Disebalik perkhabaran gembira..
Wednesday, August 19, 2015Assalamualaikum kawan2..
Semoga kawan2 semua sihat dan gembira hendaknya..
Telah sekian lama merencana utk menulis disini, tapi tak tertulis..
Tuntutan kerja dan masa yg belum sesuai utk aku mengarang disini.
Hari ni, aku balik awal sbb pkl 2 ada appointment dgn doctor. Selesai appoinment, terus blk rumah..
Ambil masa skit nk update entry, jap lg nk masak plak..
Alhamdulillah, hari ni nk share good news yg aku citer hari tu. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang utk mengutip pahala ibu mengandung sekali lagi.. diberi peluang melalui peritnya trimester pertama dgn alahan yg agak teruk juga jika dibanding dulu. Awal ramadhan yg lalu, period lewat lbh krg 5 hari, aku terus test. Alhamdulillah, skejap je 2 line muncul. Tapi tak snap pic. Terus je g solat n sujud syukur. Gembira x terkata. Abg pun sama excited..
Scan tadi dah 14 mggu. Jika ikut kiraan, 13 mggu. Ada perbezaan disitu. Mungkin tarikh period terakhir x betul, tp aku rasa masa aku g pangkor bln 5 tu, dkt2 nk abis period. Apa2 pun.. aku harap, semuanya selamat.
Good news satu lg.. alhamdulillah, husband aku dpt kerja lain. Setelah lebih setahun husband aku benti keje, dan buat keje sendiri dgn abg dia, akhirnya dpt jgk keje tetap. Cuma kerjanya agak teruk dan gajinya tidak la bnyk. Pada kami yg penting, ada pendapatan bulanan. Kerjanya agak bahaya.. namun jika disitu rezekinya, aku hanya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi suamiku dimana jua dia berada.
Pada mulanya kami sangka, abg da x dpt keje situ. Tak sangka setelah lbh krg 4 bln, diaorg call utk dtg interview semula dan mula bekerja awal ogos hari tu.
Itu la indahnya perancangan Allah.. segalanya da diatur. Kedua berita gembira ini kami terima ketika ramadhan dan syawal yg lalu..
Tiada ucapan lain yg dpt diungkapkan melainkan syukur..
Ada masa aku menulis lg.. da kul 6 ni.. nk masak plak..



3 comments
alhamdulillah...rezeki untuk baby tu
ReplyDeleteHai ira.. tahniah ira... syoknya tu.. moga dapat tempuhi detik2 9 bulan yang indah dan semoga ceria sokmo.. hikmah dan rezeki baby datang dalam pelbagai bentuk ya.. terus abahnya dapat kerja baharu..tahniah.. moga kerja ni menggembikan seisi keluarga
ReplyDeleteOh, betullah tekaan saya ya! Tahniah ya, Ira dapat peluang sekali lagi. Seronoknya alahai.. seronok mendengar kisah oranglah, kisah sendiri dah tak mahu lagi :)
ReplyDelete