Aidilfitri 2017: Raya ke 4 dan Raya ke 5..

Thursday, July 13, 2017

Assalamualaikum kawan2..

Semoga kawan2 semua sihat, ceria & gembira selalu.. 

Hari ni ada jamuan raya syarikat. Jamuan raya department minggu depan hari isnin. Makan free la kita ye.. Rezeki jgn ditolak.. 😁😁

Hari ni nk sambung cerita raya lagi, harap tidak busan membacanya la ye.. Hehe.. 
Raya ke 4, masih di kg aku. Plan dengan sepupu nk pegi beraya ke rumah kakak dia. Semalamnya kami berjumpa tepi jalan je sebab masa dia dtg rumah, kami da keluar. Mujur tak jauh lagi, kami patah balik. Ajak ke rumah, dia kata xyah la. So bersalaman di tepi jalan jer.. Alhamdulillah, esoknya kami sampai juga ke rumah dia di bestari jaya. 

Dari rawang, dalam 45 minit macam tu la.. Campur sesat lagi. Haha.. Da lalu da depan umah dia, tapi kami mencari kereta wira.. Kebetulan kereta wira keluar, yg tinggal satria.. Haha..mmg tak jumpa la. Bila dpt alamat dan dpt call sepupu, baru la jumpa rumahnya.. Da sampai kul 1 lebih, kita lunch la sekali.. Sepupu da siap masak nasik.. Sedap betul pekena sambal tempoyak petai.. Selesai makan dan solat, bersembang2 dan bergambar..

Bkn main susah nk amik gmbr

Ni la yg elok sikit,adik aisyah ada sinyum..
#teamrayapink
#adaorgtuterpaksapakaibajupink


Bergambar dirumah sepupu..

Tak nak lama2 sbb ada rumah lain yg nk di terjah.. Da alang2 bwk mak berjalan tu, bwk sekali la pegi rumah mak cik kat shah alam.. Mak cik aku masak laksa, nasi impit dan rendang.. Berselera makan.. Haha.. Makan lagi.. Selesai makan dan solat asar, bergambar beramai2.. Mak cik aku ni rajin, gambar2 yg diambil waktu raya, dia print dan framekan.. Bila dtg beraya dpt la tgk gambar zaman muda belia dan zaman selim melim dulu.. Klaka je bila tgk gmbr masing2..

Bergambar di rumah cik biah


Dari rumah mak cik aku, kami terus balik. Tak jadi pegi rumah sepupu aku yg sorang lagi.. Hari tu dpt balik awal.. Boleh la berehat sbb esoknya nk balik ke kg en suami semula. Ke koyan le kita.. 

Kami gerak awal pagi.. Takde la awal sangat sesudah subuh, dlm pkl 9 camtu la.. Ikut jalan genting, tak bnyk sgt kereta. Sambil dlm kereta, berbincang dgn en suami pasal plan kami..
Mudah2an ada rezeki nk execute plan tersebut. Buat ikut bajet je la.. Ikut kemampuan.. Sambil2 bersembang tu, si kakak pun sibuk mendengar dan menyampuk.. Masa pegi beraya umh sepupu aku, dia blh pegi cerita kat mami dia, nnt rumah kakak ada pagar, nk bukak kena pakai remote. Mami pun melayan, nnt macam mana mami nak masuk.. Wan pun menyampuk, kena la pasang loceng.. Haaa.. Kau, dia punya imaginasi x agak2.. Dia xtau bajet ibu dia ni ciput je.. Nk cecantik tu kontraktor tu kira dlm 22k😅😅😅 nangis nk kumpul duit. Haha..

Dalam keasyikkan bersembang dgn en suami, tetiba teringat, mana hp ayg ek? Da separuh jalan baru teringat. Tgk hp en suami, mak wassap bgtau hp tinggal. Nk suruh adik aku hantar, dia x tau katanya. Kami da separuh jalan, dan family in law da menunggu nk gerak sekali ke koyan. So aku cakap tak pe la, xyah ambik. Nnt lambat pulak nk koyan, diaorg da tunggu. Dlm hati berharap xde la isu pasal keje. Tapi sangkaan meleset.. Haha..padan muka aku.

