Haaa.. baru nak citer.. pasal jalan2..
Friday, January 11, 2013Assalamualaikum..
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Cuti hujung mggu yg lps, kami sekeluarga bercuti di cameron highland.
Plan dari thn lps akhirnya terlaksana juga dgn izin Allah.
Setelah sekian lama x berjalan n bercuti bersama family sendiri. Seronok x terkata.
Dlm perjalanan ke cameron, hujan lebat sgt.
Kami plan ikut simpang pulai hadap pegi, balik ikut tapah.
Dlm perjalanan tu, kami bertemu dgn 2 kemalangan.
Yg 1st tu melibatkan 5 kereta, kebanyakannya kete import. 1 je kete malaysia.
Bila lalu dkt tmpt kejadian, nmpk mcm baru je eksiden tu. Pastu rsnya xde yg parah.
Kami teruskan perjalanan mcm biasa. Aku jd jpj kt sblh, xbg abg bwk laju.
Naik cik viva, xleh nk laju sgt pn. Nk bwk kete kami, aku x confident wp abg confident. So sempit sket la. Terasa jauhnya nk sampai ke tanah tggi tu. Masa lalu dkt jalan yg berliku2 tu, ada lg 1 eksiden.
Proton waja x silap aku. Tayar blkg nya terpusing jd melintang.
Aku tnya abg, cemana leh jd camtu?
Abg kata, blh jd klu lower arm dia tanggal.
Masa taip entry ni br teringat yg kete kami penah skru lower arm hampir tertanggal.
Mujur la x jd apa2 ms tu. Klu x, mau la jd mcm waja tu.
![]() |
| Gmbr xleh nk upload bnyk.. x sempat.. huhu.. |
Alhamdulillah kami selamat sampai di Tanah Rata dan bila diatas, cuaca baik.
Dpt la kami jalan2. Memula skali benti kat strawberi farm al mashoor, kecik je tmptnya.
Benti situ sbb nk g toilet. Hehe.. Bergambar skejap, pastu gerak cari makan.
Lapar sungguh rasanya.
Jalan atas sket, jmpa kedai makan sebaris dgn time tunnel.
Makan ns putih, lauk ikan masin, ayam grg seketul ngan gulai pucuk ubi.
Lauk kami semua lbh kurang je. Total sumer ngan air, rm64.
Mmg la mkn 10 org, tp kalau semua mkn ns grg usa ke, pataya ke, logik la kan.
Tp nk bt camne, da lapar n da mkn pn, byr je la. Adk aku yg pempuan tu blanja.
Lps mkn, check in homestay. Erm.. Homestay ni dia pnya ruang tamu je lawa yg lain2 biasa2 je.
Tp bkn cantik ke x yg aku pentingkan, tp service yg diberikan.
Aku rasa skali ni je la aku sewa, klu ada rzki dtg sini lg, xnk da sewa ngan org ni.
Xnk suggest pn kat sape2. Klu yg kuantan dlu mmg aku recommend la sbb owner dia friendly n aku puas hati la ngan service dia. Disebabkan aku penah sewa homestay kt kuantan, melaka, penang, n9..
Mostly provide benda2 penting mcm tilam/toto extra, selimut extra, towel extra..
wp org kdg2 x pakai, tp ada la utk emergency.
Tmbh plk tmpt2 sejuk mcm CH tu.
Mmg dlm blog dia ada mention, klu nk extra toto, kene inform dlu + kene byr extra rm30.
So aku ni xde la inform sbb aku igt nk bwk toto je, tp terlupa + kete pn kecik.
Bila tiba kat sana, sejuk bkn main, so sian la kat adk2 aku nk tdo mlm nnt.
Aku tnya la owner n request toto. Tp hampa, dia kata klu nk kene bgtau awal2.
Huhu.. Terpaksa la cari alternative lain.
Siap solat, kami keluar semula.
Petang tu kami ke Taman Agro Tourism Big Red Strawberry Farm.
Mak begitu teruja bila tgk beraneka jenis bunga2an ditanam & dijual.
Kami x g memetik strawberry, malas. Hehe..
Mak dgn opah, sempat lg membeli bunga sepasu kecik.
Mereka memang minat bunga2 ni. Aku layankan je..
Lepas tu kami g makan strawberry coklat.
Sedap!!!.. Compare dgn yg kat MARDI, yg ni coklat dia sedap.
Mmg patut la sedap sbb Mahal.. hehe.. Tp puas la makan.
Then gerak ke Kea Farm. Cari sayur.. Hehe.. spt biasa, aku layan je..
Mak ngan opah beli sayur. Suka betul diaorg..
Dlm kul 6 lebih tu, kami ke Pasar Malam Brinchang.
Ramai org. Tp dpt la parking. Aku cuma beli baju panas utk aimy je.
Lain2 aku tgk je... Hehehe...
Aku ni kan jenis x reti membeli kalau da bnyk2 ni..
Semua x berkenan..
Erm.. ok la, aku nk balik da.. nnt smbg lg ye.. Da...



6 comments
sy kan, dah serik g time cuti sekolah. dahlah jalan sehala, satu lorong, jem sgt-sgt. nak menangis tunggu dl kete..
ReplyDeletepun sewa homestay, sgt kecewa bila sinki dapurnya tak berfungsi sbb habis cecer satu dapur kalau guna sinki. geram sgt. dahlah water heater lansung tak berfungsi..fikir2 balik, menyesal sewa dgn melayu, lansung tak jaga kualiti. tapi kalau sewa dgn cina, kan masalah takut org sebelumnya bawa anjing bawa masuk rumah pula, tu yg takut pula..
tapi, terus terang sy cakap, strawberry kat bandung lagi manis, sgt manis mcm gula2..kat CH ni masam kan..? trylah pergi bandung. tiket airasia free seat 15hb jan ni..esok tau.
saya pegi kiranya cuti sekolah da abis,mujur la x jem. tapi pasal homestay tu mmg la teruk. siap tulis kat dapur, tidak dibenarkan menggoreng. pastu mlm siap sms saya lg kalau masak, minyak2 tu jgn buang dlm sinki. cam kita ni xtau baca pulak dibuatnya. nsb baik la water heater dia berfungsi klu x, mmg la ketar dibuatnya. itu la, kalau sewa ngan non muslim, tkt benda2 gitu la pulak. org melayu ni bisnes nk untung je. cara owner tu handle, mmg xyah jmpa penyewa lgsg. boleh dia suh saya bank in je balance. balik tgglkan umh dia gitu je. adoi..
Deleteaah masam sket stoberi sini. oo ye ke.. da dkt sgt date tu. kalau ada duit pn, masa xde nk g. huhu.. nnt ada rezeki blh la ke sana pulak.
seronoknyer jalan2 ye !
ReplyDeletebestnyer gi jln2...memang best kan...sy pun slalu ajak hubby gi jalan2 esp bila hati tegah xtenang,asyik tension je pasal kerja..so, memang bercuti ni leh rehatkan minda kita..
ReplyDeletebestnya bila bercuti reramai kan... ^_~
ReplyDeletelama tak bejalan satu keluarga
ReplyDelete