Update dihujung january 2016...
Friday, January 29, 2016Assalamualaikum kawan-kawanku semua...
Semoga kawan-kawan semua sihat dan dirahmati Allah sentiasa..
Jumaat yang indah ini.. aku menulis entry ke 3 bagi bulan Januari 2016..
Sikit sangat penulisannya kan??
Banyak nak cerita, tapi ntah la.. bukan tak mahu meluangkan masa menulis, tapi banyak perkara yang perlu diutamakan. Apa2 pun.. dapat update sikit2 tu pun jadi la kan.. hehehe...
Untuk makluman kawan2 semua, aku da mula ambil cuti sebelum bersalin..
Cadangnya hendak terus bekerja, cuti hanya bila da bersalin... sebab due 16 Feb. Lama lagi tu kan..
Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang..
Masuk 36 minggu, aku sempat keje 2 hari je. Hari selasa dgn rabu je aku keje.
Hari Rabu aku balik keje, rasa tak larat sangat2.
Masa dekat ofis lagi dah rasa sakit perut bila duduk lama. Balik tu jalan perlahan-lahan sebab kaki tak boleh angkat sangat. Naik tangga pun satu anak tangga, berhenti, naik lagi satu..
Dalam tren, bila nak bangun dari tempat duduk tu, aku rasa mcm out of control sbb kaki krem.
Aku terpaksa seret kaki perlahan-lahan untuk keluar.
Setel keluar tren, aku menuju ke kereta. Satu hal nk memandu balik ke rumah..
Nak tak nak, kene drive jugak. Tawakkal pd Allah, berdoa banyak2 semoga sampai dgn selamat.
Tawakkal je pijak pedal clutch dan brake. Alhamdulillah, sampai rumah. Da ckp ngan myCinta nak g klinik, tapi sbb dlm kereta aku da nangis2, aku tak terus ke klinik.
Call dr myCinta pun aku tak angkat. Mmg aku x suka nk angkat call kalau tgh drive. Aku x pandai.
Dekat parking, aku x keluar kereta terus. Nangis je.. haha.. ntah kenapa hari tu.. nangis je.. tengah taip entry ni pun nangis sbb terkenang peristiwa itu.. Ye la kan.. bila kita rasa kita tak boleh buat apa yg kita boleh buat, kita rasa macam kehilangan sesuatu.. rasa rendah diri dan lain2..
Tak lama lepas tu myCinta dtg, dia da tunggu kat klinik rupanya. Dia tgk aku mcm tu, terus ajak pegi klinik. Lap2 air mata, segan pulak org tengok.. Dapat turn jumpa doctor, aku cerita masalah aku..
Doctor cakap, awak perlu rehat.. bed rest. baring saja... Sebabnya.. bila aku banyak berdiri dan banyak duduk, darah dari kaki ke jantung bergerak dengan perlahan.. sebab tu kaki bengkak..
Bila baby semakin membesar, saluran darah ke jantung terhimpit..
Doctor bagi aku MC 2 hari untuk hari khamis dan jumaat.
Bila aku MC, biasa la, ada je isu kat ofis. Dalam berehat dirumah hari khamis dan jumaat, aku busy menjawab wassap dr bdk2 ofis. Ye la kan, mengejut je MC. Ikutkan, pregnant kali ni, aku tak sempat pun nk ajar sape2 pasal kerja aku. Masing2 busy je. Aku dapat setelkan kerja aku pun da lega. Disebabkan ada benda yang tak selesai lagi, hari sabtu tu aku ajak myCinta pegi ofis ambil laptop dan buat sedikit kerja. Duduk dalam sejam kat ofis pun aku da rasa sakit perut. So aku ckp ngan myCinta untuk minggu depan(26-29 Jan) aku terpaksa mc dan ambil annual leave. Mujur la hari isnin tu cuti, jimat skit cuti aku. Bukan berkira cuti, tapi aku perlu standby cuti aku untuk selepas bersalin nanti..
Dah hari jumaat dah pun.. minggu depan tak tau lagi mcm mana.. Minggu ni dah 37 minggu.
Doctor kata 38 minggu, baby dah matang da boleh bersalin.. Jangkaannya dalam 2 Feb..
Masa 37 minggu boleh juga bersalin cuma paru2 dia belum kembang sepenuhnya.. Apa2 pun.. sekarang ni, dalam fasa monitor tanda2 bersalin juga la ni..
Semoga dipermudahkan segala urusan aku... harap2 la baby keluar cepat, xyah ibu amik mc dan annual leave lagi..
