Saat Kelahiran Aimy - Part I

Friday, October 14, 2011



Lama aku tak menulis panjang dlm blog ni. Sementara tuan puteri kesayangan ni tido, aku nk citer la saat2 kelahiran puteri kesayangan kami. Sebelum tu, aku citer serba sikit kisah sblm hari kejadian ye.

Masa aku da masuk 32 mggu, aku kerap baca blog org pasal tanda2 bersalin. Kawan aku cakap, kalau kita dok countdown bila nk bersalin, kita akan terasa lama. Mmg pun, tiap kali bukak blog, aku akan tgk bape mggu da skg n bape lama lg nk bersalin.
Seperti yang korang sedia maklum, kedudukan baby aku melintang sejak 7bulan lg. Ada jgk g urut utk betulkan, tapi sekejap je. Baby kembali ke kedudukan asal. Start msk 31 mggu, doc bgtau baby masih melintang. Dia kata tgk 3 mggu lg, masih ada peluang utk dia pusing. Aku da risau, tp msh berharap baby akan pusing. Ex-boss aku cakap, buat solat terawikh hari2, insyaAllah baby pusing. Erm.. aku sekali pn takde solat terawikh Ramadhan tahun ni, terukkan?? Mgkn org ckp, aku terlalu ikutkan sgt sakit tu. Macam terlalu manjakan sangat badan. Aku ada jgk cuba utk lawan sakit tu, tp aku yg sakit lps tu. So, aku buat mana yg terdaya je. Allah Maha Mengetahui. Kawan2 aku ada jgk suh cuba buat solat hajat dan cuba mcm2 cara. Aku buat juga solat hajat, tp tak la setiap mlm. Aku minum gak air yg tukang urut bg hr tu. Namun, kedudukan baby masih tidak berubah.


Masa checkup 34 mggu, time tu mggu sblm raya. Kedudukan baby masih sama. Doc kata dia akan scan lg lps 2 mggu. Harapan utk baby ubah posisi tu ada, tp tipis. Naluri aku lebih ke arah operation. Ntah la, bkn aku putus harapan, tapi aku mcm da redha.
Walaupun masih ada sedikit harapan utk bersalin normal dlm hati aku. So aku mula mencari maklumat berkenaan LSCS atau kebiasaan org sebut ceasarian. Aku baca blog dan forum berkenaan pengalaman org ceaser. Aku tertarik dgn kata2 sorang forumer, dia ckp bila dia dpt tau yg dia terpaksa ceaser, dia redha. Dia bnykkn baca yaasin, solat taubat, solat hajat. Walaupun org kata, kdg2 baby pusing disaat akhir tp nasib setiap org tu tak sama. Bila dgr org ckp mcm2 psl ceaser, especially org yg x penah ceaser, aku rasa down. Bila aku baca forum tu, lega skit hati aku. Utk memujuk hati sendiri, aku ckp pd diri aku, kalau tpaksa ceaser, aku redha. Bkn aku minta utk bersalin cara tu, tp mgkn da tertulis takdir aku begitu. Sejak dari tu, aku selalu berdoa, kalau aku ada peluang utk bersalin normal, betulkan la posisi anakku, andai aku ditakdirkan bersalin cara ceasarian, jauhkan aku dari sakit nk bersalin sblm tiba masa utk dibedah dan jauhkan juga kami dari kecuaian manusia. Dari pembacaan aku, kalau baby melintang, doc akan advice bersalin awal 2 mggu. Sbb takut emergency ceasar.

Masa checkup 36 mggu, doc kata baby masih melintang. Dpd pengalaman dia, dia kata baby susah nk pusing da. Doc minta kami pilih tarikh utk operate. Dia kira balik usia kandungan dan check blk history checkup aku yg sblm ni. Dia ckp so far tak jauh beza usia scan ngan yg dikira. So waktu yg sesuai utk operate adalah mggu ke 38. Dia suh pilih tarikh dr 19hb hingga 24hb 9. Namun, masih ada lg 1 mggu sblm decide tarikh. Kalau baby pusing pd kedudukan yg betul, tak jd operate. Masa mggu ni jgk, aku agak bz. Wp da x larat nk berjalan ke ofis, tp da tuntutan kerja yg bnyk
aku gagahkan jgk g keje. Ada jgk aku mc sbb kaki bengkak.

Tiba masa checkup 37 mggu, baby masih tak berubah kedudukannya. Doc scan tgk keadaan baby, uri dan air ketuban. Doc ckp, uri kat atas so dia x risau nk ceaser.
Ye la kan, takut uri duduk bawah, nnt jadi kes lain pulak. So doc tanya keputusan kami, bila tarikh nk ceaser. Aku tak terjawab soalan doc tu. Kepala otak aku pk apa ntah. Husband aku yg jwbkan. Kami da discuss sblm ni, utk pilih 21 sept 2011. Tarikh tu sbnrnya dipilih sbb husband aku tak ada cuti, dia baru keje. So cuti tahunan sehari je sebulan. Husband aku amik unpaid leave. Disebabkan nk bnyk cuti, kami pilih hari rabu. Dpt la 5 hari abg cuti, campur sabtu n ahad. Kebetulan plak, 21hb tu tarikh majlis perkahwinan kami. Walaupun bulannya tak sama, tapi haribulannya sama. Sng la nk igtkan.

