[Sikecil] - 23 Minggu..
Wednesday, June 08, 2011Assalamualaikum...
Lama rasanya tak update blog ni. Lama jgk rasanya tak cakap pasal si kecilku kan?Erm.. si kecilku kini da 23 Minggu, kalau ikut mak aku kata, da 6 bulan da tu. Huhu..emakku lebih expert. Bila org terserempak ngan aku n mak aku, then diaorg tnya da bape bln, aku xjwb lagi, mak da jwb kan dulu.. Hehe.. x sangka mak mengikuti perkembangan bakal cucu dia ni.
Baby,
Look, how excited people around you??
How excited they are waiting for you??
When they are looking at your mom's belly,
They start thinking about your gender,
They start thinking about your name,
They start asking about your age...
It's a wonderful feeling that mommy never felt before.
My dear baby, thank you for giving me a chance to be a pregnant lady.
Thank you for being strong and growing up every day.
I will always pray for you my dear.
Thank you Allah for the priceless given for us.
Aik..tetiba la speaking mak baby nih.. haha..
Padahal aku bukan la terror English pun, broken je sokmo.
Tetiba lak nk speaking ngan anak sendiri, padahal aku la org yg akan rasa janggal bila dgr org lain ckp ngan ank nya guna bahasa inggeris.
Cthnya mcm: Mana 'car'?? Mana 'bird' ?? Tgk tu 'chicken'..
Bila aku dgr camtu, aku rasa cam PELIK. Haha..sengal je aku ni. Suka ati org la kan..hehe..
Eh da lari topik la plak. Nk citer psl si kecilku ni. Sejak masuk 23 Minggu hr tu, aku dapat rasakan gerakan beliau yang semakin ligat dan jelas. Sebelum ni aku masih confuse2 lagi. Bila org tanya baby da gerak, aku ckp da, tp rasa cam berombak2 je perut. Haha..
Skg ni aku rasa la, takde la rasa rama-rama dlm perut lg. Tapi rasa sepakan sudut sikecil yg lembut. Hehe.. Camne nk citer, aku pun tak tau. Cuma aku leh cakap, rasanya lebih kuat & lebih jelas dr sebelum ni. TAPI.. takde la sampai aku menjerit "ADOIII.." Gerakan itu membuatkan aku rasa geli dalam perut. Hehe...
Gerakan tu aku tak rasa setiap masa. Ada waktu2 tertentu je. Memandangkan aku sensorang kat ofis & ofis plak sunyi, so aku blh la perasan gerakan si kecilku itu. Erm.. sebelum ni aku selalu rasa sakit kat bawah perut bila berjalan. Mak kata baby kot duduk tak betul. So dia suh aku urut sendiri. Skg ni, bila aku rasa xleh nk jalan je, aku gosok2 la kt tmpt yg tegang tu. Suh baby gerak skit. Mak cakap, baby kalau dia ske duduk 1 tempat tu, dia akan duduk situ je tak mau ganjak2. Sampai la bersalin. Daripada apa yg aku rasa kebelakangan ni, si kecilku ni mmg suka duduk setempat, iaitu disebelah kiri perut aku. Tak tau la kedudukan dia camne kat dalam tu. Tapi apa yg aku rasa, sepakan sudut dia betul2 kat sblh kiri rahim aku.
Time dia gerak aktif ialah waktu pagi sebelum breakfast, masa breakfast, lepas breakfast, sebelum lunch, masa lunch dan lepas lunch. Petang plak, time aku balik keje. Tp kadang2 je. Pastu sebelum makan malam, masa makan malam dan lps makan malam. Time aku tgk tv dgn abg and time nk tido. Tp tak kerap sangat dia gerak. Biasanya sebelum aku tdo, aku rasa la dia gerak2, pastu aku ckp ngan abg, baby tak tdo lg. Pastu abg gosok2 perut, pastu dia senyap.
Ada satu malam tu, kami tido umh opah aku sbb da lama x tdo sana. Malam tu aku tak tdo lena, sbb ada bunyi-bunyian yang mengganggu tidur aku. Masa aku terjaga tu, aku rasa baby gerak2. Maybe dia pun tak lena tdo kot macam aku.
Semalam, perut aku rasa tegang je. Pastu rasa keras je kat bwh perut.
Aku : Cuba rasa ni, keras kan?
Abg : Aah..
Aku : Dia da sedap duduk situ.
Abg : Jalan banyak kot, dia da turun.
Aku : Ye kot.
Abg : Baby tak sabar nk kuar cepat, dia tau barang dia da bnyk beli.
Aku : ... speechless... hanya membiarkan suasana sepi.
Dalam hati, "Bersediakah aku kalau baby nk kuar cpt??"
Tetiba rasa cam takut plak. Ye la.. aku x sedia lg. Bnyk lg preparation x buat.
Puasa pun ada lg 3 hari tak ganti nih. Huhu...
Baby, kalau awk nk keluar, make sure everything ready, ok??!!!..
Semoga segalanya berjalan lancar, dan dipermudahkan oleh Nya..
p/s: Esok ada appointment ngan klinik. Harap2 darah ok, hB ok, kencing ok, berat ok... Harapan aku semoga semuanya OK la.. jgn la ada masalah lain. Risau aku..




0 comments