#throwback : mengabihkan citer raya..
Tuesday, August 02, 2016Assalamualaikum kawan2..
Semoga sihat & ceria selalu ye..
Mood raya lagi ke korang?
Aku dah xde mood raya da.. cuma bila ada jemputan open house atau jamuan raya opis, aku layan je.. lega bila jamuan raya kat opis da settle.. open house pun last smlm la kot bg yg buat hujung mggu.. kalau buat mlm..sampai ke hujung syawal la kot ye.. takpe la.. nk buat open house ustaz kata x semestinya bulan syawal.. bulan lain pun boleh..yg penting niat kita ikhlas kerana Allah swt nk berkongsi rezeki dgn kawan2 dan keluarga.. bagi pasangan yg ada plan nk kawen, elok kawen bulan syawal..sunnah nabi.. aku dgr kat radio ikim. Ustaz kata nabi muhammad s.a.w nikah dgn saidatina aisyah r.a dlm bln syawal.. wallahualam..
Ok la.. berbalik pada cerita raya aku yg x abis tu kan... disebabkan myCinta da sound, citer raya x abis lagi.. haha..tu maknanya dia alert la kan.. maknanya bini dia ni sibuk kerja.. sibuk dgn anak2 kat rumah, hinggakan tak dan nk mengabihkan citer raya 2016.. 😂😂
Mana nk start flashback pn taktau la.. kita flashback ikut gambar la ye.. 😊😊 sila la baca jika masih rajin..
Settle diseberang temerloh.. kami ke paya luas.. sedara sebelah abah mertua.. disebabkan hari da petang, sempat beraya 2 rumah je.. rumah pertama dipaya luas, blh kata tiap tahun kami pegi. Kami tumpang solat dan mandikan anak2.. haha.. abah mertua ckp, takpe, bkn rumah org lain.. sedara.. usai solat, sepupu abg tnya aku nk mkn nasi ke tak? Aku ni pantang dipelawa bab makan.. terus je boleh la.. isi sikit.. sekali menyesal mtk nasi sikit.. 😆😆 ada patin masak tempoyak.. sedap giler.. "rugi la org x makan patin tu.." ⬅*ayat ini ditujukan kpd myCinta*
Lps embong aka kakak abah mertua dtg.. x lama lps tu kami pun beransur la.. abah mertua nk g rumah ayah angkatnya.. dkt rumah ni kami buat mcm rumah sendiri je sbb nye anak tuan rumah xde time tu.. pepandai la melayan diri dgn izin tuan rumah.. lps maghrib tu, gerak balik.. seharian berjalan. Kepenatan semuanya..
************ sambung citer **********
Raya ke 3, sambung beraya di paya luas. Gerak lps solat jumaat.. rumah embong limah destinasi pertama.. hihi.. punya la mencari.. padahal kami dah lalu da depan umh dia, tp sbb xpenah pegi kan.. x jmpa.. embong kata rumahnya dkt dgn kubur.. kami da sampai kubur, tp x jmpa pun rumah embong.. masa patah balik tu.. ternampak banner besar, lemang embong limah..siap ada gmbr embong lagi tu.. hahaha.. tu la kan.. blh x perasan.. 😄😄.. lama jgk kat rumah embong.. siap makan sembang2..embong ajak pegi rumah adik dia.. makan lagi..minum lagi.. da org hidangkan.. kita makan la.. lps tu pegi rumah kawan abah mertua.. embong tunjukkan jalan.. siap mandi bagai anak2 aku kat rumah ank kpd kwn abah mertua, alang2 nk tumpang solat kan.. last kami pegi rumah anak sedara abah, tp diaorg rapat mcm best friend.. lama jgk la kami kat situ.. pak cik tu mmg cari abah selama ni.. akhirnya jmpa.. seronok juga dgr citer pak cik tu..nama dia aku lupa la.. org peramah kan.. polis lak tu.. boleh kata sebut nama tempat, ada saja cerita dan org2 yg dikenali.. 😎
Lps solat maghrib, kami gerak balik.. hehe.. tu je citer raya tahun ni.. 😁😁 penat ke baca???😹😹
Jmpa lg dilain entry..
Wassalam..





2 comments
Kalau pergi rumah Embong tu mesti dapat makan lemang ^_^ Macamana tak jumpa rumah Embong kalau dah siap-siap banner lagi ... Ni mesti kenyang makan masing-masing di rumah yang sebelum-sebelum tu ^_^
ReplyDeleteSaya pun cerita raya berpart-part walaupun keluarnya dekat-dekat nak penghujung Syawal. Hari ni last Syawal, esok patutnya dah back to normallah masing-masing!
Tahun ni tak dapat nak join sangat jalan2 raya..hehehe. ramai lagi sedara mara yang tak dikenali dan tak pernah jumpa.
ReplyDelete