AQA - Aimy Qairina 1 Month

Wednesday, November 09, 2011

Assalamualaikum semua.. lama x update. Br hr ni nk update..


Pada tanggal 21 Oktober yg lalu, genap lah umur Aimy Qairina 1 bulan. Cepat benar masa berlalu. Sekarang umur Aimy 1 bulan 2 minggu 4 hari. Selama itu juga la aku telah memegang title ibu. Namun panggilan yg lebih sesuai utk Aimy pggl aku masih belum lekat lg. Abg lebih gemar gelar aku ibu, mak aku plak gemar gelar aku ummi manakala mak mertua gemar gelar aku mama. Agak2 yg mn la sesuai dgn aku ek? Aku selesa dipanggil ummi. Sbb dlm fmly takde lg ummi. Dulu aku rs org yg digelar ummi ni org yg alim2 je. Tp bila tgk tv, ada je yg tak alim tp panggil ummi. Cth cam citer ana lulu, mak si kamal adli tu. Pastu citer baru ni kem pink, mak si fimi tu pggl ummi. Hehe.. so ok la kalo ank aku pggl ummi. Tp tu la, susah skit la ank nk pggl masa kecik2 ni kan. Tapi tak pe la. Eh! da melalut da aku. Nk citer psl Aimy sbnrnya, terciter psl mak dia lak. Hehe..

Rasa cepat sangat masa berlalu. Rasa mcm baru je melahirkan Aimy. Banyak perkara yg aku pelajari sejak kehadiran Aimy dlm hidup kami. Semakin hari ada saja perkara baru. Sejak umur Aimy 1 hari, dia da kuat kentut dan menggeliat. Hehe..ikut sape tu? Tak tau la. Dia juga kuat tido. Kalau dia tido, bising mcm mana pn, dia tetap tdo. Tapi kalau dia xnk tdo or x lena, bunyi mak petik dapur gas pun dia da celik mata. Aimy jgk kuat menjerit. Kalau dia nk menyusu ke, da bsh ke..dia x nanges, sebaliknya dia menjerit. Selama kami berpantang di kg, ada sekali je dia menangis mcm br lahir. Tu pn sbb takde org ambik dia, so dia merajuk. Tak tau la kenan kat sape. Rasanya masa aku pregnant, aku x pernah mrh org jerit2. Tp org jerit2 marah kat aku ada la. Mgkn jgk sbb aku ske tgk citer Ramadhan terakhir ms bln puasa hr tu. Abg plak ske kutuk watak yg dibawa oleh adk Ogy Ahmad Daud. Nama pelakon tu aku x igt la, tp watak dia mmg menjadi la. Huhu.. Ya Allah, jauhkanlah sifat2 tu dari anak aku.
Risau jgk aku. Kalau blh biarlah dia disukai dan disenangi oleh org lain.

Perangai dia yang paling nak buat aku suka nk gelak ialah suka menggeliat dan suka meneran. Dia menggeliat siap ada bunyi-bunyian. Tak tau nk ckp camne. Tapi gayanya macam incredible hulk nk bertukar je. Kalau dia meneran pn macam tu jgk. Dia akan berbunyi, muka dia merah padam n sampai kembang2 lubang idung. Kaki siap terangkat ke atas. Kalau tgk expressi muka dia meneran, mcm org meneran nk beranak. Padahal dia bkn kene sembelit pun. Bila dia meneran, kentut & najis dia da keluar, dia akan tido. Tu satu perangai dia yg buat aku rasa nk tergelak2. Bila tukar lampin dia, dia akan mula meneran dan menggeliat. Kalau nasib tak baik, tgh dok cuci tu, dia sempat lg membuang. Hehe...nasib la sape yg kena. Kalau tukar lampin dia bersama abg, kami saling berpandangan bila tgk gelagat Aimy. Betul la kata org, anak ni peng'erat' kasih sayang sesebuah keluarga. Kehadiran Aimy bkn penyeri hidup kami je, tapi seluruh keluarga. Seisi keluarga kami jd ceria dgn gelagat Aimy. Begitu jgk dgn keluarga sebelah abg.

Aimy kalau dibiarkan main sendiri, dia cuma blh tahan x sampai 5 minit. Lps tu dia akan menjerit la suh org amik dia. Kalau kita layan dia menyembang pn sama jgk. Asik sembang je, x pegang dia, start la dia jerit. Aimy da pandai nk menyembang dan menegur. Kalau mood baik, elok la dia sengih2 gelak2. Macam paham je kalau kita menyembang ngan dia. Kalau mood tak baik, tak yah la. Apa pun tak blh.

