1 Syawal siang hari.. :)
Tuesday, August 28, 2012Assalamualaikum..
Hari ni bz skit la.. xdpt nk update blog. Tgk2 org update je. Hehe..
Semua org da start citer pasal pagi raya ek.
Ok la.. sambung citer semalam..
Pagi 1 Syawal, aku bangun tak la awal sgt sbbnye mlm tu tdo lmbt.Org lain bgn solat, aku bgn iron baju.Siap iron baju, take turn utk mandi. Adk aku yg br kawen tu da siap da ngan bini dia.. Kitaorg 1 family yg terhegeh2..
Semua org da siap, mak pn da sibuk packing2 makanan utk dibawa ke rumah opah. Solat Hari Raya dkt masjid ulu rening dkt umah opah. Kitaorg g lmbt sket, tp sempat la abg g solat sunat hari raya. Aku duk umah jaga aimy.
Lepas semua org balik dr masjid, kami semua berkumpul makan. Gmbr makanan lupa nk amek.. Mcm2 juadah ada.. Siap2 makan, mak ajak bersalaman. Memula mak salam abah kat dapur, mak da nanges2 dlu. Aku cam teragak2 nk salam laki aku kat dapur ke kat ruang tamu.
Opah da ke ruang tamu n semua org da berkumpul, so kami pn ke ruang tamu la. Mak abah salam ngan opah dlu. Lps tu mak abah duduk sblh opah. Lps tu bucu plak bersalam. Lps tu aku plak take turn. Time ni da nanges2 minta maaf ngan semua. Adik2 follow belakang aku. Siap salam mak abah, aku salam ngan abg plak. Huhu..segan jgk nk mtk maaf, tp selamber je la. Alang2 da nanges kan.
Selesai sesi bersalaman & bermaafan, sesi bagi duit raya & bergambar plak. Hehe.. Aimy suka..dpt bnyk duit raya.. Hehe.. Lps tu sambung makan semula. Tak lama lps tu adik2 abah dtg rumah opah utk beraya. Adik beradik abah ngan mak aku mmg close. Wp kakak ipar ngan adik ipar, tp mcm adik beradik sendiri. Adik abah ngan adik mak pn close. Mcm adk beradik sendiri. Bagusnye klu adk beradik aku ngan adk beradik abg camtu kan?
Tp adik2 aku ramai lelaki, adik pempuan sorang. Lgpn duduk jejauh, bila masa la nk close nye. Melainkan ada aktiviti yg melibatkan keluarga kecil aku kot. Eh da menyimpang plak. Selesai adik2 abah beraya, kami gerak ke ulu yam. Mak cik aku ajak g kubur arwah atuk, nenek n lain2. Adik abah yg bongsu n family dia terus ke Perak, 2 org adk abah yg x kawen tu ikut kami. Erm pegi ziarah kubur aku ngan abg tak ikut. Aimy tdo lg pn. So kitaorg lepak rumah mak cik aku je. Jmpa plak sepupu aku dr Shah Alam kat rumah mak cik. Meriah la rumah mak cik aku tu, kalo tak tinggal berdua je la diaorg.
Masa kat rumah mak cik aku, abg suh call mak dia. Hehe.. sbbnye aku tnya da call mak ke, dia ckp da td ms balik smyg, aku ckp la, nape x tggu aku.. pastu dia kata jap lg call la. Haaa amek kau, tepon la sendiri. Memula cam takut2 gak nk mendail. Call2 tak angkat. Ceh..igtkan da selamat xyah call. Skali phone aku bunyi..mak mertua call balik. Hahaha.. apa pnya menantu la. Cakap pn takut. Ok tarik napas... cakap cam biasa. Tetiba lak aku jd peramah bila ckp dlm tepon. Hehe... Mak mertua pn response cam ok je.. so takde la kaku aku kat situ. Tu la, kalau tak mulakan confirm malu2 kuceng lg.
Lepas semua org balik dr kubur, kami gerak ke rumah Bucu aku @ adik bongsu mak aku. Ingat nk beraya rumah sepupu mak, tapi dia takde kat rumah. So beraya umah Bucu je la. Masa kat rumah bucu, mak cik aku yg duk shah alam tepon. Kerabat belah abah aku la. Cik biah @ biras mak. Kalau dia dtg confirm nak makan nasik. Aduh.. rumah kami pn tunggang langgang lg. Cpt2 beraya kt rumah bucu, semua org ke rumah kami plak. Bertungkus lumus la kami memasak. Sib baik sepupu aku @ Kak Did tlg masak. Ngan baju raya yg cantik bergemerlapan tu dia masak sambal ikan bilis. Tak lama lps tu cik biah pn sampai. Hidang je la apa yg ada. Ramai la kat rumah aku tghari tu. Anak2 cik biah pn ada. Tp tak semua la..
Adik aku yg baru kawen tu bergegas nk balik ke Penang umah mak mertua plak. Mak aku kata, adik ipar da menung2 da.. xkan nk larang plak. So biar je la dia blk beraya ngan mak dia plak. Cik Biah n family pn balik tak lama lps tu, dia ke rumah org lain plak. Adik abah yg 2 org tu pn ikut skali. Kak Did pun balik jgk sbb husband dia keje malam. So tinggal la kami yg kepenatan. Senyap je rumah, semua org tido. Huhu.. Aimy pn tdo lena.
Ok la. tu je citer setakat ni. Beraya di siang hari. Beraya ptg ngan malam, nanti aku citer lain kali.. mcm la ada org sudi follow ek. Hehe..bnyk sgt citer, org pn boring.
Stop skg.. nk balik da.. husband ai da balik..



4 comments
seronok bermaaf2an dipagi raya,dah lama tak rasa suasana mcm tu
ReplyDeletemmg seronok.. thn dpn insyaAllah pnjg umur boleh rasa suasana mcm tu.. adam ngan adrien da besar.. :)
Deleteseronok time nak salam kan...hhhhuhuhu,,..bilalah dapat kumpul semua adik beradik lagi yer..
ReplyDeleteaah.. mmg seronok.. itu la, tahun dpn klu pnjg umur, raya umh mertua plak. pagi raya x cukup korum la rumah mak saya..
Delete