Aimy @ 7 months

Monday, April 30, 2012




Mcm model x??


Assalamualaikum...

Hari ni nk citer skit pasal aimy.. Aimy sekarang ni da 7 bulan. Erm.. Progress dia???

1. Dah kenal orang. Dah kenal atuk, wan, pak ngah, mak yang, pak uda, pak teh ngan pak su dia. Kalau selain dari mak abah n adik2 aku, dia akan tgk dlu muka org tu. Kalau dia rasa ok, dia x nangis la.. kalau dia rasa cam pelik je, dia meraung mcm org tu cubit dia..

2. Suka kepada benda yg berkilat, bersinar, berkilau.. Semua yg blink2 dia nk ambik. Sampai kene gelar Himawari sbb suka benda2 bersinar.. Lelaki enesem? hehe...xtau la plak. tp dgn adik2 aku yg lelaki kalau diaorg dukung, aku rileks la.. sbb aimy diam je. x nangis pn. suka pak cik2 dia dukung.

3. Suka main handset aku. Kalau aku nk reply sms tu, dia la yg sibuk.

4. Pandai posing. Kalau aku acu kan camera kt dpn muka dia, dia automatic akan diam. Hehe...

5. Ada gaya2 mcm nk duduk. Kalau kita dudukkan, dia duduk. Tp aku x bg la dia duduk sblm dia btl2 blh duduk sendiri.

6. Ada cubaan nk merangkak. Dia da angkat la montot n gunakan lutut n tapak tangan mcm bdk nk merangkak tu. Tapi dia x leh ke depan lagi. Blum ada confident kot nk move.

7. Kalau dalam walker tu, da pandai la menggunakan walker dia. Da merata la dia jalan, dari hall ke dapur x lepas lg sbb dia pnya walker tu besar, xmuat laluan. Aku letak meja kt laluan nk ke dapur tu. Hehe..selamat.. Kain baju aku pn masih selamat lg. Sbb dia x pandai bukak drawer kain baju kami. Kalau dia jalan2 dalam bilik, dia akan masukkan tangan dia dlm kipas. Tu yg bahaya tu. Kene sentiasa monitor dia kalau duduk dlm walker.

8. Kalau dukung dia, dia prefer pandang depan. Sebab nk tgk org keliling. Huhu.. kaki siap goyang2 mcm org besar. Kalau dgr muzik, lg laju goyang kaki tu.

9. Mulut biising mcm Himawari jgk, atatatata...ayayayaya.. dedede.. mcm2 la bunyi. Kalau tgk tv citer katun, gelak mengekek mcm paham katun tu ckp apa. Paling dia suka, iklan tv3 kids. Dia suka tgk benda ijau tu gerak2. Pastu benda tu senyum2. Ingat benda tu senyum2 ngan dia kot.

10. Pandai ajak org main ngan dia. Kalau duduk dlm kete, atuk dia kt blkg, aku la jadi mangsa pijakan dia. Ye la dia panjat perut aku, dia nk jengah ke blkg. Main cak-cak ngan atuk dia. Siap senget2kan badan dia. Kalau org yg duk blkg tu diam, dia la yang akan start intai2 org blkg, then sengeh2. Pastu bila org blkg bg respon, dia gelak la mengekek. Letih btl kalau pegang dia dlm kete.

11. Kalau kene marah ngan ayah dia, dia akan diam dan kelip2kan mata dia. Tp dia x nangis la.. Biasa kene babap ngan ayah dia, time nk pakai pampers. Sbb dia tak reti diam. Kene lepik2 peha dia baru nk dgr cakap org.

12. Yg ni dari dlu lagi la.. manja.. Pepagi nk peluk2 dgn ibu dlu. Kalau ibu x keje lagi la manja.. Ngan ayah dia pn manja jgk. Mm..abg ckp biar dia manja ngan dua2.. Tp manja2 pn, kalau dia nakal kene jgk la lepik. No excuse ok.

Rasanya setakat ni je la.. Bnyk lg nk citer pasal aimy ni.. Tp cukup la setakat ni..

Daa...




You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images