Nape dahi bertampal tu???
Monday, April 15, 2013
Assalamualaikum..
Dulu aku pernah terfikir, mcm mana la klu anak luka tahap berdarah..
Masa dgr ank ifa raziah luka kene jahit tu..aku tpk jgk, cemana la klu aku ditempat dia.
Malang x berbau, Allah Maha Berkuasa n Penentu segalanya.
Mmg benda da nk jadi, xde sape yg blh aku salahkan melainkan diri sendiri.
Kejadian berlaku masa kami on the way ke nak bercuti ke Langkawi..
Sebelum nk suka2 Dia menduga kami dulu..
Masa mula perjalanan lg aku da tak sedap ati..
Rasa cam ada sesuatu, tp aku abaikan je.
Kecuaian aku masa dlm bas. Aimy tdo lena sgt.
Bas berhenti dkt hentian tapah.
Lps kami beli mknn, kami mkn dlm bas.
Aimy ada kt blh aku, tdo atas seat, kepala dia dkt tgkp, kaki dkt aku.
Abg duduk seat blkg kami. Tiba2 aimy mengalih kedudukan tidurnya.
Dia pusing ke sblh yg kosong. Dgr bunyi aimy jatuh, dia pn nangis.
Aku x sempat nk sambut dia, aku bg mknn yg aku pegang dkt adk ipar, terus aku amik aimy.
Dia menangis, tp mata pejam. Aku cuba pujuk dia.
Aku nmpk ada garisan merah pd dahi dia. Garisan tu adalah darah.
Terus aku tekup dgn tisu yg aku pegang.
Ya Allah.. Xtau nk kata perasaan aku masa tu, panik, gelabah, nk nangis semua ada...
Aku terus ckp kt abg, kepala aimy berdarah bang..
Nk nangis da masa ni. Sebak sungguh rasanya, aimy menangis berterusan.
Aku bg dia breastfeed utk tenangkan dia.
Sementara tu, abg cari myk gamat n first aid.
Mak cik dkt seat dpn tu suruh baca al fatihah n sapu myk gamat pd luka aimy bg darah berhenti.
Dlm kesibukan merawat aimy, tiba2 aku rasa loya nk muntah.
Aku tekup mulut n akhirnya muntah juga, sib baik sekali je.
Mgkn sbb tgk darah tu kot. Mak kata aku mabuk darah. Sib baik aku x pengsan.
Aimy da x nangis, dia tdo dlm dakapan aku.
Alhamdulillah, darahnya berhenti. Kami semua hilang selera makan.
Adk2 ipar semua x jd makan. Aku mampu minum je.
Aku nk g klinik, tp ye la kan, mana nk cari klinik pepagi buta tu.
Lgpn dkt highway. Aku hanya mampu berdoa smga Allah beri keringanan pd aimy,
jauhkan dia dpd bahaya, jauhkan dia dr demam n lain2.
Aku x berhenti berdoa n terus berdoa utk aimy..
Smga aimy kuat. Alhamdulillah, aimy kuat.
Sepanjang jalan dia merengek sket2 je.
Aku xleh tdo lena, sampai la dkt jeti kuala perlis. Bimbangkan aimy.
Esoknya aimy terjaga, dia senyum mcm xde apa2.
Dia aktif mcm biasa. Alhamdulillah.. Dia x demam.. Syukur sgt.
Sampai je langkawi, lps checkin, kami terus bersiap bwk aimy ke klinik.
Syukur sgt sbb hr tu aktiviti bebas, so kami blh bwk aimy g klinik n tampal luka dia.
Aku rs sgt ngilu n sebak bila tgk luka dia. Sbb tampalan semalam da terbuka. Aimy kan aktif.
Sesampai di klinik, nurse tgk luka aimy.
Dia kata kulit nipis, xleh jahit. So dia tampal special plaster utk rapatkan luka tu.
Masa nurse tu buat keje, aimy nangis. Tp tak tahap meraung, dia nangis sket2 je. Aimy kuat..
Spt yg aku selalu ckp pd dia.. Aimy kuat, ibu ada..
Da siap tampal luka dia, nurse kata lepas 2 hari br blh bukak.
Skejap je aimy nangis, lps tu ok mcm biasa.
Mujur ada klinik panel, xde la kene kuar duit.
Alhamdulillah.. sekarang luka aimy dah sembuh.
Cuma ada parut skit je.
Aimy mmg anak yg kuat. Anak yg hebat. Aku lak yg nak nangis bila tgk nurse cuci luka dia.
Lps blk dr langkawi tu kami bwk g klinik kesihatan bukit damar utk buka plaster n tampal semula.
Nurse letak ubat n tampal yg baru. Baik2 nurse kt klinik tu. Kitaorg pn rasa comfortable utk dptkan rawatan. Bila blk umah kami, follow up ngan klinik panel yg biasa kami pegi.
Berkali2 jgk la g klinik. Dalam 2 mggu camtu luka aimy da sembuh.
Sepanjang bwk dia g klinik tu, mcm2 ragam aimy.
Mengusik semua bdk2 yg ada dkt klinik tu. X takut org lgsg.
Bila turn dia nk jmpa doctor, xnk msk bilik doctor. Kene dukung br masuk.
Klaka btl la aimy.
Appointment kali ke 2 ngan doctor panel tu, dia x nangis da bila doctor buka luka dia.
Dia diam n redha je doctor tu buka plaster n tampal semula.
Last appointment tu, doctor kata boleh buka sendiri plaster tu, sbb luka da tertutup, cuma nk tggu kering je.
Tp kitaorg ni takut aimy kopek kuping2 tu kan.. so kitaorg suh doctor tampal.
Patut 2 hari lps last appointment bwk jmpa doctor utk bukak tampal,
tp sbb aimy da bukak sendiri, kitaorg terpaksa tampal ngan kapas n
plaster sendiri sbb xnk kasi dia kopek. Skejap je tampal, lps tu da tertanggal.
Esoknya, kuping2 tu da btl2 keras n terkopek sket, tp luka nya da bertaup & ada kulit baru yg masih merah2 lg.. Kitaorg xnk usik, so biar je la tanggal sendiri.
Akhirnya tanggal sendiri kuping tu..
Skg ni ada parut sket je la kt dahi dia.. Hrp2 ia akan hilang..



4 comments
salam ira...
ReplyDeletealahai siannya aimy,nasib baik tak teruk sgt.kalu k.lah konpom dah menangis sekali tu..
nasib baik aimy kuat..tak meragam.
k.lah ada emel ira,ada masa baca la ye
YA Allah...siannya..nsb baik x serius.. Moga cpt sembuh ya.. :)
ReplyDeletealhamdulillah,aimy anak yg kuat ye,syg..takpela skali skala Allah nk dugakan..Allah nk bg pahala tu :)
ReplyDeletesiannya aimy...nasib baik dah sembuh....kita sama la ira...sy pn mabuk darah jgk..cuma takat ni alhamdulillah leh handle lg bila anak luka sbb darah yg kuar sikit jer...kalau byk, rasanya pitam jgk kot...hehe...
ReplyDelete