Selamanya cinta.. 💑💑
Monday, November 21, 2016Assalamualaikum kawan2..
Semoga sihat & gembira selalu..
Alhamdulillah.. semalam genap usia perkahwinan kami 6 tahun.. tp myCinta cinta ckp yg ke 7,8,9,10..
Campur bercinta skali katanya.. hehe..
Apa pun angkanya.. masih jauh lg perjalanan kami..
Banyak lagi erti kehidupan, pengorbanan yg kami perlu pelajari.. banyak lagi ilmu rumahtangga yg perlu digali untuk bahagia selamanya..
Alhamdulillah.. tahun ini kami dikurniakan ahli baru yg comel, indah dan sempurna dimata kami..
Dikurniakan 2 cahaya mata perempuan yg comel.. cukup membuatkan kami rasa bahagia.. walaupun adakalanya bikin huru hara.. haha..
Semoga diberi kekuatan, kesediaan ilmu dlm mendidik dua amanah Allah ini supaya menjadi muslimah solehah yg cemerlang didunia & akhirat..
Anniversary tahun ni, bwk anak2 pegi jalan ke melaka.. tak sempat lagi nk menulis entrynya..
Nanti ye aku cerita..
Buat myCinta..
Terima kasih sbb sudi terima ayg seadanya..
Terima kasih sbb sudi layan semua kerenah ayg..
Walaupun da buat macam2 tp ada je ayg x puas hati.. terima kasih sbb sabar dgn ayg..
Terima kasih sbb mendahulukan ayg dlm bab makan.. 😝😝
Terima kasih sbb masakkan utk ayg, sidai baju, basuh baju, kemas rumah.. 😆😆
Hihihi.. tau dek mak dia ni, naya aku.. dera ank dia ye..
Sila jgn kecam saya..
saya bukan queen control..👸👸😅😅
Suami saya mencontohi idolanya..Rasulullah s.a.w..
Dia bukan takut bini.. dia syg isteri dia.. hehe..
Terlalu bnyk yg dia buat utk aku nk compare dgn apa yg aku buat..
Semoga Allah membalas segala kebaikan yg dibuat utk isteri, ank2 dan keluarga.. dgn balasan pahala & syurga.. semoga menjadi suami yg soleh.. semoga aku juga menjadi isteri solehah buat dia, dan ibu mithali utk ank2.. aamiin..
Semoga ikatan ini kekal selamanya hingga ke dalam syurga..
"Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta"


5 comments
Barokallahumma.. Tahniah dari kakak.
ReplyDeleteSemoga terus mendapat limpahan rahmat dan kebahagiaan hingga ke syurga abadi.
Alhamdulillah atas kurniaan nikmat. Semoga rumahtangga puan dan suami dilipahi kasih sayang dan anak anak yang soleh dan solehah.
ReplyDeleteYang akan mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya semasa kita hidup & selepas tiada. Amin
So sweet Ira dan suami.. HAPPY ANNIVERSARY Ira & suami..moga perkhawinan kekal hingga ke syurga ya.. Alhamdulillah bila dpt suami yg menyayangi dan terima kita seadanya.. tolong menolong dlm segala hal... tahniah Ira dah masuk 6 tahun :)
ReplyDeleteSinggah petang Khamis lawat Ira :)
DeleteTahniah Ira. Happy Anniversary buat Ira dan suami. Moga kekal bahagia hingga ke jannah. Angka tak menjamin kebahagiaan sesebuah perkahwinan.... yg penting saling bertolak ansur dan memahami... Chewahhhh
ReplyDelete