Ceritaku cuti 3 hari lepas.
Tuesday, May 02, 2017Assalamualaikum kawan² semua..
Semoga sihat dan ceria selalu..
Semoga bersemangat bekerja hari ni..
Syoknye cuti 3 hari.. Mesti minggu ni terasa pantas berlalu.. Da 2 mggu cuti hr isnin kan..
Hujung minggu yg lalu.. Ada la aktiviti..
Sabtu my en suami kerja, so 3 beranak duduk rumah je. Biasa la buat kerja2 rumah.. Hari sabtu masak kari daging dan goreng kacang buncis dgn kicap. Masak yg simple2 je. Petang lps my en suami balik keje, dia ajak kami membeli brg dapur.. Da lama rasanya tak ke mydin.. Haha.. Pergi mydin je pun..
Hari Ahad my en suami keje lagi. So kami bertiga je la kat rumah.. My en suami cakap, hr ni ada kenduri, tak payah la masak. Tapi utk sarapan pagi kena la masak sbb dia x beli breakfast. Masak nasi goreng je dgn macaroni goreng. Nasi sikit sgt, tu yg masak macaroni tu. Masak sambil melayan si aisyah.. Punya la tak nak letak. Masa letak dia, terletak sekali periku nasi sejuk depan dia, bila toleh belakang tgk dia tgh makan nasi sejuk yg melekat dkt senduk & periuk.. Tak sempat nk ambik gmbr.. Sian sgt nampaknya dia.. Hehe.. Aisyah tak berapa sihat, tu yg meragam je tu.. Si kakak plak, xnak makan.. Bila aku nk rehat sbb mata nk tutup je akibat makan ubat, dia sibuk la tnya.. Ibu takde nak masak ke? 😤😤 huhu.. Aku da masak, dia xnk makan, lps tu blh tanya ibu takde nak masak ke? Aku cakap, tak masak, jap lagi nk pegi kenduri.
Pukul 1 lebih kami 3 beranak turun pegi kenduri. Huhu.. Xde geng.. Siap makan, jumpa tuan rumah, terus naik.. Tak janji dgn sape2 pun, tu yg xde geng..
Aku suka pegi awal, sbb nnt lmbt2 aku jd malas nk pegi.. Hehhe.. Sementara menunggu my en suami balik, aku berkemas. Kemas baju yg nk bwk balik kg. Sambil2 tu melayan anak2. Macam2 akal diaorg ni. Adik la paling hebat sekali, memanjat je kejenya. Dia bwk bangku kakak ke pintu depan, dia terbalikkan dan masuk dalam tu. Lps tu jerit2 xleh keluar. Bila aku snap pic dia, boleh plak dia keluar. Gigih keluarkan diri sbb nk tgk gmbr dia yg aku ambil. Aku share gmbr dia dgn adik aku, terus adik aku buat video call. Haha.. Terkejut diaorg tgk muka si aisyah yg comot dgn coklat. Settle video call, siapkan anak2. Lps en suami balik, siap2 gerak balik kg.
Kebetulan, adik aku pun ada balik kg.. So dpt la jmpa anak buah aku. Seronok la budak2 ni, ada kawan. Arif(ank buah aku) seronok juga sbb ada kawan. Bkn main lmbt tidur sbb nak main.. Riuh la umah mak dgn cucu 3 org. Tu belum campur yg lg 2 org. Lagi la karam rumah dibuatnya.. Mak abah pun nmpk seronok dgn keletah cucu2.. Sambil2 tu dia cerita pasal cucu yg lg 2 org tu.. Secara tak langsung, kitaorg dpt la update psl anak2 buah yg lain.
Hari isnin, mcm biasa bwk mak g kedai beli lauk. Lps tu tlg mak masak.. Sedapnya la mak masak. Walaupun tgh makan tu dok teringat berat da 59kg, tapi hati tu tetap jgk nak menambah. So makan bertambah la jugak.. Mak masak biasa2 je pun sedap. Air tangan mak kan.. Bila la nk kurus ni. Haha..
Kami balik dlm kul 4 ptg.. Sampai rumah awal skit la.. Sebelum tu my en suami singgah dulu dekat happy home. Beli brg skit, lps tu makan roti nan cheese dgn ayam tandoori.. Teringin nak makan.. Berkira2 lagi berat 59kg tu.. Tp bedal jugak.. Ish..ish..ish..
![]() |
| Lepas balik kenduri, abis melekit-lekit rumah dibuatnya. |
![]() |
| Aktiviti si aisyah |
![]() |
| Minum petang |
Train delay pulak hari ni.. Lenguh da kaki aku berdiri. Ok la.. Itu je cerita minggu ni..
Ada masa aku bercerita lagi..
Wassalam..





2 comments
Saya pun tak ke mana cuti panjang baru ni padahal siap bercuti tu hari Jumaat. Tapi eh, Jumaat tu pergi mengukur jalan. Puaslah melenjan kat shopping mall time orang kerja. Seronok! Rasa nak buat lagi tapi cuti dah nak habis!
ReplyDeleteTak bestkan Ira bila En laki keje. Kena duk rumah je hihi...
ReplyDeleteTapi kalau keje dapat cuti panjang sikit mmg syok betul. Dapat rehat!