tanggapan berubah...

Friday, May 01, 2015

Assalamualaikum kawan2...
Semoga sihat & happy selalu..
Selamat bercuti semua..
Hati2 balik kampung ye, yg duduk rumah pun hati2 tau.. hehe..

Semalam aku EL.. haha.. tu pun nk bgtau ye.
Anakandaku.. yg tersayang tu.. demam..
3 hari on off je.. Mlm je panas bdn dia..
So bonda tercinta ni risau la..
2 hari aimy tggl ngan pengasuh.. bknnya x syg ank, tp percaya pengasuh blh handle..
Hrm.. bila masuk hari ke 3, pengasuh pun risau.. bonda tercinta ni lebih2 la risau..
So semalam ajak kekanda tercinta g klinik kesihatan taman medan..
Selasa tu da bwk g klinik swasta da..
Cuma nk confirmkn yg aimy cuma demam biasa, bkn denggi..

Masa pegi tu dlm kul 10 pg.
Dlm hati berkata, ni mesti dpt turn lambat. Lama la menunggu ni..
Rupanya kekandaku pun sama.
Bila tgk nombor giliran kami 1249, dia ckp.. ni mau kul 2 baru siap. Hehe..

Sangkaan meleset, pukul 12 da setel da semua urusan. Proses di klinik pun lebih teratur.
Lepas daftar dan byr rm1, dpt nombor. Kene pergi kaunter saringan. Lps cek berat, suhu bdn dan lain2 berkaitan, kene pegi bilik ambil darah. Masa nk ambik darah, aimy boleh lari keluar bilik. Mujur la pegi dgn ayahandanya, kalau x susah juga bonda nk pegang aimy yang menangis dan meronta.

Staff yang ambil darah tu berpengalaman. Dia pandai pujuk aimy, dia kata pak cik nak keluarkan ulat, eeii bnyknye ulat..sambil tu dia cucuk tgn aimy. Aimy x nangis pun masa dia cucuk jarum tu, risau jgk kalau dia meronta. Da siap ambil darah dia sambung nangis. Tergelak org2 kat situ tgk dia.

Settle ambik darah, pegi ke kaunter lain utk dptkn keputusan. X lama sgt menunggu, dlm 15-20 minit, lepas tu ke bilik pemeriksaan..jumpa doctor.
Doctor periksa aimy, dia kata darah ok, xde denggi..cuma ada kuman skit mungkin sbb tonsil yg sikit bernanah. Doctor monitor aimy, kalau dia xnak makan dan minum, terus bawa ke hospital..

Settle kat blk doctor, pegi ambil ubat. Selesai urusan.. lbh krg 1jam 1/2 je kat situ. Tanggapan bhw siap pukul 2 tu dah berubah.. alhamdulillah, urusan dipermudahkan.. proses di klinik kerajaan da semakin baik. Mungkin sbb demam, jd urusannya cepat. Utk yang temujanji pun rasanya da improve.

Kalau ada rezeki pregnant lagi, rasanya checkup kat sini je la.. haha.. dekat. Layanan pun bagus. Hehe..xkan nak expect layanan mcm anak raja sedangkan aku bayar singgit je pun kan.. walaupun kami berangan2 anak raja..haha..
kalau bayar beratus pun, layanan xde la tip top kalau org da ramai sgt nak dilayan.

Pada aku, bayaran singgit utk rawatan di klinik kerajaan tu kalau dinaikkan ke rm3 ke rm5 utk kes baru pun ok. Utk kebaikan pesakit jgk. Rasanya kita mampu.. ye la kalau topup org mampu beli, xkan utk sakit x mampu. Kita g situ bkn hari2, paling kerap pun sebulan sekali.. tu pendapat aku la.. tak tau la org lain kan..

Ok la.. entry ni ditaip dkt kg.. hehe...
maklum laa.. entry x sempat abih, destinasi da sampai..

Hehe..sila jgn meluat aku berangan2 ala2 keluarga tengku ye.. hahaha..
sesekali nk berkanda dinda kan.. ^_^
pengaruh my beloved husband la ni.. perasan dia tengku zaril..:-P

Ok la stop sini.. wassalam..


You Might Also Like

7 comments

  1. Haha.. sekali sekala ke sokmo ke ok je guna istilah kanda dinda tu.. nampak best sikit.. haha

    Agaknya dah ditingkatkan tahap pemprosesan data kat klinik dan hosp kerjaan ya.. kawan saya pun ada yang mengadu kat klinik sekarang tak payah menunggu lama.. ke di klinik2 yabg tertentu je itu tak pastilah pulak. Apa pun bila perkhidmatan bagus, kita senangla hati kan..

    ReplyDelete
  2. cian aimy...semoga aimy cepat sembuh....

    huhu sesekali berangan tak pe ira :-))

    ReplyDelete
  3. akak dari dulu percaya dengan klinik kerajaan ni.. okjer kot lagipun ramai yang nak diuruskan... tapi ada yang boleh ditingkatkan lagi..
    dah sembuhker aimy??

    ReplyDelete
  4. salam singgah.

    alhamdulillah, didoakan segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

    aamiin :)

    ReplyDelete
  5. Biasalah dekat klinik swasta ke kerajaan ke sama saja sebenarnya,bergantung pada rezeki kita juga,kadang swasta yg kita bayar pun kena tunggu lama juga, gov walapon bayar singgit tunggu kejap je..

    sesetengah klinik kerajaan staff ok,sesetengahnya tak ok...dah pernah juga rasa dua-dua, jadi bolehlah buat pilihan mana yg kita rasa selesa kan.

    ReplyDelete
  6. akak mmg pengguna tegar hospital dan klinik kerajaan , asal demam itu lah tempat di tuju..bkn tak mampu pegi klinik swasta tapi pendapat akak klinik kerajaan ni lebih detail pemeriksaannya. alhamdullilah aimi tak kena denggi kan.. semoga cepat sihat yer aimi...

    ReplyDelete
  7. Puas dok fikir ni tengah baca kisah bangsawan ke apa... berkanda dinda bagai tapi kisah bawah anak(anda) pi spital. Rupa-rupanya pengaruh Tengku Zaril.... alahai....

    Harapnya demam Aimy dah lama kebah. Susahkan kalau anak sakit ni. 'Bonda' yang over-over. Kalau sayalah, baru naik temperature dah kalut nak call bos minta cuti *_*

    Banyak juga baca tentang hospital kerajaan ni katanya servis dah makin bagus. Eloklah begitu. Kalau bayaran up naik RM10 pun masih okey lagi kot...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images