First time berkonvoi... 🚗🚗

Monday, March 13, 2017

Assalamualaikum kawan2..
Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat Allah s.w.t

Alhamdulillah.. Hari ni(isnin 6 mac 2017) mula bekerja semula lps cuti 3 hari.. Hehe.. Hari jumaat lepas kami cuti, kakak aimy pun kami cutikan skali.. Da lama tak balik kg en suami.. Last balik 21hb jan yg lepas. So minggu ni baru balik lagi skali. Rindu masakan mak mertua.. Makan bertambah je tiap kali balik kg. Kat rumah tambah jgk, tp kat kg selera lain macam. Hehe.. Siap mak mertua pun perasan yg aku x puas makan sbb si aisyah merengek.. Terpaksa redha je la.. Padahal ibu dia ni nk menambah lagi..

Kami balik khamis malam(2 mac 2017) seperti kebiasaan.. Bila balik malam sejuk skit, lps tu anak2 tdo, takde la stress sgt dgn kerenah diaorg. Si kecik tu da pandai tak duduk diam. Siap duduk dekat kaki. Tekan2 segala button yg ada. Kalau tgh bf, kaki bkn main lagi dkt button air cond. Letak dlm car seat menjerit mcm kena dera. Yg aku risau, dia keluar sendiri dr car seat tu.. 😧😧 kalau balik malam, biasanya sampai dkt2 pkl 12 mlm. Biasanya terus tido je. Tp kali ni si kecik ni bangun pulak.. Segar matanya.. Berjalan2 dan sembang2 dgn wan dia.. Sibuk dia main dgn kucing. So dkt pkl 1 jgk la kami tidur mlm tu.

Hari jumaat(3 mac 2017) tu, tak pegi mana. Plan nk shopping brg2 utk dibawa ke rumah anak yatim je. So kami pegi lepas solat jumaat. Hujan pulak petang tu. Mujur masa sampai tu tak hujan. Excited shopping.. Rasa nk beli mcm2.. Tp terpaksa tahan sbb bajet.. Lain kali ada rezeki shopping lagi.. Lps shopping keperluan harian, kami ke Mr. DIY.. Hajatnya nk cari bola atau raket dgn scrabble.. Tapi lain yg dibeli. Ye la.. Harganya melebihi bajet. Ingatkan ada la raket mcm zaman aku kecik2 dulu. Tapi tak pe la.. Next time ada rezeki, inshaaAllah..

Hari Sabtu(4 mac 2017) yg dinanti2kan..
Pada asalnya, aku mcm malas la nk join, da la x kenal. En suami forward tentatif program.. Fikir2 lagi.. Bagus jugak kalau join ni.. Aktivitinya mandi manda di kubang gajah, melawat rumah ank yatim & bowling. Terus tnya en suami, nk apply cuti ke? Nnt skejap je balik kg. Ye la kan, aktiviti tu 1 hari penuh, skejap je la duduk kg. So kami decide apply cuti jumaat. So pagi sabtu tu, en suami request mak mertua buatkan nasi lemak mcm yg adik ipar jual. Pepagi tu, diaorg membungkus nasi lemak. Aku tolong makan je..😄😄

Pukul 10 lebih baru bersiap masukkan brg2 dlm kotak. Adik2 ipar tambah sumbangan. Alhamdulillah.. Rezeki anak2 di rumah ank yatim..
Dlm pukul 10.30 baru bergerak. Org jauh da sampai kubang gajah da. Kami org terakhir sampai. Masuk kubang gajah, tgk mereka da berkumpul & bersarapan. Alamak.. Segannya sbb tak kenal. 1st time kami join group ni.. Group G.A.B. Pahang Crew. Hehe.. Group apa tu? Group kete..😁😁 org lain dtg konvoi, kami tak. Lps makan sikit, bwk anak2 mandi.. Puas la budak2 ni mandi. Tak ramai org pun kat kubang gajah tu.. Tempatnya da ada mcm2 kemudahan. Kami tak sewa pondok pun, duduk je mana2 meja. Seronok kakak aimy dgn si adik aisyah mandi kolam. Dlm pukul 1 tu kami bersiap2 utk ke rumah anak yatim. Sebelum tu owner2 kete biru ni bergambar dulu.

Seronok sgt anak2 dpt mandi kolam..
Terbayang kalau anak2 yatim tu dpt mandi kolam mcm ni, mesti mereka seronok. Sesekali menggembirakan org lain apa salahnya kan?

