Coretan lepas PRU13
Monday, May 06, 2013assalamualaikum...
hari sabtu, lps abg balik keje, kami siap2 p kenduri dkt institut kraf negara.
amik mak ngan bucu kat stesen komuter rawang, lps tu gerak ke dewan cindai institut kraf negara.
dua pupu aku yg kawen, wp dia ni sama sekolah ngan aku masa form 4-form 5, tp aku x rapat sgt ngan dia.
teruk kan aku. selesai makan n bersalaman ngan pengantin, kami gerak balik.
disebabkan mak abah mengundi di pj, so kami bwk mak abah skali ke rumah kami.
malam sabtu tu mak abah tdo umah kami. abg balik pahang ptg sabtu tu jgk.
hari ahad, pepagi lg da bangun. keluar mengundi dlm kul 8.15. kami 3 beradik jalan kaki je ke pusat mengundi. erm.. suasana aman je. aimy aku tgglkan ngan mak, dia masih tdo lagi.
jauh jgk la jalan kaki.. malas nk naik kete2 yg ada bendera2 tu.. akibatnya, mlm2 kaki lenguh, hehehe..
sib baik abg ada tukang urut kan.
masa kat tempat mengundi tu, aku nye saluran 3. barisan pendek.. hehehe..suka aku. skejap je da siap.
tapi saluran 1 ngan 2 mmg panjang la. aku rasa diaorg agih ikut umur, sbb yg beratur kat saluran 4, bdk muda2 je.
adk2 aku semua saluran 4. gaya umur bwh 30 thn. barisan aku umur 30 thn ke atas.
saluran 1 ngan 2 tu dlm lingkungan umur 40 ke atas rasanya. kesian pada yg beratur tgh2 panas tu. tp da tanggungjawabkan, kene la tahan.
setel adk2 aku mengundi, kami balik bertiga, jalan kaki lagi..lama x exercise jalan kaki gini. hehe..
mak ngan adik2 blk kg, ptg lepas ujan benti. diaorg cuti hari ni, aku je keje.. jeles sungguh..
abg plak sampai dr kg dlm kul 10 lebih dkt kul 11. aku da siap bentang tilam dkt dpn tv. aimy plak xnk tdo.. sabar je la.
aku da beberapa kali terlelap sambil tggu keputusan diumumkan..
lps abg balik.. kami sembang2, segar plak mata aku. xtau kul bape abg tdo, aku da ngantuk sgt, aku tdo je.
dlm hati masih berharap agar hari ni cuti. hehehe..
pagi ni bangun, tgk tv xde umum kl cuti.. hehe.. berangan2..
siap cek facebook, takde pun org kecoh2 kl cuti, lps tu nk confirmkan..aku sms kwn aku..
abg la bt aku confuse. dia kata ada umum semua cuti hr ni.. sabar je la.
saje je buat aku jeles. so hari ni aku ke tempat kerja spt biasa.
suasana sunyi, kedai pun x bnyk yg bukak. tp ada jgk org bekerja. rasanya ramai yg amik cuti hr ni.
tu sbb opis lengang je..
baca blog kawan2 semua da buat summary psl pru13.
aku pn nk mencoret sesuatu jgk la.. hehehe..
selesai sudah kita menunaikan tanggungjawab kita sbg pengundi.
kini giliran mereka yg dipilih menjadi pemimpin rakyat pula melaksanakan tanggungjawab mereka.
terlebih dahulu, aku nk ucapkan tahniah kepada pemimpin2 yang menang di kawasan masing2.
menang anda kerana rakyat, so jgn lupa diri bila da diberi kepercayaan.
laksanakan lah tanggungjawab sbg pemimpin dgn adil. contohi lah kepimpinan rasulullah & para sahabat baginda.
tak kira la anda dari parti mana pun, jika telah dipilih oleh rakyat sbg wakil mereka..
mereka adalah tanggungjawab anda. segenap lapisan masyarakat keluar mengundi..tua, muda, sakit, oku semuanya keluar mengundi..
tanpa mereka, siapa lah anda..
kepada yang x menang, muhasabah diri sendiri.. kenang setiap apa yg kita da buat sblm ni..
mgkn ada kesilapan yg kita buat, membuatkan rakyat x suka.. mungkin apa yg kita cakap, buat org x suka dgr..
mungkin... sape tau kan..
kepada yg menang tu.. turun la kepada rakyat, dekatkan diri dgn mereka..
kalau x, camne nk tau org2 anda tu buat kerja ngan betul atau tidak?
camne nk tau rakyat anda terbela atau tak?
camne nk tau bantuan disalurkan kepada mereka yg berhak atau sebaliknya..
semua ini adalah harapan kami.. kami sbg rakyat & generasi akan datang..
aku takde pro mana2 parti..
cuma sekadar mencoret harapan aku untuk sepanjang 5 tahun akan datang..
pada aku, jika semua pemimpin mencontohi kepimpinan rasulullah & para sahabat,
negara kita akan lebih disegani di mata dunia..
amin..insyaAllah :)



4 comments
yg penting kita terima keputusan dgn hati terbuka & redha kan
ReplyDeletebetul tu, Ira..Allah lebih tau segla2nya..yakin yg percaturan Nya trbaik buat kita semua :))
ReplyDeleteselesai sudah semua..terima keputusan dengan hati yg terbuka..
ReplyDeletesesapa pun yg mentadbir negara ni,harap2 dapatlah mentadbir dgn baik
ReplyDelete