Citer Balik Kampung Beraya..

Monday, October 29, 2012

Assalamualaikum semua..



Selamat kembali bekerja..
Cemana balik kg hari tu? Aman ke? Seronok beraya?? Hehe..
Diharap semuanya seronok la ye.



Kami??
Ermmm.. hari khamis hari terakhir kerja. Ingatkan boleh balik awal sbb esoknya dah raya, tp harapan hampa.
Lagipun kerja menimbun, so tak terasa sgt la boring. Awal2 tu je boring sbb server problem, lps tu da ok, fokus balik wat keje.
Aku balik kul 5.45 camtu la. Nk balik awal pun, abg x kuar ofis lg.



Sampai rumah, g amik aimy, sembang2 sket ngan baby sitter dia dkt kul 7 tu aku naik rumah.
Mm.. mana 1 nk usik dlu x tau la. Abg suh g mandi dlu. Ok aku g mandi, solat maghrib. Sementara tu abg g beli makan malam sbb dah takde lauk utk dimasak.
Siap solat, aku kemas baju utk balik kg. Siap kemas baju kami, abg balik. Layan aimy, abg lak mandi n solat.

Lps tu baru makan malam. Lapar dah rasanya.
Masa kami makan tu, hujan pun turun.. Makin lama makin lebat. Huhu.. bimbang jgk nk balik memalam ni.
Packing2 barang semua, masuk waktu isyak. Solat dlu sblm gerak. Bila hujan renyai2, kami turun bwk barang. Mmm.. dalam hujan2 tu gerak jgk la, kalau gerak lewat lg, tak tau la kul bape sampainya.



Ambik adk ipar dlu kat sg way, lps tu ambik abg ipar kat shah alam. On the way balik dari ambil abg ipar,
kereta kami macam x consistent. Paling ketara bhgn belakang. Siap abg ipar tegur, kenapa ngan awk ni icong? Abg diam je.
Ye la kan kejap ke kiri ke kanan. Mcm mengelak sesuatu. Pastu dia tnya lg, ada problem ngan tayar ke?
Aku jwb.. aah. Masa tu kami laki bini da menyembang psl gerakan2 tu. Cuak jgk aku time tu. Berdoa agar hujan cpt benti.
Abg kata, dia suspect tayar belakang kereta kami tu da takde bunga. Aku rs camtu jgk. Sbb bila jalan kering, tak camtu pun.


Alhamdulillah, bila nk masuk highway hujan pun berhenti. Tapi cabaran lain pula yg dihadapi. Sebelum masuk highway, kami benti dkt petronas isi minyak dan beli makanan skit.
Da nampak da kereta bersusun... ramai juga yg berhenti. Kami memulakan cabaran utk pulang ke kampung. Dalam pkl 10 lebih kami keluar dari petronas dan memasuki highway.

Mujur da siap2 buang air kecik n tukar lampin aimy. Masa kat toilet tu, ada sorang ibu ni bersama 2 org anaknya. Memula anak lelaki dia umur lebih kurang 3 thn lebih kot masuk toilet.
Aku masuk toilet sblh. Bila aku da siap, tgk ibu dia cam bising2 kat anak dia. Aku senyum je. Lps tu, ibu dia minta tlg aku dukung anak kecik dia. Belum setahun rasanya. Comel bdk tu.
Hehe.. ibu dia plak nk masuk toilet. Aku tlg la dukung. Sian tgk. Anak dia yg comel tu diam je. Tak nangis pun. Ibu dia siap pesan, jgn bwk lari anak dia da la.. hehehe.. xde la aku nk colek anak org, wp anak dia cantik, tp tu anak org. Aku lak yg kene nnt. Settle urusan ibu dia, br la aku keluar. Abg yg menunggu kat luar tnya aku, nape lama sgt. Aku ckp la, ada org mtk tlg dukung anak dia.. Aku tpk jgk, camne dia nk handle kalau aku xde masa tu?
Mm.. aku ni kalau nk msk toilet, biasanya bergilir2 ngan en hubby. Kalau tak, camne nk msk toilet. X reti aku.


