You're my best friend..
Friday, May 29, 2015
Assalamualaikum kawan2 semua..
semoga kawan2 sihat dan dilindungi Allah sentiasa..
Hari ni jiwa keibuanku sedikit tersentuh.. ntah kenapa mudah benar sedih hari ni. Terus teringat pada kesayanganku yg sorang ni..
Bila memikirkan perkara2 yg menyentuh hati tu.. terus nk mengalir air mata. Mengalir gak la.. setitik dua.. lps dpt wassap msg dr en suami, hati rasa lega sedikit. Ya.. mgkn hati perempuan ini suka fikir yg bukan2..
Hari ni rasa nak mencoretkan sesuatu utk kesayanganku..
Kakak Aimy..
ibu seronok sgt dapat bercuti dengan kakak dan ayah..
Ibu rasa kita macam best friend..
Ketawa sama-sama..
Takut sama-sama..
Berenang sama-sama..
Walaupun kita sama-sama tak pandai berenang..
Saat kakak kata, ibu berenang, kakak pegang tgn ibu.. walaupun mcm tak logik, tapi kata-kata kakak memberi semangat pada ibu..
Ibu harap jika salah seorang dari kita berduka, kita dapat support each other..
walaupun usia kakak belum 4 tahun, tapi kakak dah pandai menzahirkan perasaan..
Kakak rangkul bahu ibu, ajak ibu layan lagu dalam kereta..
kakak pegang dagu ibu.. tgk muka ibu.. then kakak senyum..
Kita main geletek2...
Kakak pandai hiburkan hati ibu..
Kakak suka princess.. kakak selalu cakap, kakak princess cinderella, ibu princess snow white..
Kakak suka minta macam2.. semua benda kakak nak ibu beli.. tapi ibu tak beli pun..
Hehe.. bukan ibu tak nak beli.. tapi ibu rasa kita tak perlu beli.. ada juga yang ibu tak mampu nk beli..
Tapi ibu suka sikap kakak, tak memberontak pun kalau tak dapat..
Kadang2 ibu kesian, ibu nak penuhi juga keinginan kakak.. tapi kita kene ingat, tak semua benda kita nak, kita boleh dapat dengan mudah..
Ada benda yang kita perlu usaha utk dapatkan nya.. Ada benda yang perlu kita korbankan baru kita boleh dapat.. Tapi percaya la.. ibu dan ayah sentiasa mahu yang terbaik utk kakak..
Bila ibu dan ayah tak beri apa kemahuan kakak, itu tak bermakna kami tak sayang tau..
Kami sayang kakak sangat..
Kakak.. ibu ni kan.. sensitif org nya..
ibu juga jarang share masalah ibu dgn siapa2.. dgn ayah pun mana yg ibu rasa perlu je. Dengan wan pun ibu tak share sgt.. kalau perlu je ibu share. Sbb ibu tak nak wan susah hati..
Kakak.. mesti kakak sunyi kan sorang2, takde adik2 utk bermain.. ibu ni da la jarang dpt main dgn kakak.. maafkan ibu ye..
Kakak selalu berlakon jaga baby.. lps tu kakak suruh ibu jagakan baby.. suruh bagi susu.. ibu layan je.. sbb tak tau bila rezeki kakak nak ada adik..
kita tumpang baby mak ngah nanti ye..
ila tgk kwn2 citer psl baby baru, citer pasal kerenah anak2 yg mcm2 keletahnya, update status psl pregnancy.. ibu rasa seronoknya.. seronoknya diaorg.. seronoknya.. namun jauh disudut hati ibu.. ada juga sedikit rasa sedih.. tersentuh.. ibu ni hanya insan biasa.. tak dapat menafikan perasaan itu..
Tapi ibu sentiasa ingat pesan acik ujie othman.. dia kata ibu patut bersyukur, sekurang2nya ibu ada kakak..
Ya.. ibu ada kakak.. kakak la semangat ibu..
Ibu sayang kakak..
Sekejap je masa berlalu.. bulan 9 ni, kakak da masuk 4 tahun..
Rasa macam baru je lahirkan kakak..
Sejak kakak sekolah ni, ibu jarang citer pasal kakak dekat blog ibu..
Bukan tak ada perkembangan, tapi ibu tak sempat nk bercerita..
Maaf kan ibu ye.. Entry ni pun amik masa 3 hari baru nak abis.. macam mana nk berdiari.. hihi..
Ok la kakak, nanti ada masa ibu bercerita lagi..