Masa Aimy umur smggu, dia tdo siang lama. Tido malam, dia kerap jaga. Tapi mujur la dia tak penangis. Dia merengek nk susu or lampin basah je. Tp ada masa dia buat perangai jgk. Dia tak nak tido. Mata da ngantuk, tapi dia tahan. Perangai tu kdg2 dibawa jg masa lps pantang ni. Tak tentu arah dibuatnya kalau dia xleh tdo. So sbg langkah berjaga-jaga, kami akan pastikan dia tak buka mata bulat2 kalau dia da tdo lama. Kalau dia da terjaga, dia susah nk tido, mau la kul 3 or 4 pagi br nk tdo. Mcm kita jgk la kan, kalau terlajak waktu tido or xleh nk tdo tu, kita mmg takkan lena. Pastu kita sendiri tak sedar bila kita lena. Cam tu jgk la baby. Tapi baby mana reti apa2, dia melalak je la.

Sejak umur Aimy sebulan, dia da kurang tido siang. Dia akan tdo lps mandi dan akan bgn utk menyusu. Kul 1 lebih dia akan berjaga or merengek2. Pastu dia tdo kejap2 je. Kul 4 baru dia tdo lena. Lps mandi petang biasanya dia akan tdo sampai pagi. Dia akan merengek utk menyusu & bila lampin basah je. Masa tdo dia ada jgk menggeliat dan bunyi2, pastu dia akan tdo balik.

Aimy skg ni banyak susu badan berbanding susu formula. Masa dlm pantang, aku mmg bnyk bg dia BF dpd FM. Tapi lg 10 hari nk keje ni, aku kene ajar dia isap botol. Memandangkan dia da xnk isap botol. Kalau bg BM dlm botol kdg2 je dia nk. Kalau susu formula tu, dia akan minum abis bila dia betul2 lapar. Kalau tak, dia gigit je puting botol tu. Risau jgk aku dia xnk isap botol. Tp mmg aku nk bg dia BM je, cuma susu aku tak bnyk mcm org lain. Tkt jgk dia x kenyang nnt. Sbb bila aku ada kt rumah, dia kerap BF. Nnt kalau aku da keje, dia kene isap botol jgk. Nmpknya Aimy ni mcm manja je. Kalau tido tu, nk berkepit. Huhu..camne nk anta kt baby sitter ni. Baby sitter dia pn aku x cari lg. Nk cari org yg btl2 sabar nk jaga dia ni. Harap2 Aimy ok la bila tinggal ngan org.

25hb 10 hari tu, kami bw Aimy ke Klinik Desa Genting Malik. Checkup Aimy yang pertama slps sebulan. Aimy ditimbang atas penimbang tanpa pakaian. Sian Aimy kesejukan.
Apa lagi, menjerit la dia. Berat dia 4.08kg. Pastu tinggi Aimy plk diambil. Tinggi Aimy 53cm. Naik 1 cm je. Hehe.. Lps siap ditimbang, Aimy mula la menjerit masa nk pakai baju.
Berapa sgt la berat pampers dgn baju2 bdk, xkn sampai mempengaruhi bacaan. Menyusahkan je. Erm..pastu Aimy kene inject plak. Aimy tgh tido masa nurse nk inject.
Jenuh la kitaorg kejutkan dia sbb nurse ckp takut dia terkejut nnt. Puas aku usik2 pipi dia, dia buat dek je. Sbb mmg timing dia tido. Pastu abg ambik air, basahkan muka dia.
Baru Aimy buka mata. Nurse pn suh aku pegang peha kiri n tangan Aimy kuat2. Risau jgk bila tgk jarum masuk kat peha gebu mek Aimy tu. Bila dia terasa sakit, apa lg, bergema la jeritan dia 1 klinik. Sedih plak aku tgk dia nangis. Tapi sape tak kenal Aimy, kalau kata dia nk tdo tu, apa jd pn dia tetap tido. So lps aku pujuk n tepuk2 dia, dia terus tido smla.
Sampai la balik umh. Aimy..aimy.. good girl. Buah hati ayah & ummi.


Erm.. mcm2 citer Aimy sebulan ni. Hehe.. berat aku pn da turun..Alhamdulillah. Yang berisi2 dlu da susut. Hehe.. Cuma bahagian perut je x mcm dlu. Sbb aku x bengkung pn.
Nnt ada ms aku citer lg psl Aimy. Hr ni dia x berapa sihat.

Daa..



























You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images