percutian romantik kami... P

Friday, April 18, 2014

Assalamualaikum kawan-kawan..
hari ni baru berkesempatan nk menulis pasal percutian keluarga kecil kami.
cutinya da lama, tapi baru ni la nk bercerita..
lantak la da basi pun kan?
pada 10 dan 11 march 2014 yang lepas, kami ke Gold Coast Morib.
Sebenarnya, aku da beli voucher dr groupon tu tahun lepas lagi.
Tapi takde kesempatan lagi nk pegi. kebetulan abg cuti awal march tu, aku pn apply cuti.
Walaupun masa tu busy jgk, tp kalau pikirkan keje je, mmg tak bercuti la..
Memandangkan hari2 sebelum tu aku asik keje balik lambat je..
Bertambah la berkobar2 aku nak g bercutinya..
Mengenangkan dua2 cinta hatiku yang terpaksa berkorban..

Sampai morib dlm pkl 2 lebih. Check in bilik, lps tu rehat2 jap.. solat.
Lepas asar kitaorg turun nak mandi kolam. X sabar tgk kolam kat bawah tu..
Hehehe..
Aimy la budak paling happy sekali.
Mmg nampak jelas kegembiraan dia. Da lama sgt kami tak bwk dia bercuti.
Dulu2 bawak jgk dia berjalan, tapi dia kecik lagi.
Ini lah kali pertama kami bercuti bertiga.
Sebelum ni bercuti dgn ahli keluarga, adk beradik aku atau adik beradik abg.
Walaupun mcm boring sket, sbb kami bertiga je, tapi seronok juga.
Kita boleh buat apa kita suka, ikut kehendak kita. Pakatan berdua je.
Masa tu la nk bergurau senda suami isteri.. hehehe..
Walaupun abg rajin juga bergurau klu ada ahli keluarga lain, tapi terbatas la.
Lepas asar tu,kami turun utk mandi kolam.
Tak ramai org pun. Seronok la mandi manda..
Main gelongsor, haha.. tu pun aku takut..
Ada bnyk jenis mainan, tp aku main gelongsor air tu je.
Lps tu berendam ngan aimy..
Aimy tgk bdk2 lain berenang, dia nak berenang jgk..
Sampai merah2 mata dia, tapi nampak sgt dia seronok betul.
Sejuk2 berendam dlm air sampai kecut jari jemari dia.. Dia relaks je.
Kul 7 kitaorg naik hotel semula.
Layan Jacuzzi plak.. hehe.. bertiga2 dlm tu..
Da puas main air, mandi lps tu ready utk solat maghrib dan keluar cari kedai makan.
Lps makan mlm, kitaorg jalan2 kat area resort tu.
Tapi malam mcm x happening je. Happening pn dkt tmpt karaoke n bar.
Huhu.. kitaorg pn naik hotel semula. Lepas solat, rehat2 lps tu tdo je la..
Esoknya pagi kitaorg g sarapan.
Lps tu mandi kolam semula. Hehe...
Mandi puas2 lps tu naik hotel. Kemas2 semua, ready to check out.
Dalam kete, abg cakap.. sekian sahaja percutian romantic kita..
Ada rezeki ibu belanja lagi..
Aku terus tnya balik.. Nape ibu pulak?? :P
Mujur.. esknya cuti, operasi mendobi la..
Hehe..
Ok la... layan gambar je ye...

Sape tak teruja tgk kolam tu kan??
Seronok betul bergelongsor kat situ.. hehe

sibuk nk pakai tudung..

menggigil kesejukan..

cam terpaksa je aimy.. hehe

comel x saya??

best!!

dua beranak yg seronok berendam..

Tercapai jugak la nk bercuti bertiga-tiga..


Ok la.. kene stop skg.. ada masa aku bercerita lagi..

Wassalam...

You Might Also Like

5 comments

  1. wah bestnya... lamanya ktorg tak cuti2 malaysia.. huhu

    ReplyDelete
  2. salam singgah. alhamdulillah telah tercapai impian yg diimpi2kan oleh ramai pasangan ^_^

    ReplyDelete
  3. wah seronoknyer.... !

    ReplyDelete
  4. salam singgah ptg membaca bila ada masa free2 ckit..

    ReplyDelete
  5. Seronok sekali sekala bercuti sama2.. anak pun boleh main tu, memang tempat yang sesuai utk bercuti tu..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images