Lps bergambar, mula bergerak menuju ke rumah anak yatim. Memula dlm tentatif katanya rumah ank yatim tanjung lalang.. Skali bukan kat situ.. Dekat kg padang lalang, paya pulai. Jauh juga ke dalam. Lebih krg jam 3pm, kami sampai. Lambat sikit sbb menunggu krew yg belum beli brg2 utk disumbangkan kpd anak2 yatim. Setibanya kami dirumah anak yatim tu, anak2 semua dah ready duduk diam2 baik je.. Anak2 lelaki je yg ada.. Semua yg terlibat dgn persembahan, x sampai 20 org pun. Diaorg buat persembahan 2 lagu nasyid. Siap dgn alat muzik lagi.. Abis persembahan, kami diberi taklimat berkenaan rumah anak yatim ni oleh penolong pengurusnya, puan khaulah. Sebenarnya bukan rumah anak yatim pun. Namanya Rumah Curahan Kasih Sayang Ikhwan(RACKSI). Anak2 ni bukan semuanya anak2 yatim, ada anak asnaf zakat, anak2 yg dibuang, ada anak2 yg sukar dibentuk oleh mak ayah.

Anak2 buat persembahan..

Rumah Curahan Kasih Sayang Ikhwan


Melihat wajah ank2 ini.. Sayu rasa hati. Tu baru sebahagian kecil. Ank2 perempuan dekat tempat lain. Umur anak2 ni antara 4-22 tahun. Yg besar tu jd sukarelawan kat situ. Asalnya mmg diaorg membesar si rumah itu. Anak2 ni kalau da 18 tahun dan cemerlang dlm pelajaran, mereka dihantar sambung belajar di mesir. Bantuan yg diberi, jika ada lebihan, akan diposkan kpd anak2 yg di mesir. Melihat kepada anak2 ni, kalau dpt permainan mesti diaorg seronok. Ye la kan, nama pun budak2..mmg sinonim dgn permainan. En suami ckp, sedih tgk kasut sekolah diaorg. Aku x perasan la pulak. X tergerak hati pulak nk tgk kasut diaorg yg dijemur di pagar rumah tu. Erm.. Semoga dimurahkan rezeki anak2 ini..

Jam hampir pukul 4, kami gerak ke star mall. Ada games bowling. Ada juga yg tak turut serta. Kami join bowling, tp aku tak main pun. En suami je. Masa main bowling la baru beramah mesra dgn ahli lain.. Aku pemalu orgnya. Kalau org ajak sembang, aku sembang la. Aku jenis x pandai bercerita.. 😂😂
Nk tanya soalan pun berfikir2.. Kang salah tanya kang, sentap plak org.. Huhu.. Tp diaorg semua ok.. Ramah2.. Wp baru 1st time jumpa.

Masa diaorg main bowling, aku sibuk jaga anak.. Asik merayap je si kecik yg baru dpt kaki tu.. Tak takut org pun.. Asal ibu ada kat situ, dia ok je. Siapa ambik dia pun, dia tak kisah. Sibuk nk pegi dkt bola2 bowling tu, risau aku kene bola bowling tu nnt. Letih jgk berkawal hari tu. Selesai main bowling, diaorg ajak makan dkt kedai nasi ayam penyet. Lps makan baru la bertolak balik ke rumah masing2.
MyCinta dpt no 2


Adik ada gaya atlit la.. 

Hari ahad mendobi, sidai dan lipat kain. Lps asar baru gerak balik rumah kami. Jalan agak jam.. So sampai rumah dlm pkl 9 lebih. Makan mlm mujur da siap2 tapau.. Mak mertua siap masak lagi sblm kami balik.. Syg mak.. 😘😘😘😍😍 mkn da lewat pun berselera lagi.. Hihi.. Naik la berat aku nmpknya ni..

Ok la.. Itu je kisah cuti2 balik kg kali ni.
Lama betul nk update.. Citer minggu lepas ni.. Haha.. Citer minggu ni, tggu mggu depan ye..


You Might Also Like

2 comments

  1. Assalam
    Bestnya buat aktiviti gini

    Panas panas gini mmg sejuk beredam, kan!
    Ppstt: tu lah. Mmg mncabar jiwa raga diusia anak time nih. Pertama kali jd ummi kn. Byk lagi kena belajar.

    ReplyDelete
  2. Seronok kalau dapat join aktiviti macam ni, lain kali kalau ada lagi boleh la inform awal, mana tahu ada nak bagi sumbangan juga nanti

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images