Selamat Hari Lahir Kakak..

Monday, September 21, 2015

Assalamualaikum... 


Selamat Hari Lahir yg ke 4 kakak aimy. 
Semoga membesar dgn sihat, bijak, cergas dan cerdas. Semoga ank ibu yg manja ni sentiasa dilindungi Allah dari segala penyakit, dijauhkan dari perkara2 yg buruk dan melalaikan..
Semoga kakak menjadi anak solehah, taat pd agama, rajin solat dan teguh imannya.. 

Maafkan ibu sebab lewat menulis ucapan hari lahir kakak.. ibu tak pandai nak buat ayat berbunga2.. harapan ibu.. semoga kakak jadi anak yg baik.. syg keluarga dan sentiasa ingat siapa kakak..

Kakak.. nanti ada masa ibu cerita tentang kakak..
Terlalu banyak yg ingin ibu kongsikan.. tapi keadaan x mengizinkan.. 
Ibu gembira bila tgk kakak hepi.. ibu sedar, masih bnyk yg perlu ibu belajar utk kakak.. 
Maafkan ibu jika ada kekurangan dalam membesarkan kakak.. ibu hanya beri apa yg ibu mampu.. ibu beri ikut keperluan kakak.. bukan ibu tak sayang jika ibu dgn ayah x tunaikan kemahuan kakak.. sebolehnya, apa kakak nak, ibu nak tunaikan.. tapi adakalanya.. ibu perlu kata tidak supaya kakak tahu, tak semua yg kita mahu..kita boleh dpt dgn mudah.. adakalanya kita perlu berusaha dan berkorban demi mendapatkannya.. 

Mungkin pada masa ini, kakak masih belum faham.. kakak akan faham suatu hari nanti.. kakak sayang.. kakak la buah hati ibu.. yg Allah amanahkan pada ayah dan ibu.. kami harap kami dapat menjaga dan mendidik amanah ini dgn sebaik2nya.. 

Selamat Hari Lahir sayang.. Aimy Qairina Azizul.. 
21 september 2015. 


You Might Also Like

3 comments

  1. Selamat hari lahir aimy qairina azizul...moga jadi anak yg solehah,berjaya dunia & akhirat

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir aimy..moga membesar dengan sihat..dan jadi anak yang solehah..amin

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday, Aimy! Aunty ni kalau bab birthday, memang selalu ketinggalan keretapi laju. Dah lama berlalu, baru baca cerita ^_^ Oh, Aimy sebaya Adik Cute rupanya! Ramai juga rakan sebaya Adik Cute ni yerk. Memang masa sekolah nanti, parahlah cikgu-cikgi melayan kerenah mereka. Over memasing dengan pertanyaan ^_^

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images