Alhamdulillah..

Wednesday, September 27, 2017

Assalamualaikum kawan2..
Semoga sihat, gembira dan ceria hendaknya..
Terima kasih pd my Biras & MD yg mendoakan kesihatan mak..

Alhamdulillah, mak ckp pagi ni da tak pedih ulu hati dan tak muntah lagi. Mak ckp result darah pun, utk hati tu dah ok doc kata. Sebelum ni resultnya tak ok, tinggi. Doc suruh ambil darah utk check hepatitis B pula. Tapi resultnya 14hb 11 baru tahu. Mak bnyk ambil ubat hospital sbb arthritis mak. Ada sejenis ubat tu(aku xigt namanya), mak kena makan seminggu sekali. Ubat tu boleh buat mak nk muntah. Tapi ahad lepas, mak muntah teruk.. Sampai tak boleh bangun.. Sape tak risau.. Bila dgr mak sakit mcm tu, lps tu pulak telinga ni dok terngiang2 mak cakap, kalau mak takde nnt.. Ingat.. Kena jaga waktu makan abah, tak boleh lambat.. Aduhai.. Nk balik xdpt sbb da malam. Nk el tak boleh, ada kerja. Mujur adik aku boleh balik.. Bila dia ckp mak dah tdo, dah berhenti muntah.. Baru la aku rasa lega.. Selain tu, ada masalah lain lagi.. Aku belum bersedia nk share kat sini.. Macam2 dugaan..

Bila dah sedih tu, mula la nk emo kan.. Mujur la dekat ofis aku masih boleh kawal perasaan.. Buat mcm biasa. Ikutkan hati, rasa nak balik je.. Tapi aku ada tanggungjawab yg perlu aku selesaikan.. Lagipun aku da mc hr khamis tu. Kalau mak admit mlm tu, mmg aku balik la.. Xkira la hal keje tu..

Kebelakangan ni.. Mcm2 dugaan yg dilalui.. Kdg2 rasa nak resign, duduk kg je. Tapi tak boleh nk buat mcm tu, en suami keje kat sini, xkan la nk duduk asing pulak.. Apa yg aku boleh buat, berdoa je la semoga Allah lindungi mak abah di kampung. Nk bwk mak abah tinggal sini, opah pulak xde org jaga. Sebab kebiasaannya keperluan opah, mak dgn abah yg uruskan..

Semoga diberi kesempatan utk terus berkhidmat utk mereka.. Semoga mak abah terus sihat dan dilindungi Allah sentiasa..

Alhamdulillah.. Thn dpn cucu mak bakal bertambah sorang lagi.. Tahniah adikku faiz & mija..

You Might Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah! Lega mendengarnya mak Ira dah sembuh. Tak usahlah risau dan susah hati sangat ya. Dalam hidup memanglah sentiasa aje ada masalah, nak menguji kekuatan kitalah tu.

    Saya pun kalau sendirian, banyak juga fikir tentang masalah. Yang tak jadi masalah pun difikirkan. Yang belum berlaku pun nak dok fikir juga. Akhirnya memakan diri, wajah jadi tak ceria. Saya ni pulak kalau 'makan hati' memang boleh nampak dari muka, tak pandai dah tua-tua ni nak berlakon bagai.

    Semoga mak dan abah Ira sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Kasihan juga pada opahnya kalau anak dan menantu tak sihat. Pendekata kalau salah seorang dari mereka tak sihat, yang lagi dua tentu susah hati. Jadi, kita sebagai anak janganlah susah hati sangat. Doakan aje semoga kesihatan mereka sentiasa dipelihara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MD kerana mendoakan kami sekeluarga.. Itu la kan, sihat itu nikmat. Bila da x sihat, bnyk benda x boleh nk dibuat. Betul la MD, bila sendirian mcm2 fikir, benda yg mudah pun kita jd serabut.
      Terima kasih sekali lagi..

      Delete
  2. Alhamdulillah...moga mak ira terus diberi kesihatan yang baik. Ye lah dalam hidup kita banyak dugaan dan cabaran kadang rasa macam tak larat dah nak lalui,tapi apapun tetap kena kuat.

    ReplyDelete
  3. Yelah Ira...mmg le risau dengar mak bapak sakit. Kita ni kadang kadang bila berlaku mcm ni mulalah dlm dilemakan . Sana emak, sini laki anak lagi. Tak tau nak buat mcm mana.

    Moga mak Ira cepat sembuh ye....tak pe nanti lapang lapang bolehlah jengah mak

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Semoga mak Ira semakin sihat.

    Dugaan tu, tanda Allah sayang. Allah uji sebab ada sesuatu yang besar Dia nak bagi kita. Percayalah Ira. InsyaaAllah, kalau redha & sentiasa bersangka baik dengan Allah, ada bahagian untuk kita.

    Pesan kat diei sendiri jgak ni haha. Kita kan manusia mudah lupa. Kalau Ain lupa nanti2 tolong ingatkan Ain balik. :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images