[Sikecil] - 36 Minggu..
Sunday, September 11, 2011Assalamualaikum kawan-kawan...
Tak penah2 aku update blog tgh2 malam. Hari ni rasa nk update blog plak. Sebenarnya, semalam lg nk update, tp cam xde masa nk update. Erm.. berbekalkan bateri laptop yg separuh ni, terpaksa la aku update laju2. Hehe..
Minggu ni, sikecil kami da 36 minggu. Cik baby semakin aktif namun pergerakannya terbatas. Tapi pergerakan dia jelas. Kdg2 org lain pn blh perasan perut aku berombak. Hehe.. Semakin hari semakin membesar perut aku. Dan semakin tegang. Ada masanya, aku rasa mcm perut aku keras sgt, mcm takde ruang utk ditekan.
Khamis baru ni, kami g checkup. Doc nk tgk posisi baby, sama ada da pusing ke blum. Spt yang aku jangkakan, cik baby tak pusing. Tetap sama macam posisi masa checkup 2 minggu lepas. Dan doc bgtau, tak ada cara lain utk aku bersalin melainkan operation. Doc bg pilihan pada kami utk memilih tarikh utk operation. Tapi tu plan je. Doc kata, kalau baby pusing masa next checkup, takde la operate. Doc kata lagi, kalau kedudukan baby melintang mcm baby aku ni, xleh tggu sampai sakit. Kalau blh tak nak operate emergency. Aku pn ada baca dlm internet, kalau posisi baby gini, mmg kene bersalin 2 mggu lbh awal dr due date. Takut nnt jadi apa2. Ye la kan, kalau da kaki baby je kat laluan keluar tu, kepalanya jauh dari laluan, cemana baby nk keluar. Nk tak nk kene operate jgk.
Baby..oh baby... kalau itu yg terbaik utk kita berdua, ibu redha sayang. Huhu.. aku kena bersedia fizikal & mental. Tetiba rasa cam cuak plak. Bila ckp psl ni ngan abg, aku rasa cam nk nangis. Huhu..tetiba je sayu. Mungkin ni dugaan utk aku. Mesti ada hikmahnya. Masa mengandung macam-macam dugaan. Tak tau la dpt pahala ke tak aku ni. Baru sakit skit da x tahan. Mengadu mcm2 kat mak. Ntah2 pada org lain, sakit tu x la seberapa kan?
Mmm... tak sabar rasanya nk pegang baby, nk peluk baby, nk cium baby. Yang paling x sabar ialah nk cuti. Hehe.. tak larat rasanya nk g keje. Nk bergerak pn susah skg ni. Mcm peguin ada, mcm king kong pn ada.. Mcm antu kak limah pn ada. Kaki aku besar betul, sampai bucu cakap, cemana la aku nk pegang kaki ni masa bersalin. Dia ckp masa dia bersalin dlu, kene pegang kaki sendiri. Risau jgk bila dgr citer bucu tu. Nk buat camne kan? Setiap org tu, lain2 pengalamannya.
Bateri laptop nk abis da. Aku rasa kene stop skg la. Mata pn da ngantuk. Cik baby da tdo kot, x gerak da. Ayah baby da lama berlayar da. Ada ke dia suh aku angkat dia bwk masuk bilik. Aku tdo kat luar, dia tak angkat pn masuk bilik. Bila aku ckp gitu, dia bg alasan aku berat, bahaya nk angkat. Mm.. iyo la tu.



4 comments
xper kalu kena operate pun ira,yg penting sumer selamat,adik k.lah pun hari khamis ni nak kena operate,baby kedua dah,1st baby pun operate gak sbb baby dia besar sgt,xleh normal
ReplyDeletek.lah: tu la, kalau tu yg terbaik, ira redha. Semoga semuanya selamat.
ReplyDeleteinsyaallah..sama2 kita doa ye..
ReplyDeleteha..nanti kalu nak sembang2 ke,gosip2 ke msg la k.lah 012-2481582
insyaallah..sama2 kita doa ye..ha nanti kalu nak sembang2 ke,gosip2 ke ni no. k.lah 012-2481582
ReplyDelete