#throwback: pertandingan bercerita..

Thursday, December 15, 2016

Assalamualaikum kawan2..

Semoga sihat dan gembira selalu..
Sebelum berakhir 2016, kengkonon nak marathon update cerita2 yg tertangguh.. Hehe.. Tak tau la abis ke tak..

Sekadar utk diabadikan sebagai kenangan..
Hari ni nk citer pasal si kakak..
Pada 4 september 2016, kakak menyertai pertandingan bercerita mewakili pasti kawasan kelana jaya di peringkat negeri selangor..

Bunyi mcm hebat je kan😁😁..
Sebenarnya, pasti nurhidayah tempat kakak belajar baru pertama kali hantar penyertaan..
Sepatutnya pd 14 ogos kalau x silap aku, ada pertandingan peringkat kelana jaya..
Masa tu suntuk sgt.. Aimy x berapa hafal ceritanya..
Aku tawakkal je la dia masuk bertanding.. Tetiba cikgu kata cancel peringkat kelana jaya sbb 2 pasti je yg htr penyertaan. Cikgu kata akan ada pemilihan antara 2 pasti ni.. Alhamdulillah, aimy terpilih utk wakil kelana jaya.. Dlm masa 2 mggu tu, hari2 la dia praktis.. Nk bg hafal cerita dgn gayanya skali..
Dekat sekolah praktis, kat umh pun praktis.. Balik kg pun kene praktis..

Cerita yg aimy bawa adalah unta betina nabi saleh..
So tema ala2 arab la.. Ada unta.. Haha..
Beberapa hari sebelum bertanding, ibu dia ni gigih la meng'google' tema arab.. Sib baik baju raya dia kami beli jubah, pakai je la jubah tu walaupun kaler bukan hitam.. Nk bg nmpk ala2 arab, kami cari la aksesori.. Nk pinjam sepupu pnya, dia xde rumah..
So kami pegi la kedai serbaneka.. MyCinta bg idea.. Renda manik2 berjuntai tu letak kat cekak.. So dia pakai je cekak tu.. Hehehe.. Brilliant jgk idea tu..
Balik rumah gigih la si ibu menjahit renda kat cekak.. Lps tu beli manik2 warna silver, jahit kat jubah.. Siap ala arab yg x berapa nk arabnya..

Pada hari pertandingan, aimy pegi dgn cikgunya naik bas. Kami follow dgn kereta. Mujur la pertandingan dgn sek agama hulu bernam, dekat dgn kg aku.. Sampai kat sek tu, pertandingan da mula.. Bnyk sgt pertandingan, so diaorg buat ikut kelas. Naik ke kelas tmpt aimy bertanding, da ramai ibu bapa dlm kelas tu. Cikgu aimy bg aku duduk sbb aku dukung aisyah. Dpt la tgk bdk2 tu bercerita..
Aimy peserta ke 3. Berdebar2 aku bila turn dia..
Alhamdulillah.. Aimy dpt bercerita dgn baik wp ada lupa skit, cikgu dia buat gaya kat blkg, so dia blh igt balik part yg lupa tu.. Tp ramai budak lain yg hebat2.. Bercerita siap berpantun dan bernyanyi..
Mmg payah la nk menang.. Diaorg da bnyk kali bertanding kot.. Sek aimy baru 1st time..

Kami tak tunggu sampai abis. Dlm pukul 1 tu, kami balik.. Cikgu ckp diaorg umum no 1-3 je, so tak tau la aimy no berapa.. Tak pe la, bkn kemenangan yg kita kejar, tp keyakinan kakak bercerita dpn org ramai tu yg penting.. Kalau ibu mesti da bergetar lutut.. Ckp pun ketar2.. Haha.. Tahniah anak ibu..

Walaupun ada yg pertikaikan knp aimy terpilih, knp cikgu x ckp ada pertandingan.. Tp bagi aku cikgu dah pilih tu, mesti ada sebab.. Cikgu lebih tau knp dia pilih aimy..

Ok la.. Itu je kisah kakak aimy..
Ada masa citer lagi..



You Might Also Like

3 comments

  1. Betul utk anak-anak seusia Aimy yg penting bukan menang tapi pendedahan kepada pertandingan dan sahsiah diri. Penampilan diri tidak kurang kekuatan mental dan kendiri. Berani naik stage tu dah terbaik kan..

    Tahniah buat Aimy. Jgn risau sayang. Perjalanan masih panjang lagi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tahniah kakak, moga terus berjaya ye

    ReplyDelete
  3. Tahniah Aimy....setuju sangat Ira, kalah menang, belakang cerita yg penting nak membina keyakinan dalam diri anak anak tu. Bukan mudah tau.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images