Kakak bercerita lagi...

Friday, August 18, 2017

Assalamualaikum kawan2 semua..
Semoga sihat, gembira dan ceria selalu..

Hari Ahad 6 ogos yg lepas, kakak aimy masuk bertanding bercerita lagi. Sebelum ni cikgu ada minta izin untuk benarkan aimy masuk pertandingan.. Aku izinkan aje aimy masuk bertanding sbb dia baru tadika.. Lagipun bagus utk develop dia pnya keyakinan diri dlm berdepan dgn org ramai. Kalau dia da sekolah betul, sibuk dgn pertandingan je, tu mmg kena sekat juga la.. Lmbt lg kot tu.. Haha..

Hari ahad tu, pagi2 kami gerak ke surau at taqwa subang jaya, tempat berkumpul. Kami yg paling lmbt kot, sbb sesat. Haha.. Nmpk sgt jarang berjalan wp dekat. Bas bergerak, kami ikut je belakang bas. Ada dlm 7-8 buah kereta yg ikut belakang bas. Ye la kan, kali ni ke daerah dengkil, mana la kami tahu nk pegi. So ikut je la belakang bas tu.. Kalau nk harap aku google map, mmg asik sesat je. Kdg aku menyampah gak guna google map atau waze ni, da bnyk kali aku sesat. Yg driver dok tnya2.. Yg kita terkial2 tgk map. Bila nk sampai simpang, dia re-route. Angin je aku.. Jauh jgk la nak ke sekolah agama bukit changgang tu.. Tapi sbb ikut je bas, xde la rasa mcm x sampai2..

Mujur turn aimy lmbt. Org ke 3 terakhir. Masa tahun lepas, dia peserta ke 3, tu pun ngam2 kami sampai, da sampai turn dia nk bercerita. Kali ni, sempat la makan2 dulu. Aimy sempat praktis 2,3 kali dgn cikgu dia. Tajuk cerita aimy sama mcm tahun lepas, unta betina nabi salleh. Cerita yg sama, cuma gaya penceritaannya berbeza.. Ye la kan, cikgu yg latihnya pun cikgu lain..

Dari segi persembahan, persembahan aimy biasa2 je. Jika nak dibandingkan dgn peserta lain, siap bernyanyi, bersyair, berpantun, ada diselitkan firman Allah dan lain2.. Props dan pakaian juga gempak2.. Hihi.. Aku x menaruh harapan tinggi pun sebab aku pun tak beriya sgt macam mak budak2 lain.. Pada aku, selain dari latihan cikgu, sokongan mak bapaknya pun membantu persembahan anak. Aku cuma semak hafalan aimy je, tu pun sekali je dia nak praktis bila aku suruh. Mmg padan la dgn saguhati je kan..

Aku kagum dgn aimy.. Berani bercerita depan org ramai, walaupun ada lupa2 skit. Masa dia bercerita tu, asik tgk cikgunya je.. Time lupa, cikgu buat gaya, baru la dia igt perkataan yg mula2 utk perenggan seterusnya. Gaya x buat sgt, masa praktis bnyk je gaya yg cikgu ajar dan dia buat. Lupa la tu.. Lepas abis dia bercerita.. Aku plak rasa sebak.. Terus peluk dia ucap tahniah.. Cikgu aimy pun dapatkan aimy, ucap tahniah dan peluk dia..

Kami tak tunggu sampai habis pun. Suruh Aimy bergambar dgn cikgu2nya, lps tu terus minta diri utk balik. Cikgu minta maaf sbb tak sempat nk buat beriya. Cikgu kata ada idea nk buat lg kreatif, tapi tak sempat. Aku pun minta maaf juga.. Sbb aku x latih dia kat rumah.. Hrp dia berlatih kat sekolah je. Bersalaman dgn cikgu2 aimy, kami terus gerak balik. En suami sakit kepala sangat2.. Malas aku nk lama2.. Masa aimy bercerita dia x tgk pun, duduk menyendiri dlm kelas sebelah.. Aisyah plak buat perangai, stress aku. Ye la, dia nk tidur, tapi xdpt. Dia nk tidur sambil bf, mana la boleh bebas mcm kat rumah kan.. Da la aku sakit bahu, xblh toleh kiri kanan mcm biasa. Kena pelan2.. Duduk pun statik je. Tu pun paksa jgk buat mcm biasa. Ye la kan, kang nmpk sgt muka stress, apa plak kata cikgu aimy. Demi aimy, gagahkan jgk la..

Balik tu, ntah mana jalan kami ikut, lepas ke putrajaya percint 5. Masuk putrajaya, ikut je la signboard. Otw balik, lalu la ioi city mall. Eh..tetiba org yg sakit kepala sgt2 tadi ajak singgah plak.. Ikutkan aku malas je nk singgah.. Aku nak balikkk.. Da dia ckp bila lagi nk singgah, saje je.. Td kata sakit kepala.. Hrm.. Da ilang la kot sakit kepala dia.. Aku kalau mood da spoil, mmg xde mood la nk jalan2 ke apa. Sekejap je kami kat situ, lps tu terus balik..

Masa kat situ, kakak tanya, kenapa kita pegi sini? Sbb nak ucap tahniah dkt kakak? Aku saje provoke dia, xde la.. Kakak x dpt no 1,2,3.. Mcm mana nk celebrate. Kakak jwb, kan kakak da bersyukur, tak dapat no 1,2,3 pun tak pe.. Kalau bersyukur ckp apa? Alhamdulillah..dia kata..  Hehehe.. Bijak kakak.. Nanti la ada masa kita jalan2 ye..

Semoga kakak aimy jadi anak solehah, kakak yg bersifat pelindung, penyayang, lembut dan baik.. Semoga cemerlang dunia akhirat.. Ibu sayang & bangga dgn kakak..

Peserta bercerita, bkn petah lagi anak2 ni bercerita

Kakak aimy dgn cikgu2nya.. 




You Might Also Like

6 comments

  1. tahniah kakak, takpe saguhati pun yang penting kakak berani. Adrien terpilih jugak masuk bercerita tapi takde rezeki. Mungkin lainkali ada rezeki yang penting anak2 dah buat apa yang terbaik

    ReplyDelete
  2. good job aimy. bukan semua budak berani macam aimy.

    ReplyDelete
  3. wahhh.. tahniah :D

    http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete
  4. Baguslah dari kecil pupuk sikap berani. Public speaking ni bukan mudahkan. Tapi anak bujang saya pun gave up. Gigil katanya. Okey, dah dia tak minat tak bolehlah nak paksa-paksa!

    Good job Aimy! Next time cuba lagi mana tahu sangkut no. 1,2 atau 3 ^_^

    ReplyDelete
  5. Thumbs up kakak. Bagus namanya BG rewards walaupun tak menang. Mesti kakak lagi semangat utk mencuba nx time

    ReplyDelete
  6. Berani kakak Aimy......
    Suruh mama bercerita pun belum tahu dapat ingat sampai habis hihi...
    Sebenarnya ngeri jugak apa nak bercerita depan orang ramai ni, nebes hokey...hihi...

    Mmg patut pun mama celebrate bawak kakak Aimy jalan jalan ....
    Sempena ke konfidenan kakak...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images