Esok dah tahun baru...
Wednesday, December 31, 2014Assalamualaikum kawan2,
Diharap kawan2 semua sihat dan dilindungi Allah sentiasa.
Lama aku x update entry..
Banyak sebenarnya nk dikongsikan di sini..
Ada kelapangan nanti aku coretkan..
Sedar tak sedar, esok kita bakal melangkah ke tahun 2015.
Rasa macam baru sahaja tahun 2014..
Apa2 pun, aku ucapkan selamat menempuh tahun baru yang bakal menjelma esok.
Kita tak tau apa akan terjadi, tapi kita doakan semoga kita semua menjadi lebih baik.
Kita ambil pengajaran atas setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk..
Banyak tragedi menyedihkan pada sepanjang tahun ini.
Semoga kita menjadikan ianya sbg iktibar.
Dan memulakan hidup baru..
Bersama2 lah kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..
InshaaAllah..
Kepada mereka yg ditimpa musibah, tak kira la banjir ke, kehilangan keluarga, musibah kecil atau besar, semoga tabah dan redha dgn apa yang terjadi. Segalanya ada hikmah disebaliknya.
Allah mengaturkan yang terbaik buat kita semua..
Kami juga tak terlepas dari dugaan..
Namun ia tidak la mematahkan semangat kami dalam meneruskan hidup ini.
Dugaan kami tidak la sehebat mana, org lain diduga lebih hebat lagi..
Azam tahun 2014 dah tak ingat da.. hehe..
Ok.. tgk balik entry lama.. Haha..
2014 ni, apa yg aku nak capai adalah:
1. InshaAllah, akan selesaikan puasa ganti sebelum rejab utk tahun ini.(terlajak gak, tp da setel la)
2. Nak bagi aimy benti bf sblm 2 tahun setengah.. tu plg lewat utk aku tu.. (ni terlajak jgk, tp Alhamdulillah, da benti 2 tahun 7 bulan x silap)
3. Nak belajar menjahit baju sendiri.. Dah belajar, tapi buat sendiri tu belum lagi.. (*>_<^)
4. Nak tambah ahli keluarga.. kalau boleh nk anak lelaki plak dan kembar!!! hahaha... (yang ni belum lagi, sbb semuanya Allah yang tentukan, mungkin belum cukup bersungguh lagi kot)
Ok.. Tahun 2015??
Nanti la fikir ye..
Hehe.. tapi azam yang tak setel tu, kene la bwk ke tahun depan..
Erm.. lagi 1, wishlist tahun 2014, ialah nk beli henpon baru.
Bawak gak la ke tahun depan nampaknye.. hehehe..
Banyak benda yang lebih penting. Lagipun, hp ni wp ada yg tegur, tapi.. biar la.. janji blh pakai.
Hehe..
Ok la.. aku kene stop skg..
Jumpa lagi entry tahun depan.. :)



3 comments
selamat tahun baru dan semoga berjaya dengan azam2 baru ira..
ReplyDeletekembar tu.. mdah2an amin..
ReplyDeletesalam ira..selamat tahun baru, inshaAllah moga2 ada rezeki tahun ni untuk ira pregnant dan dapat anak kembar.dan moga segala azam dan cita2 tahun ni akan terlaksana...amiinnn
ReplyDelete