semoga mereka tabah & redha

Sunday, March 09, 2014

Assalamualaikum semua..

Semoga kawan2 semua berada dlm keadaan sihat & dirahmati Allah sentiasa.
Hari ni aku bersiaran di kampung en suami..
Da lama rasanya tak balik kg, so kami decide blk pada hari sabtu semalam.

On the way balik kg, aku terbaca status fb seorang kwn sek aku.
Kawan aku tu pramugari MAS, tapi x sure dia da benti or still keje lg.
Tertanya2 jgk kenapa, bila baca komen dan beberapa status fb yg menyusul, baru la aku tau yg pesawat MAS hilang.

Dari semasa ke semasa aku mengikuti status & update kawan2..
Masing2 melontarkan pendapat masing2, tak kurang juga yg mengajak rakyat Malaysia sama2 berdoa agar penumpang & krew pesawat dilindungiNya.

Makin lama baca status & komen, makin mcm2 spekulasi yg timbul. Tidak kurang juga yg dgn mudahnya memberi koman yg kurang adab dan sopan sesama manusia. Ada juga yg saling menyalahkan dan ada juga yg mencampur adukkan isu kehilangan ini dgn isu politik..

Peristiwa ini membuatkan aku teringat pada kesibukan kami pada minggu lalu.. Kami terpaksa pulang lewat dan ada sekali dtg semula ke pejabat bagi mendapatkan maklumat yg tepat sebelum dimaklumkan kepada pihak atasan. Pada pendapat aku, sama juga kes kehilangan ini, mesti pihak MAS sedang berusaha mendapatkan maklumat yg tepat sblm pihak atasan boleh mengumumkan sesuatu. Ianya bukan lah perkara mudah. So jadilah rakyat Malaysia yg bijak, sabar dan tenang.

Seperti kejadian lori Poslaju terlibat dalam kemalangan yg mengorbankan pemandu dan kelindannya.
Alangkah sayunya hati mengenangkan keluarga mereka, hingga terbawa2 & terbayang2 mcm mana lah keadaan mereka. Ditambah pula dgn cerita yg mengatakan anak kepada salah seorang pemandu itu tidak sempat berjumpa ayahnya kerana tido. Ye la kan, ayah g keje malam, esok pagi tak balik pulak.. Ya Allah.. sedihnya rasa..

Walaupun bukan terjadi dlm keluarga kita, tapi kehilangan staff yg bekerja dgn satu nama syarikat yg sama sedikit sebanyak mengganggu juga hati dan perasaan kita. Situasi yg sama juga pada staff MAS. Walaupun bukan semua ahli keluarga mereka yg terlibat, tapi bekerja di bawah satu syarikat yg sama, mereka juga terasa sedih & tertekan dgn tindakan segelintir org yg menyebarkan spekulasi serta memberi komen yg x sepatutnya.

Bayangkan pula perasaan ahli keluarga penumpang & krew yg terlibat. Sudah tentu mereka lebih sedih & tertekan.. Hanya org yang pernah merasai kehilangan sesuatu yg disayang shj yg memahami perasaan mereka. Aku teringat saat aku kehilangan kereta pertama aku dulu.. Kehilangan ini menyebabkan kita tertanya2.. apakah yg terjadi, mcm mana terjadi, mcm mana mereka di sana, selamat ke tidak.. fikiran akan berkecamuk dan apabila ada soalan2 yg tak memikirkan sensitivity org lain, mmg akan menyebabkan kita lebih rasa tertekan dan sedih...

Kalau nk komen or menulis sesuatu tu, berhati2 lah. jaga hati dan perasaan keluarga mangsa.
Semoga mereka semua redha dalam menghadapi dugaan ini.

Daripada sibuk2 update status or mengkomen status yg belum tentu sahihnya, ada baiknya kita berwuduk dan tunaikan solat hajat 2 rakaat. Mudah2an mereka yg dicari ditemui. Semoga Allah melindungi mereka. Semoga urusan mencari dan menyelamat mangsa berjalan lancar..

Amin...














You Might Also Like

3 comments

  1. Kita teruskan berdoa ya.. dah beberapa hari pun, pasti ada jawapan yang pasti

    ReplyDelete
  2. bersamalah kita terus berdoa,moga semua penumpang dan crew terselamat,mmg dah lama hilang..6hari dah tp kuasa Allah mengatasi segala-galanya kan,mana tahu mereka semua masih selamat dan berada didalam lindunganNya...

    ReplyDelete
  3. doakan terus untuk MH 370 yer

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images