Alhamdulillah.. Selesai sudah..
Wednesday, April 05, 2017Assalamualaikum kawan2..
Semoga kawan2 semua sihat, ceria dan sentiasa dirahmati Allah..
Alhamdulillah.. Syukur, hujung minggu lepas selesai la sudah kursus haji mak. Walaupun ada 1 or 2 sesi mak tak pegi, dapat jugak habiskan. Mulanya mak kata tak payah la pegi.. Sbb takde sape dapat hantar. Lps tu aku cakap, aku balik hr jumaat malam. Kebetulan en suami tak kerja hari sabtu dan ahad. Setelah mendapat persetujuan dia, baru bgtau kat mak.
Hari sabtu tu kami gerak awal. Tapi ramai yg dtg lebih awal. Nampak replika kaabah, 3 jamrah, tiang tanda safa dan marwah.. Lepas ustaz bagi taklimat, amalinya pun bermula. Mula dgn tawaf.. Lepas tu saie dan seterusnya melontar.. Memula mcm nk join je diaorg buat, lps tu tak jadi la.. Dgn budak2 ni, kang lain pulak jadinya.
Selesai amali, ada sesi soal jawab. Aku tggu dlm kereta je sbb aisyah tdo. Bila da habis taklimat, aku nampak abah da keluar, dia macam tercari2.. Huhu.. Aku suruh en suami tgkkan abah.. Tak lama lps tu kami pun keluar dr kereta. Si kakak nk g toilet. Nmpk mak tgh cari sijil.. Abah punya en suami dah ambikkan.. Lps bwk kakak g toilet, aku tlg carikan utk mak. Mmg payah nk cari sbb masing2 nk cari sijil masing2. Cuma sijil tersebut dah diasingkan ikut abjad, senang skit la. Aku cari huruf s, masa bdk tu dok selak2, aku nmpk nama mak. Cepat2 tahan bdk tu dr terus menyelak. Ikutkan mak da xnk amik, mak kata xyah la sijil. Lps tu dia fikir balik, org tu da penat2 buat, kalau x ambik org tu nk buat apa pulak. Hehe.. Mak..mak..
Mak da siap makan, so tggu abah makan je la. Dr jauh nmpk en suami tgh bawa abah ambil makanan, cari tempat duduk dan makan. Dia tggu sampai abah siap makan. Terharu.Terima kasih abang.. 😍
Kami tggu kat kereta sbb panas. Apa yg aku dan mak risaukan adalah abah.. Mcm mana nnt bila dlm keadaan ramai2 tu. Abah xblh sendiri. Abah skg mudah lupa dan penglihatan pun kurang jelas..
Dari masjid, kami terus ke nagoya rawang. Huhu.. Jalan jem hari tu.. Hujan renyai2.. Kami just cari kain pasang utk opah dan bucu je. Mak ckp mak punya x payah, kalau nk cari lg sepasang pun, cari baju siap je. Kain pasang utk mertua pun, en suami kata tak payah, beli dah siap je.. Aku hanya turutkan saja. Hajat dihati nak cari kain pasang utk pengasuh.. Tapi mcm xdpt good response dr en suami, so lupakan je la..
Aku ni dlm kepala mcm2 benda nk buat.. Berangan nk jahit langsir la.. Jahit baju la.. Nk bersihkan rumah la.. Korang mcm tu ke? Ke aku ni je kuat berangan, tapi keje tak jalan.. Haha.. Kalau boleh aku nk settlekan sebelum ramadhan.. Aku malas sbnrnya nk shopping bln2 puasa nnt. Sbb bkn blh settle sehari dua.. 2 mggu sblm raya tu mesti sibuk mencari baju raya.. Dkt hujung2 puasa tu lagi la.. Org lg rajin ke masjid, kami mencari baju raya.. Ni da berempat, lagi la.. Seboleh2nya tahun ni xnak sibuk hal raya.. Tak tau la tercapai ke tak niat suci murni aku ni.. Kita tgk je la nnt ye.. Da makin berusia ni, kalau blh nk la menambah amalan yg seciput ni.. Ye la kan, utk diri sendiri jgk.. Ank2, pasangan, family & kawan2 doakan kita jgk, tp banyak mana la kan.. Dkt akhirat nnt amalan kita la yg tlg kita.. Masing2 nk selamatkan diri masing2..
Panjang pulak aku membebel.. Da nak sampai stesen.. Nnt ada masa aku update lagi..
![]() |
| Mak abah tgh buat amali haji |
![]() |
| Gelagat anak2.. |




5 comments
Alhamdulillah..lega bila dah selesai semuanya kan, moga2 ada rezeki untuk mak ayah ira pergi haji dalam waktu terdekat.
ReplyDeleterasanya semua orang pun berangan nak buat macam2 tapi kadang2 tak terbuat hehehe... bagus sebenarnya buat persiapan awal2 ni hujung2 xde kalut dah kan. apa tema raya tahun ni? hehehe, apapun semoga apa yang dirancang dan semua persiapan berjalan dengan lancar hendaknya
Alhamdulillah..lega..
DeleteAaminn Ya Allah.. InshaaAllah mudah2an..terima kasih kak lah atas doanya.
Itu la, kalau boleh semua benda nk buat sendiri.. Hehehe..tapi x terbuat. Tema.. Kaler ulang kaler 2 thn lps.. Tapi tahun ni sedondon la 3 beranak, kalau siap bajunya.. Haha..
Oh, ibubapa Ira nak pergi menunaikan haji tahun ni ke? InsyaAllah semuanya berjalan lancar. Mak saya dulu, takut betul naik lif, eskalator bagai. Kalau jumpa satu, berebut bukan main, habis semua orang ditolaknya dek kerana takut. Tapi bila first time naik kapalterbang pergi haji, hilang semua rasa takutnya. Lif ke, eskalator ke, kapal terbang ke, sendirian ke, semua pun dia dah tak hairan. Yang peliknya balik semula ke Malaysia, kisah takutnya bermula kembali ^_^
ReplyDeleteBetul tu, Ira. Usia dah meningkat ni kena kurangkan amalan dunia, amalan yang di sana tu kena kejar dulu. Yalah, nama pun dah berusiakan. Bab raya ni, saya dah lama juga tak rasa teruja. Kalau buat persediaan pun demi anak-anak. Pun anak-anak tak berapa hairanlah dengan hari raya sebab pada mereka hari raya cuma balik kampung dan kumpul duit. Duit pun mereka tak pernah nampak sebab tak pernah sampai ke tangan, terus masuk bank ^_^
Belum dapat panggilan lagi MD.. Tgh menunggu, tapi dah buat rayuan..
DeleteHehe.. Abah ira pun takut naik lift, tapi kalau dgn kitaorg semua, mmg dia terpaksa ikut je la. Dulu2 dia sanggup naik tangga dr naik lift. Hehe...
Suami cakap ( entah mana dia baca ) sesiapa yg nak pergi haji memang kena ada sijil Ira. So dah penat penat gi kursus haji tak ambik sijil mmg rugilah.
ReplyDeleteSeeloknya mmg macam tu kan. Settlekan persiapan Raya tu sebelum Ramadhan, so tak delah susah susah nak soping lagi time puasa tu tp tulah....selagi tak dekat nak Raya mcm tak de feel lak nak menyoping haha...