Semoga damai kalian di sana...
Wednesday, December 21, 2016Assalamualaikum kawan2..
Semoga sihat, ceria dan gembira bersama keluarga..
Jika ada yg terbaca berita kemalangan di slim river semalam, pasangan suami isteri itu adalah sahabat aku.. Suaminya adalah rakan tika di mrsm muar, di UMP dan juga di pos malaysia.. Walaupun kami tak akrab, tapi berita ini cukup terkesan buat aku..
Selalu baca berita kemalangan ngeri ni tentang org yg aku x kenal.. Kali ni kawan sendiri.. Allah.. Terkedu.. Masa dpt berita ni, kwn share dkt group reunion.. Dia pun x pasti, so dia tnya dkt group.. Ye ke berita ni? Nama sama, nama wife pun sama..
Dalam kami berteka teki... Betul ke tak.. Tiba2.. Ridzuan rajak is typing.. Kakak ipar isteri ridzuan yg wassap dan mengesahkan bahawa wan & intan dah tak ada.. Allah... 😢😢 menurut beliau lagi, anak2 arwah selamat..
Alhamdulillah.. Urusan pengkebumian selesai tghari tadi.. Jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad.
Menurut sumber, ank sulung arwah koma, ank kedua & bongsu, sorang patah kaki, sorang patah peha.. Tak dapat bayang anak2 tu.. Ank kecil jika sakit, ayah dan ibu yg dicari..
Malam tadi, masa aku baca yaasin, ank aku yg kecik menangis.. Selagi xdpt ibu, nangis sedih benar suaranya.. Adik ni kalau dia da tdo, tiba2 terjaga, dia akan cari aku.. Bukan nk susu pun, ibu peluk dan pegang kepala dia pun dah tertidur semula..
Macam mana la ank2 arwah tanpa mama mereka..
Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan, semoga keluarga arwah juga tabah dan redha dgn kehilangan ini..
Semoga anak2 yatim piatu ni dipelihara dan dilindungi Allah sentiasa..
Al fatihah buat sahabat..
Arwah Ridzuan Abdul Rajak & Intan Maizura..
Semoga roh kalian ditempatkan dikalangan org2 yg beramal soleh, semoga diampun segala dosa2 yg telah lalu..
Aamiin..



5 comments
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga tergolong dalam kalangan orang beriman. ELok amalkan surah Al Mulk setiap malam untuk selamat di dalam kubur
ReplyDeleteInnalillahi wa inna ilaihi rajiun.
ReplyDeleteTakziah buat keluarga mangsa..
Innalillahiwainnailahirojiun...moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman & beramal soleh
ReplyDeleteAjal tu ketentuan Allah, tiada siapa yg tahu huhu....Sedihnya Ira.
ReplyDeleteLebih lagi tengok anak anak yg ditinggalkan. Ujian bagi keluarga yg tinggal.
Innalillahi wa inna ilaihirojiun... semoga keduanya diampunkan dosa-dosa mereka oleh Allah... 😢
ReplyDelete