18 Jan yang lepas, checkup di PPUM. Dalam entry yang lepas, aku ada bgtau yang aku kene memilih antara bersalin normal dan operate kan? Sebenarnya.. dari awal kehamilan lagi doctor dah detect aku ada ovarian cyst. Nanti ada masa aku ceritakan kronologinya.. Pada mulanya masa doctor tanya apa decision kami, Aku masih tak dapat decide. Masa checkup bulan lepas, doctor da jelaskan risiko jika bersalin normal dan operate.
Jika bersalin normal: lepas bersalin, risiko cyst akan berpintal dan pecah tu ada. kebaikannya, doctor boleh buat ujian darah selepas 6 mggu bersalin. untuk pastikan yang cyst tersebut jenis apa. sama ada bahaya atau tidak, kawasan mana yang terlibat. kemungkinan utk cyst tu mengecut doctor tak boleh nak cakap sebab cyst ni disebabkan oleh hormon. kemungkinan boleh kecut kemungkinan tak. tapi macam kes aku size nya agak besar. jika org tak pregnant, mmg da lama kene buang.
Jika bersalin operate: Doctor keluarkan baby dan buang skali cyst tu.. tapi doctor tak boleh tau yang cyst tu merebak ke bahagian mana lagi.. nanti mungkin kene operate lagi.. huhu.. dan jika bersalin operate, pendarahan lebih banyak..
Doctor kata, disebabkan aku pernah operate sblm ni, risiko parut lama itu pecah tetap ada, tapi percentagenya rendah, xkira la bersalin normal atau operate.
Sebulan juga memikirkan perkara ini.. Doctor kata, apa2 pun bergantung kepada kedudukan baby. Kalau position baby ok untuk normal, boleh normal. dan kalau tak, kene operate la juga..
Aku sentiasa berdoa yang terbaik.. semoga diberikan yang terbaik utk aku.. sbb aku mmg tak tau nak pilih mana satu... Hingga tiba saat nak menyatakan keputusan pun, aku tak pasti.. sebelum tiba hari appointment, aku buat solat hajat.. aku serahkan segalanya pada Allah.. semoga diberikan doctor yang terbaik utk aku.. semoga diberikan jalan utk memilih...
Alhamdulillah... dari penjelasan doctor hari itu.. kami memilih untuk bersalin normal. Walaupun doctor berbangsa cina, tapi penjelasannya jelas. Dan dia kata, kalau awak boleh bersalin normal untuk apa awak operate.. kalau operate kali ke dua, automatic yang ke tiga nanti kene operate juga. Dia kata, semuanya bergantung pada ibu.. ibu kene kuat.. ya.. itu yang aku nak dulu.. cuba untuk bersalin normal. Lagipun dari laporan doctor masa bersalin aimy dulu, aku tak ada masalah untuk bersalin normal. Operate dulu sebab dah 39 minggu baby tak pusing lagi.
Keputusan telah dipilih..
Kami hanya berdoa semoga segalanya dipermudahkan dan semoga kami berdua selamat..
Aku tak tau bila aku akan menulis lagi.
Sebelum mengakhiri entry ini, aku mohon ampun dan maaf dari kawan2 semua andai ada salah dan silap aku pada kalian ye. Kalau ada entry atau komen yang mengguris hati.. aku minta maaf..
Doakan yang terbaik untuk aku dan baby...
Jumpa lagi dientry yang lain..
Wassalam..


4 comments
InshaAllah...moga dipermudahkan urusan,moga selamat kedua-duanya ibu dan baby.
ReplyDeleteCyst ni kalau besar mermabahaya juga,kalau kecil tu ok lagi, tapi ye la sebab pregnant mungkin bertambah bahaya, ye lah..tak tahu sgt pasal cyst ni,kakak k.lah pun penah operate buang cyst, kawan pula cystnya kecil dan boleh hilang sendiri pula...apapun moga dipermudahkan semuanya, moga apa yang dipilih adalah yg terbaik,lgpun dah buat solat hajat mohon petunjukkan, inshaAllah apa yg Allah berikan adalah yg terbaik.
Ya 38w dah boleh bersalin,cuma perlu alert dgn contraction yg berlaku, klu contractionnya kerap dah bole kehospital @ ada tanda2 yg turun.. Pecah ketuban@ keluar darah..
Eh pjg pulak komen, apapun moga semua selamat, 2 feb tu x lama dah tu
singgah pagi jenguk umah ira...take care dear
ReplyDeleteIra..sebak pulak akak baca. Ntah hapa2 lah kan..hehe
ReplyDeleteAkak doakan urusan ira berjalan lancar ya. Moga yg terbaik utk ira.
uishh ira ..seram plak akak baca.. semoga suma berjalan lancar ye
ReplyDelete