Sampai kg en suami, masing2 da siap. Sempat juga kami alas perut makan nasi goreng mak mertua. Kat kg aku da makan bihun. Makan lagi.. Nnt lapar sementara nk sampai ke koyan. Kami ke sana 2 kereta. Adik ipar da gerak dulu. Kami gerak lewat sikit. Dlm kereta riuh dgn suara abg adam & abg adrien nyanyi lagu "aisyah.. Jgn ragu2 dgn cinta ini.." tu je diulang2 hehe.. Aku igt diaorg reka2 je lagu tu, satu hari aku g pasar malam, dgr ada org pasang lagu tu.. Tapi yg aku dgr lirik sebaris tu je la. Nk menggugel malas lak aku.. Aisyah suka la abg2 nyanyi kat dia.. Abg2 panggil dia dr belakang. Asik pandang belakang je.. Aku yg letih pegang dia. Kakak pun duduk depan skali dgn kami, lagi la keje nk bergaduh je berdua tu, berebut roti la.. Air la.. Pening kepala nk menyampaikan ke koyan tu. Mujur la diaorg tidur separuh jalan, aman sket aku.

Sampai rumah kenduri ngam2 waktu makan tghari, perut pun lapar.. Cari tempat duduk dan makan.. Sedap2 lauk kenduri tu. Lps makan dan bergambar sekejap, kami gerak balik. Awal juga la kami sampai ptg tu. Xde plan ke mana2 pun..

Esoknya pun tak pegi mana2. Menunggu keluarga embong, kakak abah dr koyan dtg beraya. Spt biasa part masak2 abg ipar & adik ipar, aku tlg sikit2 je.. Seharian anak2 main je tak tido langsung, so ptg tu kami bawa mereka keluar. Tak pegi mana pun, ke bandar karak je. Aku duduk dlm kereta je, anak2 tidur. Semata2 round naik kete nk bg anak2 tidur.. Hehe.. En suami je settlekan urusan yg perlu dibuat.

Keboringan sikit la aku xde hp. Hai, teruk betul la kebergantungan dgn hp ni.. Bila hp en suami bunyi je, sibuk nk tgk.. Ye la kot2 family aku ada wassap ke. Mmg ada pun, reply guna hp en suami.

Malam tu xde kemana.. Duduk rumah je.
Kemas2 baju yg mana nk bawak balik esok.. Hehe..
Balik kg aku balik.. Sambung raya lagi..
Tu dlm entry lain la ye..

Wassalam..


You Might Also Like

3 comments

  1. Time raya2 macam ni lah kita nak jumpa sedara marakan, selagi boleh tu nk bawa mak ayah jln2. Dulu2 pun mcm tu juga walaupun jauh,kita sorg je pompuan yg bole drive gigih jg g berjalan sampai jenuh la abg ipar tggu x muncul2 rupanya dok ikut belakang lori takut nk potong hehehe tp takut2 pun bw jg mak ayah jln.

    Ye enfon tu skrg mcm keperluan dah sbb tu alat utk berhubung klu xde susah jg sbb pasal family, keje semua pun melalui enfon. Klu xde semua tu susah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak lah.. Time2 raya ni la nk berjalan ke rumah sedara mara. Kalau x, memang jarang berjalan.

      Itu la, selagi boleh nk bwk mak ayah berjalan. Sejak boleh drive n ada kereta, selalu jgk la berkunjung ke rumah saudara. Cuma skg ni, masa agak terbatas.

      Itu la pasal. Kita berhubung guna hp kan. Keje pun x tentu masa zaman skg ni..

      Delete
  2. Amboi....tak cukup bersembang masa Raya hari tu, sambung sembang dalam blog ek hihi.... Aduhhh hidup sehari tak de hp mmg macam dunia gelap gelita kan Ira. Yang pasti tak dapat berwefie hihi....

    Projeck apalah agaknya yg dibincangkan tu ye

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images