Tak Mungkin!!!
Monday, May 26, 2014Assalamualaikum kawan2 semua.
Semoga sihat & bahagia selalu.
Semoga yang diduga diberi ketabahan dalam setiap dugaan yg melanda.
Hari ni nak citer pasal puteri kesayangan kami..
Sape lagi kalau bukan Aimy.
Sedar x sedar, Aimy da berusia 2 tahun 8 bulan.
Alhamdulillah...
Lagi 4 bulan, 3 tahun la anak ibu ni.
Semoga aimy benti bf sblm 3 tahun.
Wp azam ibu dah tersasar dari matlamat, tp ia bukan lah satu paksaan.
Aimy masih pakai pempers.
Erm.. kami x paksa dia benti pakai pempers, biar dia nk berhenti dgn sendirinya.
Mcm2 keletah aimy..
Sejak berusia 2 tahun 8 bln ni, lagi la mcm2 ayat keluar dari mulut dia.
Pandai berlakon pulak tu..
Script citer bola kampung tu, dia hafal.
Satu hari, dia golek2 atas lantai sambil pegang kepala..
Dia jerit.. Arghh!!! tolong.. sakit kepala..
Aku tnya, kenapa?
Dia ckp.. puteri amanda sakit.
Hehehe...
Semalam, masa kitaorg nk pegi kenduri kawen..
Mak cik aku saje menyakat dia.
Mak cik aku ckp : Ambik ibu dia la.. Wan nk ambik ibu dia..
Aimy jawab : Tak mungkin!! Tak mungkin!!!..
Tergelak2 kitaorg...
Malam semalam, kami solat berjemaah.. Bertiga..
Lepas tu siap solat, ayah aimy baca doa..
Dgn khusyuk dan tawaduk.. ayahnya berdoa..
Aimy baca doa lain...
Yg aku dgr ada perkataan Mati..
Lps tu kami dgr ada perkataan Minta maaf..
Dia ulang2 perkataan tu, tp tak tau apa ayat sebenar dia.
Lps bersalaman, ayah dia tnya, aimy minta maaf dgn siapa?
Dia ckp dgn wan.
Ayah dia ckp, pegi minta maaf dgn wan..
Lps dia pun pegi la dkt mak aku..
Dia ckp.. wan, aimy minta maaf..
Mak aku terkejut.. Lps tu mak aku tanya, kenapa minta maaf dgn wan..
Aimy ckp.. Sebab..org mati minta maaf...
Hrm... mcm2 la aimy ni.
Mgkn dia dgr kat mana2 kot.
Seronok juga melayan aimy bercakap..
Sejak peristiwa kehilangan MH370 tu, tv kan kerap psl bacaan surah al-fatihah.
Dia pun ikut la.. Tp x betul lg bacaan dia.
Kene polish lg.
Bila suruh mengaji, dia nk ikut la skit..
Kene bagi motivasi dan kene displin kan dia nmpknya.
InshaAllah..
Aimy juga suka melawa..
Bila bergambar, bkn main lg bergayanya..
Kalau mandi tu, dia mesti minta sabun utk dia sapu kat muka..
Gaya sebijik mcm mana org mencuci muka.
Siap nganga mulut lg.. Klaka betul tgk gaya dia.
Peminat princess.
Sekarang ni dah ada 3 pasang baju princess, sepasang selipar princess.
1 beg duit princess. Suka tgk citer frozen dan bola kampung.
Pandai nk berkawan. Hari tu masa g family day, ada anak2 staff yg sedang training berlari(ayah diaorg suruh).
Aimy pun sama nak berlari. Aku bg la dia lari, bkn bertanding pun. Saje2 je lari.
Bila budak2 tu da sampai hujung garisan dan patah balik, dia pun patah balik..
kiranya aimy main tipu la, lari x sampai hujung pun..
Jadi la dpt 2x dia lari.. sian aimy, nk sgt main, tp xde kategori utk bdk bwh 3 thn.
Masa org bg hadiah, dia pun sama nak. Siap ckp, ibu.. nak bungkus..(hadiah la tu)
Aku ckp.. nnt la ibu bagi.. mujur dia x berguling2.. setakat ckp ngan ibu je.. klu x, mana aku nk cari hadiah.. hehehe..
Bila tgk aimy smgt nk bermain, aku rasa berkobar2 nk htr dia ke taska.
Nanti la, ada masa nnt kami cari taska utk aimy.
Ok la.. rasanya kene stop skg.
Nanti ada masa aku citer lagi..
Semoga anak ibu jadi anak yg solehah, bijak dan berjaya di dunia dan akhirat.






1 comments
Saya dtg singgah bila cuti2 sekolah !
ReplyDelete