Cuti-cuti di kampung - part 2
Thursday, February 09, 2012Assalamualaikum...
Sambungan citer balik kampung baru-baru ni, kami gerak dari bukit damar dlm pkl 11 lebih. Ikut jalan selayang, selalunya kami ikut genting. Tapi disebabkan kete ada problem gearbox, kami ikut gombak.
Dalam perjalanan ke batang kali, Aimy x tido sangat. Dia da pandai tak duduk diam. Melentikkan badannya. Pastu sibuk nk g kat ayah dia yg sedang memandu. Dia rimas kot sbb pempers da basah. So kami benti kat genting sempah utk tukar pempers dia. Hehe..bkn benti kt hentian tu, tp benti kt tepi jalan dkt bulatan yg nk menghala ke genting. Settle tukar pempers, kami teruskan perjalanan.
Sepanjang jalan semasa melalui batu caves, jalan da mula sesak. Kereta parking kiri kanan. Maklumlah kan, ada perayaan time tu. Jalan sebelah bertentangan tu, mmg da bersusun da kereta. Jammm teruk.. mesti tension org2 dlm tu. Hehe...
Tiba di rawang, kami singgah beli kek. Saje celebrate birthday adik aku yg bongsu ngan yg no 3. Birthday adk yg bongsu 21 Jan yg lepas, adk aku yg perempuan tu, 3 Feb. So buat skali je la. Lps beli kek, kami bertolak balik. Dalam perjalanan balik tu, tanpa diduga, malang tak berbau.. Cermin kete kami pecah, serpihan kaca bertaburan atas kami. Aku sgt terkejut. Cpt2 aku tgk muka Aimy. Serpihan kaca cermin kete ada kt muka dia, dlm cuping telinga, bwh mata dan rambut dia. Cuak rasanya hati ibu ini tuhan je yg tahu. Perlahan-lahan aku buangkn kaca2 itu. Abg benti kete tepi jalan, dia pegang Aimy & suruh aku keluar, buang kaca2 yg ada di baju aku & atas seat.
Cermin Depan Kete yang bersepai itu, nmpk je kecik kan...Kami meneruskan perjalanan ke rumah mak. Debar2 jantung aku x ilang lg. Bimbang cermin tu retak & berderai. Menurut abg, lori yg selisih dgn kereta kami laju & objek/batu yg kena cermin tu adalah dari arah lori tersebut. Erm.. nk bt camne, malang tak berbau. Kami x ambil insurans cermin lak tu. Apa-apa pn, aku tetap bersyukur sbb kitaorg x cedera. Masa cermin tu pecah, Aimy tgh menyusu sambil nyanyi2 nk tdo. Aku plak tgh tgk muka dia. Kalau kami pandang dpn, mungkin msk mata. Aku ada cermin mata, kalau Aimy?? Abg pn kene jgk kaca, tp kt seluar je. Bila toleh blkg, seat blkg pn ada kaca jgk. Kuat x kuat lontaran batu tu. Nasib baik x tembus cermin. Kalau x, eiii.. xnk ckp la.
Sampai kt umh, family aku da tggu. Adik2 semua ada. Lps bucu & anak2 dia sampai, kami pn keluarkan la kek yg beli tadi. Simple celebration utk adik2 aku. Adik aku yg pempuan tu nk balik ptg tu jgk,tu yg aku beli jgk kek on the way blk tu.
Kek Besday utk Pak Su (21/1/1996) & Mak Yang (3/2/1987)
Aimy yg sangat excited!!!
Aimy nk potong kek jgkPtg2 skit, aku ajak mak g rumah cik mon & acik2 aku. Lama x ziarah diaorg. Aimy pn lama x jmpa nenek2 dia. Balik dari rumah acik lps maghrib. Nk g pasar malam, hari hujan plak, so cancel la.
Esoknya, hari selasa, cuti lagi. Kami g umah opah. Opah tak berapa sihat. Batuk tak baik2. Nk bwk g spital, tp dia xnk. Biasa la org tua, mcm2 alasannya. Dpt la Aimy jmpa nyang dia. Golek2 kt umh nyang sementara tggu ayah dtg amik kan aimy? Ayah aimy pegi kedai cermin kete. Huhu.. Tukar cermin dpn tu rm530. Mujur ada duit simpanan Aimy. Ayah ibu pinjam dlu ye. Bila la dpt ganti tu agaknya. Mana nk cekau duit emergency camtu. Baru la insaf skejap, kita kene ada saving utk emergency ni... kurang2 ribu jgk. Takut jd kes2 gini la. Gaji plak awal bkn main hr tu. Bln Feb panjang lagi. Huhu... x baik mengeluh kan? Bersyukur ngan apa yg ada. Dugaan kecil dr Allah supaya kita sentiasa mengingatiNya..
Aimy golek2 kt umh nyangLps Asar, kami gerak balik PJ. Erm.. letih, tp blk awal ok la. Sempat nk kemas2 apa yg patut sblm memulakan rutin harian kami. Hehe.. aku yg request nk balik awal sbbnye aku nk tgk citer vanila coklat. Hehe..
Ok la.. tamat la kisah cuti2 kami di kampung..
Jmpa lg di entry yg lain..
Daa...



4 comments
btl tu ira,kita kena ada simpanan gak,bkn apa benda nak terjadi bkn kita tau,mcm k.lah ngan a.mi hari tu la,konon2 bersalin ikut due doktor ingat sempatla a.mi nak dpt duit komisyen tp berslin awal,ha kuarkan la duit apa2 yg ada,mujur k.lah ada simpan kat tabung haji sikit,tu pun dah byk yg kami guna.tp alhamdulillah juga la..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Nasib baik korang anak beranak x pape..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. itu la, mmg nasib baik. Xpe la cermin pecah asalkan kami x apa2..
Deleteitu la kan. nk bt camne, da emergency terpaksa la guna mana yg ada. Pastu kene la menyimpan balik.
ReplyDelete