SPM...

Monday, November 05, 2012

Assalamualaikum...



Gambar ni saya google jek..

Seperti yang semua sedia maklum, hari ni bermula peperiksaan besar bg pelajar2 tingkatan 5. Lepas SPM ni, kira cam lega sangat2 laa kan? Selagi x menghadapi SPM ni.. selagi tu la hati x senang...

Rasanya masih belum terlambat utk aku ucapkan, Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM buat adik2 yang sedang menduduki peperiksaan ini. Utk rakan2 di alam maya yg ada anak amik SPM, all the best juga diucapkan. Perbanyakkanlah doa ketika anak2 anda sedang memerah otak menjawab soalan. Mudah2an mereka dapat menjawab soalan2 tersebut dan tidak cuai semasa menjawab.

Hehe.. da mcm bg tips plak ye.
Aku ni SPM tak berapa nak cantik. Malu je ngan kawan2.. Apa2 pun, semua tu dah berlalu..
Bila dikenang2.. aku rasa cam.. hik.hik.. klaka je..

Masa pekse SPM ni, aku duduk asrama kat Johor.
Tiap kali abes paper, aku call mak aku n nangis.. Haaaa...sebab aku rasa aku xleh jwb langsung.
Spt biasa mak akan pujuk & bg motivasi kat aku. Baru la ada semangat nk menjawab paper seterusnya.

Masa jwb pekse plak, jantung aku asik berdebar2 je.
Mmg tak aman la... Hati ku aman bila habis semua paper & balik rumah angkut semua brg.
Hehehe...

Tapi usaha tidak berakhir di meja peperiksaan sahaja. Balik rumah, tiap kali solat, berdoa bnyk2.
Hingga la keputusan keluar.
Memang sedih bila dpt result, kawan2 semua cemerlang.. bnyk dpt A. Aku?? ada la 3 ketul je. Siap dpt cangkul lg. Huhu.... tp tu semua x mematahkan semangat aku. Apa2 pun, aku tetap bersyukur krn aku lulus.
Masa balik dr amik result tu, kasut lak tercabut tapaknya. Huhu... malu pn ada, tp jalan je la..
Mmg rasa cam malang sgt hari aku pada masa tu. Sedih sungguh...

Dalam kesedihan itu, aku berazam utk belajar sungguh2 jika diberi peluang lagi.
Alhamdulillah, masih ada peluang utk aku. Dpt masuk matrikulasi wp panggilan ke dua..

Apa aku nk sampaikan di sini...
Berusahalah hingga ke tarikh akhir result diumumkan..
Jgn putus asa.. kerana gagal sekali x bermakna gagal selamanya..
Kita akan gagal selamanya jika kita tidak bangkit dari kejatuhan semalam..

Bagi ibu2 yg mempunyai anak2 yg telah, sedang & akan menghadapi peperiksaan, tidak kira apa jua peperiksaan yg dihadapi.. berusahalah bersama2 mereka..
Bantulah dari segi motivasi, doa & solat...
InsyaAllah.. kejayaan akan menjadi milik mereka..
Tp apa yg penting, kenali kemampuan anak sebelum meletakkan harapan yg tinggi pada mereka..

Aku ni bkn la pandai sgt, bahkan takde pengalaman pun anak amik pekse ni..
Tapi dpd kawan2 ofis.. begitulah cara mereka.
Andainya anak kita biasanya selalu failed dlm sesuatu subject, target mereka lulus pn dah memadai.
Jgn letakkan A sbg target.. sbb nnt kita yg frust menonggeng. Anak pun akan pressure..
Biasanya apabila anak selalu failed, bila kita harap dia lulus je, dia akan dpt lebih dari itu...

All the best buat calon2 SPM.. SPM adalah penentu kemana hala tuju kita di IPTA.
Pasal masuk IPTA ni... lain plak ceritanya...
Ada masa nnt aku citer ek...

Aku bukanlah pelajar cemerlang nk bercerita tentang kejayaan.. cuma sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat sahaja..


You Might Also Like

16 comments

  1. doakn kejayaan buat semua calon2 peperiksaan tu ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..semoga semua calon2 peperiksaan itu berjaya..

      Delete
  2. Eiqa pun nak join wish jugak laa, hehee
    Adik2x yang SPM tu goodluck ye.! :D

    *Jangan bagi tapak kasut tercabut tauu,, ehehee lariiiiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bg pihak calon2.. hehe..
      adik2 skg ni tapak kasut mesti x tercabut pnya sbb memasing berduit nk beli baru.. hehe

      Delete
  3. gd luck pd semua yg ambik spm..kenangan spm dah tak inagt..

    ReplyDelete
  4. goodluck juga pada semua calon SPM..tetiba rasa cam nak amik balik je SPM especially subject Sejarah..(buat sejrah sendiri dulu)hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. amik subject sejarah je ek.. pastu kalau dpt A, kira score straight A la kan..aci x? hehehe

      Delete
  5. semoga semua berjaya untuk spm candidate.. tak kira le sape pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga berjaya buat semua, termasuk la yg da berusia pun..

      Delete
  6. selamat menjawab dengan sebaik mungkin..gud luck,...:)

    ReplyDelete
  7. semoga semua calon berjaya,kagum tgk nenek 55thn bercucu 5 amik spm,moga nenek itupun berjaya jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. ira pn kagum dgn semangat dia. semoga nenek tu pn berjaya jugak

      Delete
    2. tu la..semangat tu yg penting....cucu2 yang malas belajo ter patut ghase malu ngn nenek..

      Delete
    3. aah.. kan kak c'jai. patutnye cucu2 ni rasa malu ngan nenek tu..

      Delete

Like us on Facebook

Flickr Images