Sayu rasa hati ini...

Wednesday, October 10, 2012


Assalamualaikum..


Entry sebelum ni aku ada citer pasal kisah adik adam kan?
Hari ni ada lg laporan pasal adik adam. Baru aku tau, adik adam mengalami masalah kerosakan saraf otak.
Kesihatannya semakin merosot..
Ya Allah, berikanlah ketabahan buat kedua ibu bapa adik adam.
Semoga adik adam kuat untuk mengharungi kesakitan yg dialami..



Menurut cerita ibu adik adam, bila ibu adik adam bercakap & menangis, adik adam juga mengalirkan air mata. Bila adik adam xleh tido, ibu adik adam akan call ayah adik adam.
Ayah adik adam akan pujuk adik adam tido supaya ibu nya dpt tido.
Tak lama lps tu, adik adam pun tido..
Subhanallah.. Walaupun dia seorang bayi kecil, tapi hatinya sgt mengerti kepayahan yg ditanggung kedua ibu bapanya.



Pagi ini, setibanya di office, aku baca emel berita kelahiran.
Officemate aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yg diberi nama Hayyan pada pukul 6 ptg.
Namun begitu, Allah lebih menyayangi bayi tersebut. Dia telah dijemput Ilahi pada pukul 9.30 malam.
Sebak rasa hati bila mendapat khabaran begini.


Memang keadaan ini telah dijangka oleh ofismate aku kerana di awal kandungan doctor telah kenalpasti
ada keabnormalan berlaku pada bayi beliau. Semoga beliau tabah menghadapi & mengharungi tempoh berpantang tanpa sikecil.
Semoga Allah memberi kekuatan & kesabaran kepadanya.
Alfatihah utk baby Hayyan.. Nantikan ummi kamu di syurga ya.



You Might Also Like

8 comments

  1. tumpang sedey..sabar n tabahlah wahai insan yg sedang di uji....kita jua sedang diuji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.. ya, kita juga sdg diuji..diuji dgn nikmat..

      Delete
  2. sedihnya..... salam kenal, dari bloglist KA, done follow.. hit me back ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal.. insyaAllah, smlm try follow, tp xleh.. hr ni ira try smla..

      Delete
  3. sayu je rasa waktu membaca, dugaan hidup utk kita, perlu kuta & tabah. Pun sedih dgn citer adik adam tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..betul tu KA.. mmg sedih,lebih2 lg bila mak dia bercakap ngan adik adam.. nak nangis..

      Delete
  4. semoga mereka terus tabah..kita hanya mampu berdoa,

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yg diuji adalah insan2 yg kuat n tabah.. smga mereka terus kuat & tabah dgn ujian ini..

      Delete

Like us on Facebook

Flickr Images