Sekadar Perkongsian..

Friday, June 29, 2012

Assalamualaikum....



Sekadar perkongsian:

Selasa lepas ada ceramah tentang israk dan mikraj oleh Ustaz Dzulkarnain bin Hamzah.
Antara isi kandungan ceramah yang dikongsikan adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w melalui peristiwa israk dan mikraj sebelum hijrah
kerana Allah nk filter umat islam yang benar2 beriman sahaja.
2. Nabi Muhammad s.a.w melalui alam roh bertemu dgn para nabi yang telah wafat sebelum baginda.
3. Allah memberi Nabi Muhammad s.a.w keajaiban dengan dapat melihat masa depan dan apa yang akan berlaku pada umat baginda akhir zaman.
4. Allah melaknat org perempuan yang mencukur/mencabut bulu kening. (org yg mencabut/mencukur & org yg dicabut/dicukur bulu keningnya)
5. Ustaz tu kata lg.. jgn membuat walimatul urus yg sunat tetapi meninggalkan solat yg wajib. (cth: mak bpk pengantin yg bizi melayan tetamu hingga meninggalkan solat).
6. Lps tu.. Allah melaknat org perempuan yang diandam oleh lelaki lembut.
7. Kita juga tak boleh membeza-bezakan tetamu kalau buat walimatul urus. Cth: VIP bg telur dlm pasu, org biasa bg telur dlm tisu.
8. Lagi apa ek?? Haa.. ustaz beritahu lagi.. isteri kene sentiasa bakar semangat suami(jgn bunuh semangat suami) & selalu jadikan suami nampak muda..
9. Lps tu ustaz pesan...
   Jaga iman kita dengan..
a. Muraqabah iaitu rasa diawasi
b. muhasabah iaitu audit diri
c. mujahadah iaitu sungguh2 menjaga syariat
d. Muaqabah iaitu menghukum diri
e. Yang terakhir ni aku tak ingat la.. tp kalau tak silap menghina/mencela diri..
10. Ustaz pesan lagi...
   Bulan syaaban banyakkan puasa, munajat dan baca yaasin..

Setakat ini je yg masih dalam ingatan..
InsyaAllah aku akan berusaha untuk tinggalkan perkara2 yg tidak baik dan berusaha untuk melakukan perkara2 yang disuruh oleh Allah & Rasul.
Boleh google info tentang israk & mikraj yang lebih detail...


Hari Rabu pula..
Ada majlis sinar zohor..
Ceramah tentang Hidup beribadah oleh ustaz Alif. (Nama penuh aku tak tau sbb masuk lambat)
Antara isi kandungan ceramah yg dapat aku catatkan adalah:
4 cara untuk kenal ibadah. Maksudnya apa yg kita lakukan itu dikira sbg ibadah dan tidak sia2.
a. Niat apa yang kita nak buat itu kerana Allah. Sebab kalau tak, kita dapat penat dan lelah shj.
   Jgn jadi hamba Ramadhan, tetapi jadilah Hamba Allah. Cth: Org bersedekah/bertadarus semasa Ramadhan shj tetapi apabila habis Ramadhan, tak buat da.
b. Sebelum kita lakukan perkara tu, kita baca bismillah dan apabila selesai kita baca Alhamdulillah. Cth: Nak makan, Nak minum, Nk menaiki kenderaan, Buang air dan lain2.
Setiap perkara yang kita nk buat, mulakan dengan bismillah dan akhiri dgn alhamdulillah..
Kita akan dpt 2 dosa jika memulakan dengan bismillah pada kerja2 maksiat.
c. Sebelum nk buat sesuatu perkara tu kita rasa penat/letih/xlarat/malas dan semua yang -ve. Tapi maksiat tak rasa letih.
cth: Nk hafal doa or ayat quran kita rasa susah, tp lirik lagu..senang je..
d. Selesai buat ibadah tu, kita rasa tenang. Sebab org yg buat ibadah Allah jaga dia kerana dia jaga Allah.

Jadikan lah perkara yg kita lakukan itu suatu ibadah supaya hidup kita sentiasa dapat pahala.

Sekadar perkongsian..semoga aku tak lupa pesanan ustaz tu..

Andai ada tersilap dan tersalah.. mohon betulkan..





You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images