10 comments
Assalam...jangan terlalu ikutka emosi...ye kalau diikutkan mmg sedih,tapi ingatlah Allah sebaik-baik perancang Dia tahu apa yg terbaik utk kita, Dia tahu bila waktunya Dia akn bg sesuatu pada kita...
ReplyDeleteBersyukurlah ira,ira merasa juga utk menjadi seorang ibu walaupun hanya pada seorang cahayamata buat masa sekarang ni,ada org yg masih belum merasa menjadi seorang ibu walau telah lama berkahwin..
Bersyukurlah ira punya juga seorang cahayamata kerana ada org diluar sana bkn saja belum punya anak tapi masih belum pny suami walaupun usia sudah menjangkau 40an..
Ye k.lah hanya mampu bercakap tp k.lah tidak berada dlm kasut ira jd k.lah xtau apa perasaan ira,tapi bersabarlah... jangan bersedih jadilah wanita yang bahagia..bahagia dgn apa yg kita ada sekarang...
Maaf andai komen ini keterlaluan dan menyentuh emosi ira
Waalaikumsalam..
DeleteAlhamdulillah... ira bersyukur ada suami, ada anak wp sorang.. ira selalu igt pd org yg xde suami, xde anak.. ira bersyukur dan yakin dgn rezeki Allah..
cuma kdg2 jauh disudut hati ira terusik juga..sama mcm org yg blum punya suami & anak.. Sbb ira ni manusia biasa shj, xlepas dr perasaan sedih. Namun ia bkn la berpanjangan, kdg2 shj.. cthnya, bila dpt tau adk ipar preknen.. bila bc status kwn2 ttg kelahiran.. ira tau yg diaorg hanya berkongsi kegembiraan, ira x salahkn diaorg pun.. ira cuma pendam sendiri je.. kali ni je menulis disini..
Maaf jika komen ini menyinggung perasaan, bukan bermaksud kata ira tidak bersyukur..
DeleteXpe luahkan lah perasaan dihati jgn disimpan sebab x elok disimpan luahkan pd yg memahami..luahkan pada suami kerana mereka yg paling rapat dengan kita dan pasti merekalah yang paling memahami..inshaAllah k.lah doakan ada rezeki utk ira menambah cahayamata suatu hari nanti
:'-C tersentuh hati membaca...huhu
ReplyDeleteMaafkan ira jika entry ni menyentuh hati yan..
DeleteYa, Ira ada Aimy...anugerah terindah!
ReplyDeleteDan akak pun tetap bersyukur..ada suami sbg best friend akak. Juga anugerah terindah!
Semoga kita berdua (dan kawan2 lain yg menanti) tetap dlm sabar dan redha dgn takdir Ilahi. Dunia cuma sementara, akhirat jua abadi.
tetiba sebak baca entri ni,huhuhu
ReplyDeletesalam perkenalan
JEMPUT BACA ENTRY INI
http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2015/05/whats-app-blogger-team.html
Masuk habuk pulak mata ni....
ReplyDeleteMacam itulah perasaan ibu. Adakalanya kita rasa mudah tersentuh apatah lagi bila berkaitan dengan insan-insan tersayang. Ingatkan tadi bila ber'kakak' Aimy, ada berita gembira nak disampaikan. Tapi takpalah. Insya Allah, mana tahu Allah murahkan rezeki buat kali kedua. Saya dulu anak pertama dan kedua selang 5 tahun. Dah tanam dalam hati dah, kata inilah satu-satunya anak rezeki Tuhan bagi buat kami berdua. Habis dah beri segala pakaian dan mainan si Abang pada sanak saudara dan kawan-kawan. Tetiba dapat tau pregnantkan si Adik Cute pulak.... Rezeki dah ada, jangan ditolak katanya *_*
Takpalah Ira. Anak satu pun okey juga jadi peneman suka dan duka kita. Kalau ada rezeki lagi, kira macam bonus bergandalah dalam hidup kita yang sementara nih ~_^
Semoga ira kuatkan hati ya. Saya ada kawan yang mengharap dapat anak.. juga sama mcm luahan ira ni juga. Paling tak ira dh ada aimy yang comel dan bijak ni.. kawan ni masa sblm cuti tu duk kata malas nk balik kg sb orang duk btanya kenapa xda anak lagi. Sampai dia dh stress.. kehidupan kita ni mcm2 dugaan dn dugaan utk meguatkan kita serta merapatkan kita kepada penciptaNya..
ReplyDeleteso touched... sabar yer.. rezeki setiap orang lain2...kadang2 allah bagi apa yang kita hajati tu cepat kadang2 dia lambatkan atas sesuatu sebab... moga tabah selalu ye.. aimy kan ada...
ReplyDelete