Ok la berbalik ke citer masuk highway tadi, jalan nk masuk ke highway dari 3 lorong, jadi 2 lorong mmg la menyesakkan. Kereta dari lorong ke 3, nak masuk susur kuantan/genting highland tu. Masing2 nk memancung kereta yg da berbaris sekian lama. Mana la org x tension. Org yg dipancung terpaksa bg laluan. Tu yg buat lambat tu. Huhu.. mmg xde displin la. Lps bayar tol, dari selebar2 tol tu, menguncup pulak ke 3 or 2 lorong. Memang la sesak. Kereta jalan semua macam siput. Siap benti lama lak tu. Mcm benti kat traffic light.

Ni la pengalaman ptama aku meredah jam bila blk kg. Abg ckp, abg da merasa da tak sempat sahur kat kg.. Mmm...
Sepanjang perjalanan tu, ada la kete yg benti tepi. Ada yg bukak bonet depan, sejukkan enjin. Ada yg benti tido dlu. Mcm2 la.. Kami meneruskan perjalanan. Mujur la kete xde wat hal & hujan pun da benti. Lepas je susur yg nk ke kelantan tu, lega sket. Boleh la laju.

Tp abg xleh laju2 sgt. Bila dia laju sket je, aku jd JPJ, tepuk peha dia. Ye la kan, kene igtkan dia tayar kete tu x berapa ok. Jgn nk laju2.
Dalam perjalanan tu, ada la yg aku terlelap skejap. Mmg tak tahan da mata aku. Tp tkt abg ngantuk, so aku gagahkan jgk la nak menyembang ngan dia. Org blkg da lama senyap da.. Hehe..



Alhamdulillah, kami tiba di kampung pukul 3.30 pagi. PIL baru je msk tido. Masuk rumah, terus letak aimy atas tilam. Bersiap2 utk tido. X larat da.. Ikutkan ni kali ke 2 pengalaman meredah jammed. Tapi meredah jammed masa balik raya, ni la pengalaman pertama. Org lain mesti da biasa kan ngan situasi ni. Huhu...
Hari Ahad, tgk nasi lemak kopi 'o', Fizo Omar citer, dia redah jammed 13 jam. Hehehe... mesti masa kami meredah jammed tu ada kete fizo Omar ek? Mana satu la agaknya. Hehehe..


Pagi Raya, ermm.. tak de apa2 yg special. MIL da siap msk rendang sumer smlmnya, so pagi tu sarapan pagi ngan rendang, ketupat, lemang(FIL beli), n kuah kacang. Aku x bwk pape, so makan je la apa yg da dimasak. Terukkan aku ni? Pagi tu jgk, adik2 ipar wat nasi ayam. Hehe.. aku x tlg jgk. Aku bz ngan aimy. Ceh.. bz la sgt.

Tgh hari, nasi ayam da siap. Sementara tggu org balik solat jumaat, kami lepak2 depan tv. Aku siap tertido lagi. Hehehe..x senonoh btl. Ye la, tgk ulangan master chef pn part kuliah diaorg. Cam boring je, aku tertido. Tersedar dr tido, aku bgn g solat zohor. Pastu abg balik.
Jom makan...

Plan petang tu nk g rumah tok kat temerloh. Aku yg da siap pakai baju raya, tukar pakai baju biasa. Hehe.. Tghari lg da tukar. Sbb panas. Aku je pakai bj raya, cam terlebih excited plak gayanya. Segan aku. Hehe..
Ptg tu abg ipar sekeluarga sampai. Dlm kul 4 lebih camtu la, baru kami gerak ke rumah tok.

