Kejadian semalam..

Tuesday, June 06, 2017

Assalamualaikum kawan2 semua...
Selamat berpuasa..
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan, diberi keampunan dan rahmat dalam bulan Ramadhan yg mulia ini..

Semalam... Selepas hantar anak2 ke rumah pengasuh, tiba2 aku rasa sakit perut.. Memulas2.. Da sampai kat kereta, nk teruskan atau naik rumah.. Naik ke rumah la.. Lain mcm je sakitnya..

Sampai rumah terus membuang.. Selesai membuang, tgk jam da pukul 8 lebih, confirm lmbt ni.. Dalam hati ada gak la fikir2 nk MC. Tapi hari ni ada deployment. Huhu.. Masih memberi peluang kepada perut.  Kalau memulas n membuang lagi, terus g klinik.. Sambil2 tu bersiap2 utk ke ofis.. Naik kereta ok lg.. Sampai stesen komuter pun ok lagi..
Kebetulan dlm radio ustaz cakap, tak baik menipu.. Aku x dgr sgt isi tazkirah ustaz tu, yg aku dgr tu je la.. Terdetik dlm hati, da la puasa, kalau MC ckp cirit birit, padahal tak pun.. Kan ke menipu tu.. Sedang dok berfikir macam2.. Tiba2 ketapi sampai.. Dan masa tu aku tengah reverse. Alamak..train da sampai.. Telinga tu dgr reverse sensor da bunyi, tapi ingat jauh lg, x perasan ada tiang lampu.. Then..gedegang.. Alamak😱😱😱

Siap parking, keluar g tgk belakang kereta.. Haaa..mujur sikit je.. Ambik gmbr sket.. Lps tu htr kat en suami.. Alhamdulillah, ada tren seterusnya, xde la menunggu lama. Sampai ofis kul 9.00am. Huhu.. Nasib baik x jd MC. Pepagi lagi dah ada org cari.

Balik kerja dlm pkl 5.30. Org lain balik kul 5 bln puasa ni. Biasa la aku ni terhegeh2 sket.. Ada je la benda nk dibuat. On the way balik, dlm tren ber'what's app' dgn mak aku. Ada perkara yg membimbangkan.. Sampai kat parking masih berfikir tentangnya.  Masa nak keluar simpang, tgk kereta depan keluar simpang n lepas, aku pun follow la.. Sekali.. Tergerak hati nk toleh kanan, dan secara automatik kaki terus break.. Ada lori laju.. Ya Allah.. Adui..kenapa la aku semalam.. Kepala bnyk sgt fikir.. Istighfar bnyk2 je dlm kete..
Semoga dijauhkan dari kecuaian diri sendiri dan org lain.

Pagi tadi masa sahur, tetiba en suami cakap, teruk jugak ek belakang kete?.. Ada tiang ke kat situ?
Erk!!! Telan air liur bila dgr soalan tu.. Teruk ke? Aku igt skit je, sbb aku penah kena lg teruk dr tu.😅
Aku jwb.. Ada tiang lampu, x perasan..igtkn jauh lagi.. Huhu..
Dlm hati.. Sibuk tnya kereta..xtanya pun bini dia ok ke tak.. 😒😒

Benda da nk jadi, nk buat mcm mana..
Hari ni parking tgh2, xde tiang xde dinding.. Huhu..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Ok la da nak sampai stesen..

Wassalam..

You Might Also Like

2 comments

  1. benda dah nak terjadikan, kadang2 kita hati2 pun kena juga, kalau Allah dah kata kena tu tetap kena. ye lah kadang sensor tu dah menjerit2 tapi kita tak nampak kenapa dia menjeritkan, penah kena juga lah dulu hehehe.

    Berhati2 lain kali, bawa kereta jangan fikiran melayang2 bahaya tu, minta dijauhkan dari berlaku apa2 yang tak diingini. ustaz pesan sebelum bawa kereta baca surah al-kafirun, al-qadr kemudian baca bismillah dan doa naik kenderaan

    ReplyDelete
  2. Ha a memang kekadang ada masanya kita weng sikit Ira....Nak nak tgh memikirkan sesuatu, punyalah fokus apa yg kat kepala, sampai tak perasan apa ada kat depan kita. Ada baca doa naik kenderaan tak? Kadang kadang hakak pun gitu, bila ingat balik rupanya lupa baca doa...

    Hati hati bawak kereta ye Ira, ingatlah orang yg tersayang hihi

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images