Menanti tanggal 21 September 2011.

Aku checkup 37 mggu tu 15hb Sept 2011. Aku minta ngan doc MC utk 19hb dan 20hb. Sbb aku x larat nk g ofis da dan aku nk prepare brg2 sblm bersalin. Lps checkup malam tu, aku ngan husband terus balik ke btg kali. Hari jumaat cuti Hari Malaysia. So kami tido 1 mlm di btg kali. Lewat juga kami sampai mlm tu, jalan jem sbb ada
eksiden.


16hb Sept 2011, cuti Hari Malaysia. Kami di btg kali. Erm, tak duduk diam pn kat umah. Pegi rumah cik mon sbb nk mintak cik mon carikan ikan haruan.
Malam tu, kami balik semula ke PJ. Sbb sabtu abg keje. Family aku ikut g umah PJ sbb hari sabtu ada jamuan raya block 1 & 2.

17hb Sept 2011, cuti Hari Sabtu. Tak pergi mana pun. Ikut mak g beli ikan, pastu g raya umah jiran kat bawah. Petang lps solat zohor, aku ikut mak g jamuan raya bawa ank sedara aku skali. Disebabkan budak 2 org tu da boring duk kat jamuan tu, aku bwk diaorg naik dlu. Mak as usual, jmpa kawan2 lama. Ambik kesempatan beraya umh kawan2 dia. Tu pun dia g yg penting2 je. Malam, kami pegi beraya ke rumah Kak Did sepupu aku. Sempat la bakar ayam ngan sosej kat umh kak did. Sambil tgk citer Hantu Bonceng, makan mee dan makan ayam panggang. Kul 10 lebih, mak, abah & adik2 balik semula ke batang kali. Aku, abang n olin, balik umah PJ.


18hb Sept 2011, cuti Hari Ahad. Abg ada kat rumah. Plan hari tu nk beli barang yang tak cukup lg. Kami g k4, beli barang dapur skit. Lama sgt berjalan, akhirnya aku ajak abg balik. Tak larat da nk jalan. Kaki yang bengkak pun da mcm nk surut. Risau jgk, takut rasa nk terberanak dtg sebelum hari operation. Tak mau la operate emergency.

19hb Sept 2011, Hari Isnin. Aku tak g keje. Sbb tak larat. Tapi tak g keje pun, aku masih bekerja juga dari rumah. Membantu rakan sekerja yg akan ambil alih tugas aku masa aku bercuti. Letih jgk la, g masak kt dapur pun, kene berkepit ngan hset. Tapi nk buat camne kan, da tanggungjawab. Duduk kat rumah, dapat la aku kemas mana2 yg patut. Sambil2 tu dpt la buat solat sunat taubat, solat sunat hajat, baca yaasin dan surah al-waqiah. Itu je la yang aku mampu buat.

20hb Sept 2011, Hari Selasa. Pagi2 lagi mak da sampai dari kg. Adik aku tlg amik. Abg tak dpt amik mak sbb ptg abg nk g amik mak dgn abah dia plak bwk g umh abg dia.
Mak la teman aku sepanjang hari selasa tu. Takde la rasa sunyi sgt kat rumah. Pastu kitaorg g beraya umah jiran sblh. Hehe..sempat lg g beraya.
Masa lepak2 kat rumah petang tu, aku rasa baby gerak2. Aku ckp ngan mak, baby gerak2 kat bhgn bwh perut. Ye la, sbb baby melintang kedudukannya, kat ari2 tu bkn la kepala dia, tapi kaki dia. Kdg2 rasa ngilu jgk bila dia gerak. Pastu mak cakap kat baby, hari ni last baby duduk dlm perut. Tetiba aku rasa cam sedih plak. Mesti aku rindu saat2 baby dlm perut nnt. Abg balik awal hari ni, dia balik pahang sbb nk amik mak ngan abah dia kt kg. Lewat jgk abg balik malam tu. Aku da letih, xlarat nk tggu. Mlm tu jgk rasa cam nk emo. Ntah apa2 ntah aku ni.

Abg sampai umh dkt pkl 12. Aku tak tdo lg sbnrnya. Aku cuma pejamkan mata je. Abg siap2 mandi, solat isyak, pastu aku tgk dia buat solat hajat. Alhamdulillah, dia tunaikan jgk permintaan aku. Ye la kan, sbg suami n ayah kpd ank yg dlm perut aku dia perlu buat sesuatu utk kami. Dlm diam2 aku menangis terharu. Hehe.. Pastu tetiba aku rasa ada org alihkan kaki aku. Letak atas bantal. Cium pipi & dahi aku. Aku bukak mata, abg da baring kat sebelah sambil suluh senarai nama yang aku da buat sebelum aku masuk tido tadi. Aku sebenarnya tak blh tido. So aku pn join abg memilih nama yg sesuai utk baby kami. Tapi malam tu, tak dpt jgk nama utk baby kami. Abg da ngantuk. Ye la, abg kena tdo. Esok kena bgn awal.

Aku cuba nk tdo, tapi tak blh. Otak aku asik pk kan psl operation esok. Ntah pkl brape aku terlelap, aku pn tak pasti.

Anak aku nanges da.. nnt aku sambung lagi..


You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook

Flickr Images