Rutin Baru...

Friday, April 22, 2016

Assalamualaikum kawan2..
Semoga kawan2 semua sihat & bahagia selalu..

Cepat betul masa berlalu..
Skg da pertengahan April..
Dah nak masuk ke minggu terakhir april da..
Da suku tahun pun kan?
Apa pencapaian kita? Huhu.. jwb dlm hati masing2 je la..

Hari ni minggu ke 2 aku bekerja dengan rutin baru..
Rutin baru aku berubah sejak ada puteri kedua ni..
Pagi bangun seawal 5 pagi.. xde la awal mana tu, ada org lg awal kan.. kdg2 terlajak juga ke 5.30..
Ngantuk.. hehe..
Bangun pagi tu, keje aku pam susu, lps tu siapkan bekalan susu utk dibawa ke rumah pengasuh dan cooler bag utk dibawa ke pejabat. Baju anak2 dan beg sekolah kakak aimy aku siapkan malam.
Iron baju myCinta iron malam. Kalau aku x sibuk or x terlalu mengantuk, aku iron la. Pernah sekali tu, baju x iron, beg2 semua x siapkan lagi, aku sensorang siapkan pagi2.. panggil2 myCinta x bangun2 juga.. apa lagi, tetiba je sedih, marah, merajuk semua ada.. bila dia bangun, aku diam je.. jwb pn sepatah je bila dia tnya. Huhu.. ye la.. bimbang lewat lagi.. kononnya nk awal sbb takut org blok kete.. kalau org blok, jd lmbt la nk mintak tlg org tolakkan kete tu.

Lps solat subuh, mandikan kakak aimy.. siapkan dia pakai baju sementara myCinta pegi beli sarapan. Kakak aimy sarapan, aku periksa pempers adik aisyah.. tukar pempers, susukan dia.. kdg2 dia tdo, kdg2 dia bangun awal.. ajak menyembang.. hehe..
7.20 baru keluar rumah.. aku htr adik ke rumah pengasuh, myCinta htr kakak ke tadika..

Disebabkan kes org blok kete hr kedua tu dgn brg bnyk nk dibimbit, myCinta tlg bwk handbag, cooler bag & botol air aku.. dan tggu dkt parking. Kalau ada org blok kete, dia tolakkan siap2 sementara aku htr adik ke rumah pengasuh.

Alhamdulillah, hampir 2 mggu melaluinya, semakin boleh adapt dgn rutin baru. Cuma yg x tahan bila balik lmbt. Minggu pertama tu kul 5.30 aku da cabut.. start mggu ke 2, xblh la.. keje bnyk.. nk pam susu utk sesi ptg pun x dpt.. aku risau lewat sgt ambik anak.. so pam kat rumah waktu mlm. Huhu..
Sementara tu myCinta masak utk mkn mlm. Kalau adik aisyah x tdo.. selamat la tak pam.. huhu.. kdg pam sambil enjut dia dlm buaian..

Kakak aimy pulak, bersuka ria x study n x buat keje sekolah.
Suka hati je ckp ibu dgn ayah x marah kalau x baca buku..
banyak cantik x marah.. xtau ibu ni risau psl dia..
Hrm.. dia jadi lemak berkrim mcm tu sejak cuti 2 bulan masa aku berpantang dulu la..
Kene tune balik budak ni.. Ibu kene jadi garang nampaknya ni.. hehehe..

Di pejabat, suasana baru.. pagi2 makan depan laptop..
Ok la.. tak sempat nk update banyak2..
1 entry berhari2 duk dlm draft.. haha..

Ok la..aku kene stop skg..
Selamat bercuti hujung minggu ye kawan2..

Note: sedang mengusahakan sesuatu, semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga ia adalah yang terbaik buat kami.. :)




You Might Also Like

5 comments

  1. Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, mg dipermudahkan semua urusan yer dear

    ReplyDelete
  2. assalam ira...apa khbr..
    maff lama x berkunjung balas ke sini..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan "sesuatu" tu k ira. Aamiin

    ReplyDelete
  4. moga dipermudahkan urusan dengan rutin yang baru ni dan moga dimudahkan dalam urusan mengusahakan sesuatu itu, inshaAllah moga ianya yang terbaik

    ReplyDelete
  5. Dah bermula rutin baru ya, Ira ^_^ Lama-lama nanti jadi biasalah dengan rutin tu. Saya ni pun set jam nak bangun pukul 5.30 pagi tapi selalu aje terlajak. Pagi tadi dekat 6.30 pagi baru tersedar! Itulah bahana bila jam berbunyi masih lagi nak landing-landing kononnya! Terus terlelap balik.

    Ada anak kecil ni penatlah sikit tapi takpa, berbaloi-baloi nikmat kemudiannya ~_^

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images