Cerita pasal baby plak...

Tuesday, July 19, 2011

Assalamualaikum...




Saja ambil masa sekejap utk update blog. Da letih link kan crystal report ngan stored procedure dr database, tak mau jalan jgk. Pening kepala aku. Erm... lama x citer psl perkembangan sikecilku ini. Alhamdulillah, semakin hari semakin kuat gerakan bdk kecik ni. Kadang-kadang rasa geli, kadang-kadang rasa sakit, kadang-kadang rasa ngilu tiap kali dia buat gerakan. Tak tau la gerakan apa yg dia buat kat dalam perut aku ni. Kadang-kadang, perut rasa keras je. Bila tekan, dia gerak. Hehe.. tak tau la baby pnya tgn ke, kaki ke, bon-bon ke, siku ke... Adakalanya, aku sengaja menyakat dia. Aku tekan kat tempat yg keras tu. Hehe.. pastu bedebush..dpt skali. Tak tau la dia tumbuk ke tendang ke.. yg pasti perut aku tersentak. Nmpk jgk la kadang2 perut tu cam terkejut. Hehe... Apa-apa la baby, asalkan awak gerak hari-hari. Kalau tak gerak langsung tu yang buat risau tu. Rasa tak sabar nk menyakat awak baby. Ayah awak pn blh tahan suka menyakat nye, awak tunggu je la. Hehe.. kurang sket abg menyakat aku kalo ada baby.




Baju baby yg abg da siap basuh. Huhu.. konon-konon aku nk basuh. Aku tlg rendam je. Jadi la...


Alhamdulillah, kebanyakan barang - barang baby dan aku utk masa pantang nanti, boleh la dikatakan da lengkap. Baju-baju baby semua abg da tlg basuhkan. Rajin ayah awak baby. Beg utk dibawa ke hospital je belum lengkap lg. InsyaAllah, by this week aku akan lengkapkan. Hari tu g scan baby, Alhamdulillah baby ok. Semoga babyku ini sihat dan jauh dari sebarang penyakit. Takpe la aku yg sakit, asalkan bukan dia. Kalau ikutkan babystrology.com tu, aku hanya ada 10 mggu 5 hari je lg. Tak lama mana pun kan. Pejam celik, pejam celik da sampai hjg mggu. Skg ni pn bulan Julai da msk mggu ke 4. Minggu dpn da nk abis da bulan Julai. Baby pun da nk msk 30 mggu da. Huhu... pangkal 3 plak skg. Lps tu meniti hari je la aku. Doakan segalanya berjalan lancar ye.



Minggu lepas, kami pegi survey hospital. Memula payah jgk nk decide hospital mana nk booking. Kalau duduk batang kali, kemungkinan besar aku g spital kerajaan je. Hospital Kuala Kubu la paling dekat sekali. Kalau duduk PJ, hospital terdekat adalah PPUM. PPUM ni separa kerajaan rasanya. Booking dia RM500 kata sepupu aku. PPUM ni bagus sbb ramai pakar kat sana. Area PJ tu hospital lain banyak, tapi sumer swasta la. Kami tak mampu la & tak berani nk ambil risiko. Walaupun blh claim balik ngan company, tapi rasanya nk sediakan duit ribu riban tu tak mampu la. InsyaAllah, aku guna panel yg company sediakan je. Walaupun tak banyak pilihan, mungkin itu yang terbaik. Tapi macam doc tempat aku g scan baby la ckp, bersalin ni rezeki sbnrnya sbb kita tak tau masa kita sakit tu kita kat mana, atas nasihat dia juga kami guna panel yang company sediakan. Dia ckp, bila lagi nk guna kemudahan yang company sediakan. Awk booking je la, ada rezeki blh la bersalin situ. Erm.. balik dr klinik tu, kami pn berbincang la. Lama jgk nk decide sbnrnya. Da 29 mggu ni la br dpt keputusan, nk bersalin mana.



Banyak jgk benda yg kami ambil masa lama nk buat keputusan. Yg penting tu adalah keputusan bersama. Isnin baru ni juga kami ada buat keputusan bersama. Apa dia keputusan tu.. nanti la citer. Kalau da confirm baru citer. Lagi pun nk citer psl baby jek hari ni. Hehe...



Julai ni, ada sahabat-sahabat aku yang baru menimang cahaya mata.


Antaranya ialah Amri & Yati. Dapat baby boy.

Namanya Muhammad Rasyid Isyraf Bin Md Amri.

Comel kan??


Ahad lepas, sahabat aku, kak emy selamat melahirkan seorang bayi lelaki juga.

Namanya Danial Aiman. Muka iras ayah dia. Hehe..



Baby kami?? belum lagi. Hehe... Laki ke pempuan?? Nama??

Tunggu je la ye...











You Might Also Like

3 comments

  1. tik tok tik tok! cepat betul masa berlalu..

    ReplyDelete
  2. liza: btl tu, cpt betul masa berlalu skg ni. rasa cam baru je kawen..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images