Kejap je dkt umh tok, makan2 sket.. pastu kul 6 lebih tu gerak balik. Ziarah tok..lama x jmpa. Last jmpa masa raya puasa hr tu. Tok dok mengempen adik2 ipar suh tdo umah dia. Hehe.. mcm biasa bdk2 ni mana nk tdo situ. Abg lg la.. dia kata boring tdo situ, xde tv. Hehe.. Tp aku mmg tak penah tdo situ. Biasanya kami balik hari je.

Balik dr umh tok, solat, makan malam n tgk tv. Layan citer Hantu Kak Limah Balik Rumah. Citer ni wp da tgk 10x tp tetap kelakar. Aku pn lupa diri skejap. Hehe.. selamba je gelak2 mcm kt umah sendiri.

Ok la.. tu je aktiviti aku di Hari Raya AidilAdha. Wp xnmpk pengisian pengorbanan dlm aktiviti aku dihari raya tu, tapi, kesungguhan meredah jammed demi nk balik kg beraya bersama keluarga tu.. kira satu pengorbanan la kan..






You Might Also Like

12 comments

  1. wah seronoklah hari raya awak ye!

    ReplyDelete
  2. al-kisahnyer....saya pun tak reti kalau masuk toilet bw anak,..mesti tinggal dgn hubby,..tu laa kalau ira xder,..camana pompuan tu masuk eks..kesian dia..tahniah ira jd ibu prihatin... :)

    panjang cerita ira blk kg,..suspen jer baca tayar keta tuu.//nan ti tukar baru eks..bahaya tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mama mia..

      insyaAllah, akan ditukar tak lama lg.. risau jgk selagi x tukar

      Delete
  3. hehe....abang ipar yang sampai dalam pkul 4 lbih tu tak lain tak bukan korge si Lah le tu...hehehe...

    haah..tayar kereta tu g la servise cecepat risau akak membacanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul la tu kak..

      insyaAllah, ada rezeki nnt kami tukar. Akak baca da risau, kami yg naik ni lg risau.. hehe..

      Delete
  4. uhuhuh!!!sy plak meredah jem yg super teruk rabu mlm ngan ptg ahad smalam...huwaaaa!!!kematu betul dibuatnya :( jmputla ke blog sy & followla sy kmbali klau sudi,eheheh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi dahsyat ye, 2x tempuh jem. memang la, kematu duk dlm kete.
      saya dah follow.. hehe.. terima kasih sbb sudi singgah sini..

      Delete
  5. haha..betul tu kak c'jai..

    sebab tu la a.mi malas balik hari khamis tu ira,dia malas nak tempuh jem,dgn adrien yg bukan reti dok diam dlm keta,kalu jem mcm tu jenuh rasanya..
    dpt blk kg sekejap je,tp xpe mak kata deepavali ni icong ajak mak ngan abah dtg sini kan,bole la plan g jalan2 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. khamis tu kami balik mlm, so aimy tdo je dgn harapan dia tdo sampai pagi. alhamdulillah, dia tdo sampai pg, xde la jenuh nk melayan dia.
      oo ye ke? boleh la g jenjalan..

      Delete
    2. mcm tu la yg a.mi bgtau..tu la nanti nak kena tnya bila diorg dtg sini bole jugak amik cuti,sbb masa deepavali tu sekali dgn awal muharam rasanya,kalu amik cuti 3hari bole dpt seminggu bercuti tu.. tp rasa xla amik sampai 3hari mungkin amik yg nk hujung minggu je kot.
      tu la kena plan gak nak bawa pg mana tu xkan nak duduk umah je kan

      Delete
    3. mm.. hr tu diaorg ada ckp nk g mkn ikan bakar kat pantai remis, tp xde keputusan sbb bgantung pd azida, dia yg kata nk blanja hr tu. kalau confirm diaorg nk dtg sini time cuti tu, blh la ambik cuti. Jalan2 dkt2 sini pn ok la kan..

      Delete

Like us on Facebook

Flickr Images