la kan, baby nk kuar bila. Apa yg penting aku kene setelkan persiapan nak menyambut si kecik ni dan kene setelkan kerja2 aku sebelum aku cuti.
Huhu.. da kul 2 lebih da.. nnt aku update lagi kalau ada masa..


2 comments
alhamdulillah..rezki tuhan
ReplyDeletealhamdulillah..
Delete